Khamis, 23 Disember 2010

Jom Masak: Ayam Masak Sos...

ok.. hehe..aku d kampung dah ni.. ada jugak line internet sket. boleh la menjenguk blog ni... hari ni aku teringin mau kongsi satu masakan yang paling senang... senang ja larr mau masak lauk ni.. xda yang leceh. huhu.. aku masak kat kampung ni.. sebab tu la aku masak ni. pasal masak benda lain susah.. datuk aku banyak pantang. Ayam masak sos versi aku ni senang ja..


bahan-bahannya:
bahan perapan ayam:
ayam
garam
serbuk kunyit.

bahan sos:
minyak masak
3 biji bawang besar
3 biji bawang putih.
5 sudu makan sos tomato
garam 
gula
perasa
1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air.
setengah cawan air.  
aku potong bawang tu gelung-gelung.. hehe
cara mau masak:
perap ayam dengan bahan-bahan perapan.
Ayam yang dah diperap

goreng ayam sehingga masak.. jangan goreng sampai terlampau garing ok. sedang-sedang ja..

ayam yang tengah goreng.


ayam yang dah siap goreng... huhu aku goreng terlebih garing..

untuk sos, mula-mula panaskan minyak, dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan agak garing.

tengah tumis bawang..

kemudian masukkan sos tomato, air, garam,gula dan perasa.kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sos memekat.

sos yang dah agak-agak pekat.

kemudian masukkan ayam, gaul dan matikan api. siap!! mudah kan... orang tak biasa masak pun boleh buat.


nah siap dah...!!!


p/s: sorri larr k gambar tak jelas.. aku ambik guna hp 2mpixel ja.. desh.. hehe

1 ulasan:

Anne Nurain berkata...

simple jak kn, n nmpk sdap.. mo test la nnt... hehe...