Rabu, 22 Disember 2010

Fakta: Orang Asing Dalam Buku Teks..

ok kali ni aku mau kongsi kan tentang orang-orang asing yang pernah kita dengar dalam buku teks sejarah....


J.W.W Birch -( mesti pernah dengarkan?? alarr mati dibunuh tu...)
 Nama sebenar beliau ialah James Wheeler Woodford Birch. Beliau adalah Residen pertama British di Perak selepas Perjanjian Pangkor 1874. Beliau menyandang jawatan tersebut pada 4 November 1874. Akibat sifatnya yang bongkak dan tidak menghormati adat istiadat Melayu serta pembaharuan yang dilakukan di Perak, mengakibatkan beliau dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1875 oleh pengikut-pengikut Dato' maharaja Lela.



Francis Light-( dalam buku teks, sejarah pulau pinang bermula ngan dia ni larr....)
Dia dilahirkan di Suffolk, England dan merupakan bekas kelasi Angkatan Laut Diraja British dari tahun 1759 hingga 1763. Mulai tahun 1765, dia bekerja sebagai seorang pedagang untuk Syarikat Hindia Timur Inggeris. Merupakan wakil British yamng meminta Pulau Pinang daripada Sultan kedah sebagai balasan perlindungan pertahanan diberikan kepada Kedah. Anak luar nikah beliau, Kolonel Wiliam Right merupakan pengasas Adelaide, Australia.


James Brooke- (rajah putih..)
Sir James Brooke (29 April 1803 - 11 Jun 1868) dilahirkan di Coombe Groove berhampiran Bath, England dan merupakan Raja Putih Sarawak yang pertama. Sebelum menjadi Rajah Putih Sarawak beliau pernah menjadi Gabenor di Labuan pada tahun 1847 hingga 1852. pernah tak tau sebelum ni?? hehe... aku yang orang Labuan pun baru-baru ja tau...


Alfonso de Albuquerque-(kerananya runtuh kota Melaka)
seorang Laksamana tentera laut Portugis yang terkenal dan yang telah membantu mengembangkan Empayar "penjajah" Portugal di Lautan Hindi. Beliau juga merupakan tokoh yang menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka pada 24 Ogos 1511, dan yang kemudian membina Kota A Famosa untuk menyekat penentangan orang-orang Melayu.
Daripada ibunya, Leonor de Menezes, Albuquerque dikaitkan kepada keluarga diraja Portugal melalui keturunan luar nikah. TAU TAK??
tercatat dalam Sejarah Portugis di mana Alfonso sebanyak tiga kali menjalankan operasi untuk mencuri jasad Rasullulah di Madinah untuk di jadikan tebusan bagi tawar menawar dengan pemerintah Arab. Tetapi sebanyak tiga kali beliau gagal di sebabkan ribut taufan. Ini menyebabkan dia merasai bahawa Tuhan tidak merestui tindakan beliau.







5 ulasan:

Pinung is VizarD berkata...

wah ko mau jadi sejarahwan ka ni zul?? hahaha

Zulkifly Omar berkata...

bakal cikgu sejarah kan... wahaha

Tanpa Nama berkata...

Biaq betul JWW Birch mati dibunuh pada tahun 1975..

anime_43@yahoo.com

Zulkifly Omar berkata...

jww birch mati dibunuh pada 1875.. bukan 1975..

Zulkifly Omar berkata...

sorry.. error.. thx bagitau...