Sabtu, 29 Januari 2011

Interlok!!!

huhu baru-baru ni isu Interlok panas sangat kan... novel interlok karya..... adalah sebuah novel yang berlatar belakangkan sejarah negara. cuma kisah ini diolah dalam bentuk fiksyen dengan memperlihatkan kisah  dan olahan cerita dan bukan fakta semata-mata. sudah namanya pun novelkan.
aku sebenarnya tak mengikuti sangat mula-mula isu ni... ni pun baru ja lepas buat pembacaan tentang isu ni. dulu setakat dengar-dengar ja. tapi aku memang tau lah novel interlok ni. masa tingkatan 5 aku pernah cuba baca novel ni... tapi aku berjaya baca 3 muka surat ja... lepas tu aku just skip muka surat.. serius bagi aku bosan gila novel ni... ntah macam mana larr student form 5 mau kaji buku ni.. sah-sah ramai yang akan baca sinopsis ja nanti... huhu


ok berbalik kepada isu interlok ni.. isu ni timbul bila ada yang tak puas hati kerana menganggap novel ni bersikap perkauman. kerana menyebut perkataan 'pariah' yang merujuk kepada kaum india di negara ni. owh ya.. Pariah adalah nama bagi salah satu golongan dalam sistem kasta india. dan kasta pariah ni aalah kasta yang rendah.  sebab tu ja la yang isu ni jadi panas.. bukan apa-apa pun..

bagi aku tak perlu larr isu ni diperbesarkan.. dah terang-terang benda interlok adalah karya sastera... bukan buku teks sejarah yang penuh fakta.... karya satera mengajar kita untuk berfikir dan melihat sesuatu daripada sudut pandang berbeza. jadi terima saja lah.. setakat isu kecil macam tu.. bagi aku tak perlu jadi isu.. pelajar kita sekarang sudah cukup matang berfikir..

 lagipun itulah guna novel ni dikaji.. supaya kita dapat ajar anak bangsa kita untuk belajar menilai mana baik dan mana buruk.  ada banyak lagi buku-buku lain.. sumber-sumber lain yang langsung tidak ditapis dan mampu diakses oleh pelajar.. jadi sekurang-kurangnya.. novel yang agak berat macam ni mampu melatih dan mengajar mereka untuk menilai dengan lebih baik... jadi bila dorang jumpa maklumat lain dalam buku lain.. atau sumber lain, taklah anak bangsa kita.. remaja masa kini... suka-suka hati menghukum sesuatu buta-buta macam sesetengah orang buat.

2 ulasan:

fzamazlan berkata...

novel ni telah dipolitikkan oleh politikus yang mementingkan diri...

Mohamadazhan.com berkata...

buta sastera akan menilai penulisan tersebut negatif semata.