Ahad, 5 Jun 2011

kenapa tolong sana.. sini seperti dilupa....

isu: bantuan bagi negara luar.. perang.. bencana alam..

skop: palestin, iraq, afghanistan dan yang berkaitan...

situasinya sekarang:
ramai sangat orang di malaysia yang ambil berat dengan rakan-rakan.. sahabat-sahabat kat negara luar..  bantuan itu ini... jadi sukarela...  tenaga.. duit. terutama  mahasiswa-mahasiswa... tak kira lah yang belajar luar negara atau dalam negara. ada pernah dengar-dengar ada sahabat ni yang berniat untuk jadi sukarelawan ke palestin.. hurmm.. bagus niat dia.. banyak share artikel-artikel di facebook pasal tu.


aku rasa:
adakah semua yang mau membantu ni sedar sebenarnya di malaysia pun banyak lagi perlu dibantu...???? pernah ka terfikir masih lagi rakyat malaysia yang merempat. masih ada lagi yang tercicir dari alam persekolahan...?? pernah fikir?? adakah semua yang obses membantu orang-orang luar negara ni pernah berfikir seketika tentang yang di sini.. yang kurang di sini. yang susah di sini.. kalau yang belajar di luar negara tu.. berapa ramai yang berfikir mau cepat-cepat habis belajar.. supaya dapat balik dan bekerja di Malaysia.. untuk tolong bangsa sendiri.. untuk majukan negara sendiri? berapa ramai? atau lagi ramai yang mahu terus berada di sana, kerja sana.. hurm yang di Malaysia pula berapa ramai yang pernah terfikir mau menghulurkan duit atau bantuan kepada jiran-jiran sekampung yang mungkin berada di bawah garis kemiskinan.. yang mau makan pun susah-susah?

p/s: aku bukan mau melarang kita hantar bantuan keluar negara.. cuma mengingatkan jangan terlampau ghairah hendak bantu orang lain.. sampai rakyat negara kita sendiri dilupakan.. jangan sampai orang kata kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. ^^ sekian salam hormat. semua perkara boleh kita lihat daripada perspektif berbeza..

8 ulasan:

Unknown berkata...

Lama nda lompat2 sini Zul.. Baru update kah? Keh3..

Tolong mana yg kita mampu, yg kita ada ruang n peluang. Yang terpilih untuk misi sukarela ke luar negara [bantuan kemanusiaan dll] tu aku rasa bukan calang2 orang.. Mereka terpilih atas sebab2 tertentu, sebagai contoh; aktif dlm bab sukarelawan di lapangan tempatan n agak pelbagai misi yg disertai..

Misi sukarela dalam negara pula ada juga cuma kadang suntikan modal untuk melancarkan lagi target penganjur / pengelola kadang agak kureng. Kebanyakan sponsor datangnya dari pihak kerajaan n amat sedikit pihak lain yg terlibat melainkan ianya sesuatu yg besar n 'dapat nama / masuk berita'.

Itu mentaliti umum masyarakat kita secara kasarnya, ehe

Zulkifly Omar berkata...

thx bg pendapat..

yup tu masalah org kita,cuma mau dpt nama..

sebab tu juga byk yg mau membantu yang di luar sebab banyak liputan.. kalau dlm negara macam teda2 ja..

sahidzan berkata...

skop ni kalau dibincangkan cukup luas. bagi pandangan peribadi saya, isu palestin dan masalah hidup susah dalam negara kita ini dua benda yg berbeza. negara kita ni jika hidup merempat pun rasanya tidak akan mati kerana lapar dan mudah untuk mencari makan. Kita bebas dan diberi kebebasan untuk berusaha. Banyak ruang.Cumanya ruang itu mungkin tidak dapat dilihat oleh si orang yang susah. Berlainan pula dgn palestin. Ia sebuah negara yang masih lagi dijajah. bila dijajah ni kita dikawal. mahu berusaha macam mana kalau dikawal semuanya. mau bercucuk tanam, tanah dirampas. mau berniaga, premis bila-bila masa saja kena sorong dgn traktor. sumber luar ikut suka si penjajah. kalau hati dia senang, makanan ubatan di kasi lepas, kalau hati dia susah, dia hantar askar serang kapal angkut makanan ubatan. Ubatan pun sampai mahu kena supply dari luar, kalau tiada supply, dari mana org palestin mau dapat ubat tahan sakit kena bedah akibat ditembak. Minta dari amerika? dari china? dari mesir? jangankan itu, mahu beribadat pun rasa goyang semacam tiba-tiba bom jatuh dari atas.

sekurang-kurangnya rakyat kita yang pergi ke sana tu (bilangan yg kecil jika dibandingkan dengan rakyat muslim dlm negara ini) mewakili kita semua yang cuma tahu hentam yahudi dari fesbuk sambil duduk di McD. Saya kalau diberi peluang dan belum ada sebarang komitmen pun saya mahu pergi palestin sana. Bukan saya melupakan orang kita disini, tapi orang kita ni banyak sumber, kalau hidup susah kerajaan ada bagi bantuan kebajikan. kalau payah mau dapat bantuan dr kerajaan, jumpa lah pembangkang kasi isu hentam kerajaan. banyak media macam blog contohnya. Pemuda palestin saya syak tiada akaun blogger sebab dari kecik diorang dilatih dan melatih diri sendiri memegang senjata dan melontar batu pada penjajah.

ini pandangan saya saja melihat masalah palestin tanpa melibatkan negara islam lain yang bergolak atas dasar politik. mengapa palestin? itu soalan yg setiap orang islam dalam dunia ni patut dapat jawab. wallahualam.

Zulkifly Omar berkata...

thx for ur opinion.. good.. betul apa kau cakap.. tapi tu lah..
apa yang aku cuba persoalkan bukanlah bantuan-bantuan tu.. tapi mentaliti rakyat kita... mentaliti yang macam ko cakap tu larr duduk mcD sambil hentam yahudi.. haha.. jarang pula kita nampak fb share pasal orang yang susah d negara kitakan... akhirnya di Bersamamu ja la kita baru dpt nampak.. hihi

Pinung is VizarD berkata...

nice..
teruskan skop mcm ni zul..
2 ahli fikir dah bagi pandangan tu..

Zulkifly Omar berkata...

hehe thx vizard..

muhammad muhidin samsudin ( mr. mms ) berkata...

x tau nak komen apa...
apa2 pun thniah la sbb bngkitkan isu ni..pnah juga saya trpikir pasal bnda ni. tp tkut ramai yg bngkang n x spndpt dgn sy. tp x jd msalah. msing2 ada pndpat kan..lgpun isu sbgni mmbntu kita brfikir dgn lbh trbuka d smping brkngsi pdpt dgn org lain. syukran...hehe..

Zulkifly Omar berkata...

hehe jangan takut la org bangkang.. perkara biasa tu...huhu