Rabu, 5 Januari 2011

telah tiba ke akhirnya...

Ku tuntut kejujuran walau ku tahu kebenaran menyakitkan,
ku tuntut semua yang tersirat, 
agar jelas apa yang tersirat, 

semua kerana rasa hati, 
semua kerana aku takut sayang ini akan mati, 
kerana pasti benci akan menguasai, 

telah tiba ke akhirnya, 
aku terima semua telah tiada,
pahit terasa, 
membuat tidak tertahan air mata,

takkan ku tangisi pengakhiran ini, 
aku pujuk hati, 
agar mampu kembali berdiri, 

tapi aku seakan tak mampu, 
kerana rasa hati bagai dipaku, 
bila sentiasa teringat luka sembilu, 
mula menyesak dalam jiwaku.

2 ulasan:

padin berkata...

karya putus cinta ke nih?

Zulkifly Omar berkata...

hahaha kot larr..