Selasa, 20 Julai 2010

seloka;~~tentang aku&dunia~~

dunia berduka,
tapi aku gembira,
bila menangis dunia,
aku tertawa,

mereka kata aku gila,
mereka kata aku tak berminda,
mereka kata aku sakit jiwa,
mereka kata aku hipokrit semata,

tapi aku cuma mencari cahaya,
cuba meneruskan hidup dalam nestapa dunia,
jika aku turut menangis sehingga senja,
siapa yang akan bangkit menjadi pembela?

adakah kita ingin membiar duka memusnah gembira,
ratapan memamah ceria,
membiar kesedihan menguasai kita,
hingga hancur seluruh semesta,

gembira aku dalam sendu di jiwa,
ceria aku walau dalam linangan air mata,
supaya semangat sentiasa bersama,
supaya hidup ada selamanya..

Tiada ulasan: