Ahad, 20 Jun 2010

seloka:~~Aku&Angin~~

dikala angin sepoi-sepoi bahasa,
aku tenggelam dalam permainan minda,
sejenak aku lupa tentang dia dan mereka,
dibuai nyaman angin yg seketika,

pabila angin mulai kencang,
ku terasa sejuk di belakang,
tersentak aku dari lamunan di waktu petang,
mula tercari-cari hala mendatang,

bila ribut mula menyerbu,
aku mulai sedar bahawa angin sedang cemburu,
mulai tidak senang dengan diriku,
aku sedar.. jati diri itu perlu,

bila ribut mulai reda,
kesannya masih nampak dimana-mana,
membuat aku belajar darinya,
harus kukuh ilmu di dada,

Tiada ulasan: