Khamis, 22 Julai 2010

seloka:: ekonomi&perut kosong


masa rehat berlalu begitu saja,
ku buat-buat sibuk mengadap kerja,
lapar perut telah terasa,
tapi tak mengapa.. ku tahan jua,

masa di nanti menjelang tiba,
makanan terhidang sudah di meja,
cikgu nazri pun telah bersedia,
sesi pembelajaran pun bermula,

tapi fokus ku bukan di sana,
cuma pada makanan yang aromanya menggamit jiwa,
"monopoli bermonopoli" hanya masuk ke telinga,
tapi lepas tu keluar semula,

masa makan pun telah tiba,
aku rasa amat gembira,
bunyi keroncong terus tiada,
bila di isi juadah yang ada,

rasa hati sungguh gembira,
bila meraikan kejayaan bersama,
semua orang merasa bahagia,
alangkah indah kalau kelas begini sentiasa....

terima kasih cikgu...

Tiada ulasan: