Ahad, 27 Februari 2011

Seloka: saatnya hampir tiba...

dikala saat hampir bertaut
rasa hati mulalah kalut
semua dibuat serba melalut
kerana hati gentar dan takut

ayat mula berbunyi pelik
keyboard pula terus diketik
buku rujukan hampir-hampir carik
mengejar masa yang terus berdetik

bukan sikap masalah utama
tapi memang benar-benar tiada masa
tugasan terpaksa ditangguh sementara
hingga lupa 'dateline' yang tertera


sedikit masa masih berbaki
supaya tugasan dapat dilengkapi
sentiasa beringat dengan kuantiti
kerana apa yang penting adalah kualiti

bagus juga guna alasan ni...
"puan, anjing saya makan assigment saya puan.. laptop plak kena virus.. so, softcopy pun takda"
p/s:hehe sekdar hiburan.. tribute to roomate aku.. yang masih berjaga dan berusaha pada pukul 3:19 am ni untuk menyiapkan asaimen beliau..

2 ulasan:

~NieZa~ berkata...

kekekekeke
cm best jgak 2 alasan kn
mau try la nnt
wuwuwuu

Zulkifly Omar berkata...

hehe cuba jangan tak cuba..