Jumaat, 15 Oktober 2010

Sajak: Bahasa Kita

Jalinan indah,
Puitis bermakna,
Dari ungkapan cinta hingga luahan benci rasa hati,
Dari salam perkenalan hingga lambaian ucapan selamat tinggal,
Dari agungnya Kota Melaka hingga aku berdiri di bumi Malaysia,
Madah bicara,
Di bawah lembayung yang sama,
Satu bahasa,


Tapi kini madah berbeza kian memamah,
Melupa warisan agung bangsa kita,
Kerana kita terlalu menjunjung bahasa mereka... bukan bahasa kita,
Kerana mereka itu maju kononnya... tidak kita,
Kita lupa kita alpa,
Kita lalai dengan budaya mereka.

Sedarlahh bangsaku,
Matikan khayalan indah,
Kita tegakkan bersama,
Suburkan dalam jiwa,
Murnikan dengan bait-bait kata,

Kerana,
Ini bahasa kita,
Kerana,
Bahasa inilah yang menyatukan kita,
Yang akan terus mengikat kita bersama dalam perbezaan yang ada,
Nukilan:
Zulkifly Omar,12 Oktober 2010, 7.00pm, Bilik 404

Tiada ulasan: