Rabu, 2 Februari 2011

Terlalu Berterus Terang

2


" ko ni zul.. terlalu berterus terang larrr.."- dua tiga orang sahabat pernah berkata begini.

okey aku tau ayat tu sebenarnya teguran sopan yang berlapik.. makna disebalik ayat tu lebih kurang macam ni..

" gila laser mulut ko zul.. tapis-tapis la sket.. kuang hajorr sungguh.."

hehe.. mungkin takla sekasar translation dari hati yang aku buat tu.. tapi aku tau lebih kurang macam tu larr sebenarnya dorang nak cakap. aku sedar juga aku ni jenis main cakap jak. kalau mau sembur aku sembur.. kalau mau tegur aku tegur. tak kira la.. dari penampilan orang tu.. atau perbuatan dia.. ataupun sikap dia.. kadang-kadang mudah, cepat dan sedap ja mulut aku menegur. tak perlu tunggu 2 minit pun macam maggie ok...
aku akui juga sebenarnya inilah antara kelemahan aku. mungkin ada juga antara rakan-rakan macam ni kan. hurmm berterus terang macam ni kadang ada baiknya. tapi kadang-kadang boleh buat kita hilang kawan. yalah kan.. orang tak boleh terima apa kita cakap.. tambah-tambah lagi yang tak paham perangai kita. huhu.. tak payah tunggu mata berkelip.. sah-sah dia tak mau berkawan dengan kita. memang makan diri juga la kalau berterus terang ni.

orang ni macam-macam. ada yang jenis hati kering.. cakapla apa pun tetap takda perasaan. ada pula yang hati lembab gila-gila.. bukan lembab yang bodo ok.. lembab yang basah tu. belum cakap lagi dah mengalir air mata. adoiii... ni yang susah ni... oleh sebab manusia banyak ragam.. kita harus..mesti dan WAJIB.. berfikir dan menyusun dulu apa kita mau tuturkan..  nanti takut ada orang yang terkoyak jiwanya..(hiperbolanya..) haha

tapi kadang bagi aku daripada aku simpan sendiri-sendiri suatu benda tu lebih baik aku cakap.. kebenaran tu sakit tapi hipokrit tu lebih sakit... itu bagi aku larr... tapi kadang-kadang bagus juga kebenaran tu disimpan saja.. (bukan menipu ok.. cuma tak memberitahu kebenaran.. erkk paham kan maksud aku?)

macam ni.. hurmm ok x?

aku jujur dan berterus terangnya mau minta maaf ok.. kalau tersalah tegur... terberterus terang sampai mengguris rasa. kadang aku tak terniat pun.. huhu. pasni aku cuba la ubah sket-sket apa yang patut... aku cuba la berlapik dengan bahasa-bahasa indah lepas ni kalau mau menegur... cuba kalau aku terlepas jugamaku minta maaf larr.. fitrah.. wahaha

Khidmat Pesanan Masyarakat ini dibawakan oleh Dariku Zulkifly dan dikuasakan oleh pakcik Google.


6 ulasan:

shida anwar berkata...

suka...dan sokong apa yg di tulis..kekadang tu bukan sengajapun terlepas kata..

Zulkifly Omar berkata...

thx 4 de komen.. hehe

PecahKata berkata...

sesuai banar la tu.

Catherine- berkata...

jangan biarkan hidup anda di selubungi k a r m a.

sekian~

Epul berkata...

susah jugak kan dgn orang yang hati lembab nie. haha

Zulkifly Omar berkata...

huhu... apa ble wat