Khamis, 18 November 2010

Bedah Siasat Wayang Gambar: Unstoppable


movie unstoppable aku tengok hari tu lepas habis last paper exam. mula-mula tengok dari poster movie ni bukan la jenis movie aku suka tengok.. tapi oleh sebab suara ramai masa tu aku ikut ja la tengok. cerita dia pasal sebuah kereta api yang membawa muatan beracun dan mudah terbakar terbiar bergerak tanpa pemandu dengan enjin yang dihidupkan...
ok nak baca lebih lagi klik sini

movie ni dinspirasikan daripada kisah benar.. aku bagi 4 bintang la dengan movie ni. memang berdebar gila masa tengok.. sampaikan nak terjerit dalam panggung tu pun ada. bayangkan ada babak nak sambung kan kepala keretapi tu dengan gerabak tapi dalam masa yang sama dua-dua bergerak laju. lepas tu pelakon lelaki tu tergantung antara dua gerabak.. cemas!! oo... banyak lagi la babak-babak yang mendebarkan... tak rugi tengok movie ni .. berbaloi-baloi la bagi aku.

bagi aku kekuatan cerita ni penceritaan dengan babak aksinya kot... walaupun memang sepanjang movie ni cerita cuma berkisar tentang keretapi tu saja.. tapi dalam masa yang sama kejadian tu menyentuh kehidupan watak-watak yang terlibat. kira macam kejadian tu memberi perspektif baru la dengan watak-watak dalam cerita tu dan dengan penonton. macam mana seseorang tu berdepan dengan situasi membawa maut camtu... huhu. part babak aksi jangan cakap la.. mendebarkan gila.. bukan la aksi bergaduh atau bertumbuk.. tapi aksi kejar keretapi, lompat dari kereta ke keretapi yang sedang begerak.. letupan-letupan... k kalau nak tau lagi pegi tengok sendiri k.. heee~

1 ulasan:

♥ Cik Puan Pinky ♥ berkata...

nak tengok cite ni japgi!! :D