Jumaat, 17 Disember 2010

Jom Masak: Kari Daging

ok oleh sebab malam ni aku masak.... jadinya aku tergerak larr nak masuk kan dalam blog ini...  malam ni kena masak daging kari... hehe... sapa yang kenal aku tu tau larrr aku ni peminat kari... hehe... tapi aku ni minat kari yang masak kat rumah ja,.. hehe kari mamak atau kat kedai tu tak best...oklah aku mau kongsi macam mana aku masak kari di rumah aku nil.. hehe...mari kita mula dengan bahan-bahannya...

Bahan untuk dikisar:
5 biji bawang merah
halia
segenggam cili kering
5 sudu serbuk kari daging
Rupa bahan-bahan yang dah dikisar

bahan untuk ditumis:
2 batang kulit kayu manis
bunga lawang
cengkih
pelaga
ni lah dia.. ada yang tak tau ker??

bahan lain:
1kg daging

5 biji kentang


1 1/2 cawan santan


1/2 cawan air asam jawa


gula dan garam secukup rasa.



cara-caranya:
panaskan minyak.

tumiskan bahan-bahan untuk ditumis. tumiskan sehingga naik bau.

masukkan bahan-bahan yang dikisar.

biarkan sehingga naik minyak. kecilkan api. dan sentiasa kacau. kalau tak nanti hangus kat bawah. mesti tumis sampai betul-betul naik minyak. kalau tak nanti kari tak cukup masak. rasa kari tu jadi tak sedap.

Selepas naik minyak, masukkan daging, gaul dan biarkan sekejap.

selepas tu masukkanlah kentang dan gaul lagi.

kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam.
biarkan mendidih.

biarkan mendidih sehingga kentang lembut. bila kentang masak daging pun dah masak la tu.
masukkan santan dan biarkan mendidih lagi. tapi sentiasa gaul ok lepas masuk santan.

bila dah mendidih sekejap bolehlah matikan api. siap!!
nah boleh makan dah.. ngeee~nyum..nyum..
p/s: best buat entry masak-masak ni. tapi leceh nak amik gambar.. huhu

4 ulasan:

dyg berkata...

uish..terperinci ko punya gambar ni..gud2..
ko memang suka kari..aku pon nda tau mengapa.hehe..

RoZaLiNdE berkata...

hebat... nmpk sedap! lapar aku... hahaha

Zulkifly Omar berkata...

dyg: hahah memang suka kari... teperinci ni smgt update blog.. sebelah tangan sudip.. sebelah lagi hanphone mau ambil gmbar... haha

linda: jemput makan... hahah

eelobor berkata...

kat sini ini hari kari ketam....