Ahad, 21 Ogos 2011

Blog dan Vlog: Fenomena gila popular alam maya?

Kumpulan Sasar:

Blogger dan Vlogger

Isu:

 Buat blog @ vlog sebab mau popular? atau cuma mahu mengekspresikan diri? berkongsi Ilmu? kebebasan bersuara?

kata aku:

sebagai blogger bukan vlogger, hehehe aku tak rasa pun aku buat blog sebab mau popular. untuk soalan-soalan lain tu aku setuju. aku guna blog untuk berkongsi, untuk mengekspresi dan untuk bersuara. aku tahu tak ramai pun baca blog aku, tapi kepuasan untuk mem'public'kan pendapat kita tu yang buat kita rasa lain. rasa macam "atleast.. i do something.. aku tak boleh ubah dunia, tapi aku boleh beritahu dunia.." ( dunia dengar atau tidak itu lain cerita)

aku tak nafikan yang populariti itu penting untuk menaikkan sesebuah blog.. tapi bagi aku populariti tu akan datang sendiri kalau blog kita menepati kehendak pembaca dan blogwalker (aku tak kata berkualiti k.. cuma menepati kehendak.. hehehe)

Sekarang pla ada trend baru (takla baru sangat) vlog.. hehe ataupun video blog... kalau dulu cuma tulisan.. skang blog ada dalam bentuk cakap-cakap. banyak kan Vlogger popular macam inianwarhadi, maria elena, matlutfi... hehe tu ja la yang selalu aku layan.. oh lupa.. Ben Ashaari pun ada juga.. huhu. kebanyakan vlogger ni juga adalah blogger. dan jadi vlogger ni lagi senang mau popular. hehe.. tapi kebanyakkan yang berani buat vlog ni aku tengok adalah orang yang berani. dan semua video-video dorang ada isi yang tersirat.. (ada juga yang picisan) so, macam blog, vlog juga adalah medium untuk bersuara dan berkongsi. bagi aku takda salahnya.. huhu popular itu bonus.

Kesimpulan:
 tak kira la apa sekali pun niat kita untuk berblog atau bervlog, yang penting kita ikhlas.. hehe jangan dicari populariti tu, kalau rezeki datang lah tu.. hehe peace.

p/s: ya aku tidak popular.. hahahha

3 ulasan:

Akue Achik berkata...

Zoul : aku pun nda popular..apa lg mngejar popular..haha :)

Tanpa Nama berkata...

heee~ popular itu bonus..suka ayat itu..suarakan pendapat..itu saya setuju..^^

Zulkifly Omar berkata...

suarakan pendapat anda.. hehe