Sabtu, 18 Disember 2010

Telefon bimbit vs Etika


hai..hai..hai... serius aku malas hari ni. badan lenguh ja.. malas sangat nak menekan-nekan papan kekunci ni.. ( adoii skimanya).... huhu tapi hari ni blom ada satu pun entri aku lagi.. dan datang melayang pulak idea ni.. hehe. ok kembali kepada tajuk.

pernah tak korang nampak orang yang tengah berjalan sambil bercakap sorang-sorang..(owh rupanya cakap dalam phone)... lepas tu suara kuat mau mampus+ marah-marah lagi tu.. eeiiii bikin panas!! aku selalu nampak. ramai yang melintas depan kedai mak aku macam tu.. ( hehe kes bosan duduk depan kaunter.. tengok orang ja keja).



ada yang marah bini larr.. marah pekerja la... pastu ada yang macam tengah buat bisnes deal larr... adoiii napa la buat kat publik macam tu. dah tu suara pun tak tau mau control. patut larrr semua orang tau ko ada perempuan simpanan, atau gaduh ngan bini ka....cakap kat telefon suara macam buat pengumuman dalam dewan tanpa microhone.

geram tol orang macam ni. takda etika langsung.. cuba larr angkat telefon tu cakap perlahan-pelahan. kalau kat publik tu cakap la benda-benda yang penting ja.. jangan la hal-hal peribadi pun mau cakap di publik.. haish... bising bah suara ko tu...

1 ulasan:

Pinung is VizarD berkata...

biasak tu zul..sgaja mau tunjuk dorang ada tlepon tu ahahahah