Selasa, 1 Februari 2011

Hari Wilayah: ada apa dengannya..


Hari ni 1 februari.. Hari Wilayah Persekutuan. cuti umum bagi labuan,kl dan puterajaya. tapi ada apa lagi hari ni selain cuti umum.. hurmmm ntah lah. macam takda pengisian ja.
3 Wilayah Persekutuan
aku ada gak tengok-tengok aktiviti yan kena wat di labuan ni. pertandingan futsal, mewarna, battle of the band.. macam pelik betul aktiviti-ativiti ni. bagi aku macam tak relevan. aktiviti macam ni saja kah mampu untuk dirancang bagi mengisi hari wilayah??

ya aku tau hari wilayah bukan hari kemerdekaan negara. dan hanya disambut 3 wilayah ni saja. tapi hari adalah hari dimana ketiga-tiga wilayah ni berdiri sendiri dengan ada pentadbiran rasmi yang terpisah daripada negeri-negeri lain kan. so, pada pandangan aku perlu la wat pengisian-pengisian bermakna sket.. kalau wat match sukan, contest yang biasa-biasa... bila-bila pun boleh buat. Hari wilayah weiii bukan hari koperasi sekolah...

mungkin pihak berkenaan boleh lah wat aktiviti yang ilmiah sikit.. daripada buat kempen kibar bendera untuk  meningkatkan semangat patriotisme.. bagus buat seminar atau kem  Hari wilayah contohnya. ataupun buatlah program-program yang boleh meningkatkan kualiti rakyat. khusus nya di labuan ni. kalau di kl tu lain lah... masyarakat disana lebih terdedah dengan informasi...

p/s: sekadar pandangan anak labuan yang separa matang...

3 ulasan:

Pinung is VizarD berkata...

ahahaha..
tak da pengisian yang berkaitan dengan patriotik ker?? perarakan ker..

Zulkifly Omar berkata...

perarakan takda pun dalam takwim.. masa penutupan kali.. tp rasa perarakan pun tak cukup patriotik lagi...

Sofinah Lamudin berkata...

betul jul!