Selasa, 25 Mei 2010

Seloka:: ~~tak lagi peduli~~

terkejut tersentak bila kami tahu,
entah mengapa dia begitu,
kekeliruan dan rasa x percaya bersatu,
tp kami terima saja apa berlaku..

semua yang berlaku kami biarkan saja begitu,
tiada tenaga untuk mempersoal yang dah tentu,
walaupun was-was kemudian terkedu,
tp bukan kami yang menanggung sembilu..

kami lihat dia seperti celaru
hingga kami semua mula membisu,
kerana kami mulai jemu,
hanya membiarkan dia di angin lalu..

mungkin kami kejam kerana itu,
tp itu sajalah yang kami mampu,
kan kami biar kan dia beradu,
dalam mimpi yang belum pasti akan dirindu...

Tiada ulasan: