Khamis, 16 Disember 2010

Berhenti timbulkan isu 'Sabah untuk orang Sabah'
Berita Harian

2010/11/01

Langkah ketinggalan zaman, boleh bangkitkan kebencian rakyat 

SANDAKAN: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengingatkan Parti Maju Sabah (SAPP) supaya tidak lagi memainkan isu 'Sabah untuk orang Sabah' sebagai modal politik meraih sokongan pengundi.
Katanya, politik seperti itu sudah ketinggalan zaman dan tidak perlu dibangkitkan kerana boleh menimbulkan kebencian di kalangan rakyat.
Sebaliknya, beliau berkata, apa yang diperlukan sekarang ialah politik pembangunan dan semua pihak harus bekerjasama untuk terus maju. 

“Memainkan isu untuk memperjuangkan autonomi atau sesuatu yang bersifat eksklusif, seperti Sabah untuk orang Sabah’ adalah salah. Sabah sudah diberi beberapa penghormatan dan sekurang-kurangnya lima menteri dalam Kabinet Persekutuan berasal dari negeri ini,” katanya. 


Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan mesra untuk membantu calon Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Thau Lin dalam kempennya menghadapi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi, di pasar Tanah Merah dan Bandar Nam Tung berhampirannya di sini, semalam. 

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus memastikan hak Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sentiasa terpelihara. 
“Dalam soal kerajaan tempatan, hak autonomi kerajaan Sabah masih wujud. Begitu juga dalam soal kehakiman kita, ada Mahkamah Tinggi Borneo dan Mahkamah Tinggi Malaysia. 

“Ini menunjukkan hak Sabah dan Sarawak sentiasa terjamin seperti termaktub dalam perlembagaan,” katanya pada majlis penyerahan lesen perisian ‘zaman kerja rumah tanpa kertas’ di SK Karamunting, dekat sini, semalam.


Respon aku:
hurmm betul jugak tu... ada sesetengah pihak yang terlalu radikal menggunakan isu kenegerian untuk kepentingan sendiri. hurmm kadang-kadang memuakkan dengar orang yang terlalu berapi-rapi bercakap pasal benda-benda macam di atas.. haishhh.. aku bukannya  menafikan kepentingan dan juga mungkin hak-hak sesetengah orang yang diabaikan.. tapi cuba guna cara yang lebih baik dan terhormat. jangan cuma mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mempengaruhi pelbagai pihak. terutamanya orang kampung yang kurang peka dengan isu-isu macam ni. banyak pihak yang cuba ambil kesempatan terhadap kebodohan bangsa kita sendiri zaman skang ni...  kalau nak memperjuangkan hak-hak kita gunalah cara yang betul.. bukan macam sesetengah pihak yang cuma berani cakap.. tapi bila bertindak terus lesap. baling batu berani, tapi lepas tu sembunyi tangan...sekali lagi... haish... baiklah sampai di sini.


sekian. salam hormat.

Tiada ulasan: