Ahad, 25 Julai 2010

Bedah Siasat Wayang Gambar:The Socerer's Apprentice


kelmarin aku tgk movie The socerer's apprentice... cerita nya boleh tahan la... aku bagi 3/5 bintang.. hehehe.. bagi siapa-siapa yang suka tengok Harry Potter atau Percy Jackson.. aku rasa mesti berminat mau tgk movie ni. tp bagi aku la.. movie tak la sebagus Harry Potter.. movie ni average jak.. cerita movie macam lambat berkembang dan kurang pengisian bagi aku.. macam kurang sikit aksi-aksi dan magik yang boleh buat kita kagum...walaupun memang ada la... burung besi besar, kereta berubah jadi kereta sport, aksi kejar-mengejar di jalan yang sibuk... tenaga elektrik memancar-mancar....cerita nya pula macam ada yang lompang bagi aku la... sepanjang 2 jam lebih movie ni.. aku rasa boleh la... huhuhu walaupun macam tu.. movie ni ada scene-scene yang lawak juga.. boleh la buat ketawa dan tak boring..... huhuhu...

plot movie ni bermula pada tahun 750 masihi bila Mogana la fey dan maxim horvath(perantis merlin yang berpaling tadah) bergabung tenaga untuk membunuh merlin. merlin berjaya dikalahkan dan dibunuh.. tapi sebelum menghembuskan nafas di memberikan cincin naganya kepada Balthazar Blake (juga merupakan perantis merlin) dan mengatakan bahawa morgana hanya akan dapat dibunuh oleh 'prime merlinean'. sementara itu veronica(juga perantis merlin) telah mengurung morgana dalam tubuh nya sendiri, menyebabkan balthazar terpaksa mengurung veronica dan morgana dalam sebuah patung (grimhold).

pencarian balthazar pun bermula untuk mencari 'prime merlinean' hingga dia bertemu dengan dave stutler pada tahun 2000 yang berusia 10 tahun. cincin naga merlin telah membuktikan yang dave adalah 'prime merlinean'. secara tidak sengaja dave telah membebaskan horvath dan menyebabkan berlakunya pertarungan antara balthazar dan horvath dan menyebabkan mereka terkurung dalam sebuah tempayan yang hanya akan terbuka selepas sepuluh tahun.

sepuluh tahun kemudian,2010 dave merupakan seorang pelajar fizik. balthazar dan hovarth telah bebas dari tempayan tersebut dan mereka masing-masing mula mencari dave. hovarth inginkan patung yang telah memenjarakan morgana untuk membebaskannya. tujuan nya ialah supaya morgana dapat melakukan kebangkitan terhadap ahli-ahli sihir morgana yang telah mati dan menguasai dunia... balthazar ingin melatih dave menggunakan kuasa sihir.. pada mulanya dave tidak mahu kerana ingin menjalani kehidupan yang normal.. tapi akhirnya dia akur.. dalam masa yang sama dave berhadapan konflik dengan becky.. perempuan yang dia suka..

selepas tu~~ berlaku la beberapa konflik dalam diri dave dan juga antara dia, becky dan balthazar.... mau tau ending nya pegi la tgk sendiri... hehehehe

The Socerer's Apprentice dalam satu ayat:
**sebuah cerita yang menggabungkan dan mengolah mitos, magik dan fizik yang digarap secara biasa-biasa.





2 ulasan:

ladymuse nysa ♥ berkata...

kompom la aku akn suka wyg nie,huhu..coz aku suka HP and PJ..mlas ku kan taip pnjg2,hahaha..tp ntah npa nada moodku mau mliat wyang d sni..adaka aku berazam untuk tgok wyg hnya bila aku balik raya nnt d kk,hahaha..lol..

Zulkifly Omar berkata...

hahahah telampau la juga... p la bah enjoy2 bah.. biasakan diri dengan tempat baru