Jumaat, 22 Oktober 2010

Merungkai Karya~~Novel: Percy Jackson and The Sea of Monsters

novel kedua dalam siri Percy Jackson ni dua hari dah aku habis baca. tapi baru hari ni aku ada mood mau menulis pasal ni.. hehehe... bagi aku satu perkataan untuk terangkan pasal novel ni adalah "amat best!!" eh dua perkataan pula tu... hehehe... tapi memang betul la... buku ni puas hati la bagi aku baca. dan bagi anda yang suka baca novel-novel magik, pengembaraan dan novel-novel ala-ala Harry Potter....  silalah cari buku ni di kedai-kedai buku terdekat.. hehehe dan habiskan baca.

Percy Jackson and The Sea of Monsters
cerita buku ni pasal Percy Jackson anak kepada dewa Poseidon. kem Half-Blood, yang merupakan kem untuk anak dewa-dewa telah diserang oleh raksasa kerana pokok yang melindungi sempadan kem tu telah diracun. jadi bermula lah perjalanan percy ngan kawan dia annabeth dan juga adik-beradik tiri nya tyson untuk mencari penawar bagi racun tu. dalam perjalanan dorang pun berhadapan la dengan macam-macam raksasa. dorang terpaksa pergi ke laut raksasa di segi tiga bermuda...... 

macam tu la lebih kurang ceritanya... hehehe.... kalau nak tau ending nya pegi la baca buku tu...

Tiada ulasan: