Jumaat, 12 November 2010

facebook: luahan rasa dan kiasan jiwa

aku tau entry aku kali ni agak klise. tentang apa lagi.. tentang facebook la. macam-macam boleh jadi dengan facebook.. siap boleh bergaduh lagi. pernah juga kan dengar sebelum ni yang kena dakwa tu... ntah apa nama dia tu.. tak ingat dah aku. jadi terbukti sangatlah facebook ni sangat berkuasa dan mampu mempengaruhi seseorang.

baru-baru ni pun aku ada gak bercanggah pendapat dengan kawan di facebook. semua sebab
aku post status dan dia terasa. sedangkan status aku tak sebut langsung pasal apa-apa yang berkenaan. tu la bahayanya status di facebook ni. aku ngaku larr pernah juga aku wat jahat dengan status facebook ni kan. tapi kira apa aku buat kes-kes terpencil la.. hee~ yalah aku post apa sekali pun orang tak peduli. siapalah diri ini kan (uikss.. melebih plak aku..)

tapi walau apapun kita kena jaga juga status kita di facebook atau apa-apa yang kita post... banyak dah kita belajar dari kes sebelum ni kan... yang baru-baru ni panas tu contoh pasal luca lucas tu... tak pasal-pasal orang benci cuma sebab status facebook. tau la status facebook ni tempat luahkan perasaan. aku pun selalu juga wat luah-luahkan perasaan guna status tu... aku tau ramai gak meluat ngan aku.. ok takpa.. jangan segan silu pergi hide setting.. then hide ja aku... nak remove terus ok ja. ( aku tak kisah).

tapi aku perlahan-perlahan cubalah ubah tabiat tak baik ni. perlahan-perlahanlah. tak bagus orang tengok kita buat macam tu. kadang-kadang status kita tu buat orang pandang kita sebagai insak yang tidak matang. yalah kan orang kadang-kadang bukan kenal kita depan-depan di facebook tu. jadi status kita tu la jadi kayu ukur untuk orang lain menilai siapa diri kita. terutama siapa-siapa yang popular tu. yang kawan ribu-ribu. lagi la bahaya. ribu-ribu orang akan menghakimi status kita. kadang ada yang buat-buat prihatin atau simpati, tapi sebenarnya saja mau korek cerita pasal peribadi kita. hurmmm kan ka tak baik tu...


P/S:

  • aku sendiri pun selalu menilai orang guna status facebook. jadi hati-hatilah..hehehe
  • sesetengah perkara boleh kita berkias di facebook, tapi sesetengah perkara lebih baik kita sampaikan terus...
  • aku tau aku bukan orang yang layak cakap pasal penyalahgunaan facebook..yup aku sedar tu.. aku minta maaf banyak-banyak dengan yang pernah terasa atau yang sentiasa meluat dengan aku di facebook aku tu...

2 ulasan:

Siti Syakirah Saidi berkata...

aku ok jak ngan fb ko r.hehehe

Faizan Villainheart berkata...

saya pun no problem...:)