Selasa, 31 Ogos 2010

Merdeka!!!


31 ogos 2010 telah tiba..... genap 53 tahun malaya( semenanjung tanah melayu) merdeka.... malaya k... not malaysia... coz malaysia dibentuk pada 16 september 1963.. ok itu fakta nya.. tapi aku malas mau hurai pasal tu... saja jak mau wat entry sempena merdeka ni... sebenarnya mau berkongsi sket apa aku rasa pasal merdeka.... dan pandangan aku pasal merdeka skang ni....

hari jumaat lepas ada "sembang-sembang merdeka" ala2 forum yang santai. JJP Kent yang anjur kan....

ni pandangan aku larr... forum tu agak membuka mata aku sebagai seorang mahasiswa dan juga bakal seorang guru, melihat macam mana beberapa orang dengan peringkat umur berbeza... cara pemikiran berbeza dan juga daripada pandangan rakyat luar yang mencari rezeki di negara ni.

bila kita bercakap pasal merdeka, apa sebenarnya yang kita mahukan daripada perkataan "merdeka" itu. setiap dari kita mempunyai definisi berbeza terhadap "merdeka" tu... org yang pernah hidup d zaman sebelum merdeka.... atau di awal kemerdekaan negara mempunyai pandangan yang amat berbeza tentang kemerdekaan jika dibandingkan dengan generasi yang membesar dan didewasakan dalam alaf baru ni.

sini aku senaraikan beberapa definisi merdeka dari perspektif berbeza daripada ahli panel forum tu:
  • merdeka itu bermakna kita bebas dari penjajah. dan mempunyai negara sendiri, dan memerintah negara sendiri, mampu melahirkan sebuah bangsa yang berkualiti dan juga mempunyai acuan moral dan budaya ynag tersendiri.
  • merdeka itu ialah apabila kita bebas melakukan apa sahaja, tanpa terikat dengan apa2 peraturan, menolak segala perkara yang dibawa penjajah dan cuba membentuk identiti kita sendiri tanpa mengambil atau menggunakan sebarang bentuk benda2 fizikal penjajahan.
  • merdeka itu apabila kita bebas dari segi penjajahan fizkal tetapi juga mental. contohnya buadaya kuning dari barat. selain itu, kita juga harus bebas daripada gejala sosial dan keruntuhan moral seperti korupsi. dalam semua peringkat .
  • merdeka itu ialah apabila kita bebas dan mampu untuk mencari rezeki, bebas dari jenayah dan selamat.
definisi diatas ini adalah apa yang aku cerap daripada pandangan-pandangan ahli panel... buka exact words dorang...

bagi aku merdeka atau tak merdeka sebuah negara adalah bergantung daripada rakyatnya. secara fizkalnya.. kita tak perlu lagi mempersoal sememangnya 53 tahun adalah angka yang tepat... tapi kemerdekaan mental bergantung kepada rakyat kita. selagi kita tidak mampu untuk memerdekakan pemikiran kita sendiri... selagi itu lah secara tak sedar.. kita masih dijajah. merdeka itu bukan hanya bermakna kita ada kerajaan.. kita ada rakyat.. kita ada pilihan raya.. kita ada pelbagai infrastuktur.. kitada bangunan tertinggi didunia... dan merdeka itu juga bukan bermakna kita menolak peraturan, segala teknologi, budaya dan juga unsur-unsur yang dibawa penjajah.. tetapi kita merdeka apabila kita mampu untuk menjadi bangsa yang bersatu padu, BERTAMADUN, mempunyai nilai2 murni, semangat cintakan negara dna juga budaya kita sendiri.. sama ada budaya tersebut diasimilasikan dengan budaya asing yang relevan dengan adat ketimuran dan juga membawa kebaikan.. perkara itu harus diamalkan supaya kita dapat berfungsi seperti sebuah rakyat merdeka yang sebenar.

itulah pandangan peribadi aku.. mungkin tidak sama dengan orang lain.. huhu INGAT CARA KITA BERFIKIR TIDAK SAMA.

P/S: entry sekadar perkongsian isi kepala otak aku... jika ada salah silap.. harap perbetulkan... Salam Kemerdekaan. Salam Satu Malaysia.

Tiada ulasan: