Isnin, 2 Mei 2011

Debat Bahasa Melayu Piala Pengarah IPG Kampus Kent 2011

Debat Bahasa Melayu Piala Pengarah IPG Kampus Kent 2011 selesai sudah... akhirnya setelah banyak cabaran yang dilalui.. kekangan bajet, masalah peserta,masalah hakim, percanggahan sistem pertandingan, kekangan masa,... dapat jua kami selesaikan keseluruhan pertandingan ni...

Pertandingan akhir antara PPISMP BM (SJKT) lwn PPISMP MATH... wahhh tak tanpa disangka-sangka dua pasukan ni masuk akhir. ni lah juga dua pasukan yang merayu-rayu dengan aku mula-mula hari tu supaya dorang tak payah masuk.. rupanya rezeki dorang jua masuk akhir.. huhu.. sempat juga la aku kongsi ilmu sket dengan dorang ni.  PPISMP BM (SJKT) berjaya jadi johan untuk Debat Bahasa Melayu Piala Pengarah IPG Kampus Kent 2011. penganjuran kali pertama ni aku berani cakap berjaya. walaupun aku akui banyak kelemahan, aku bagi pihak keseluruhan jawatankuasa minta maaf banyak-banyak, insyaAllah penganjuran akan datang akan kami perbaiki.

owh ya sebenarnya  secara rasmi debat ni dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Kent dan dikelolakan oleh Pasukan Debat Kent dan PISMP BM semester 1. Owh PPISMP BM (SJKC) pun turut membantu jadi ajk. terima kasih banyak-banyak kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langung. aku puas hati sangat dengan keseluruhan pertandingan ni. walaupun banyak masa dan tenaga terpaksa dikorbankan, tapi pengalaman yang aku dan yang lain-lain dapat sangat berharga.

aku ngan haru, shah dan fatin
PASUKA DEBAT PISMP KS...
kepada anak didik ku (waaahhh anak didik gitu.. hoho) pasukan debat PISMP KS... hehehe fatin, shah n haru... terima kasih banyak-banyak.. kamu boleh tu.. lain kali kita asah lagi sama-sama. jangan la sedih-sedih. tempat ketiga tu sangat-sangat bagus sudah.  takpa next time kita berabis.. hoho.. biar piala pusingan tu duduk dalam kelas kita.. hahaha...

owh ya aku merasa juga jadi hakim dalam pertandingan ni.. hoho... hakim terjun la.. tapi aku cuba sebaik mungkin untuk menjadi hakim yang baik.  keseluruhan pertandingan ni bukan ja membantu aku lebih lagi memahami debat, tapi membantu aku juga untuk menguruskan program, menguruskan emosi sendiri, berurusan dengan orang... huh banyak laaa aku belajar.

p/s: aku happy.. walaupun ada perkara yang melukakan..  realitinya sakit bila orang kata kita menyusahkan dorang. tapi takpa.. aku tetap positif kan diri..  terima kasih atas statement anda.. next time aku susahkan kamu lagi.... sekian sama2.

Tiada ulasan: