Isnin, 22 Ogos 2011

Gemuk: Fizikal vs Personaliti

aku gemuk!.. yeah.... tidak dapat dinafikan. hehehe oleh sebab aku ni memang dah 'besar' sejak dari darjah satu lagi, fizikal aku ni banyak mempengaruhi dan membentuk personaliti aku. ramai orang mau gemuk.. ada juga yang mau kurus (akula tu..) kita tak puas hati dengan apa yang kita ada. lumrah la tu manusia.. tapi bukan itu yang aku mau cerita. hari ni aku mau cerita macam mana bentuk badan fizikal tu mempengaruhi personaliti kita.

bagi aku sememangnya fizikal aku ni banyak mempengaruhi personaliti aku. terutamanyanya keyakinan diri. (mungkin skang ramai anggap aku ni yakin diri.. ya mungkin betul la skang)... suatu masa dulu aku sangatlah introvert. tak tau la kamu percaya atau tidak. tapi masa sekolah rendah aku memang sangat introvert. dan sebab nya aku malu dengan diri sendiri... hurmmm

sebab tu lah juga suatu masa dulu aku malu untuk berdiri di depan. untuk bersuara aku sangat la nerves. kalau p depan bercakap tu, confirm aku terketar-ketar. sebelum ni aku tak pernah sedar. tapi sekarang aku sedar punca ketidakyakinan aku tu disumbangkan oleh sebab perasaan aku tak selesa orang tengok fizikal aku.

huhu kalau ku fikir-fikirkan... besar pengaruh 'kegemukan' ni dengan personaliti aku dan juga orang lain. boleh dikatakan orang yang rasa dirinya ada kekurangan ni akan menyalurkan dengan cara berbeza. ada yang jadi introvert. macam aku dulu... ada pula yang cuba meningkatkan potensi dirinya yang lain-**sedang ku usahakan. untuk atleast membuktikan kepada diri sendiri yang kekurangan tu sebenarnya bukan apa-apa.

p/s: setiap dari kita punya cerita berbeza. siapa kita pada hari ini adalah hasil siapa kita suatu masa dahulu, semalam, seminit lalu dan siapa yang kita ingin jadi sepuluh tahun akan datang.

2 ulasan:

Akue Achik berkata...

aku pun malu sbb aku ni miskin...huhu :(

tp sbb aku berdikari, aku nda rasa malu lg..biarpun aku mskin.. :)

ada kaitan ka ni? hoho

la dolce yathy berkata...

bersyukur dgn apa yg ada.. aq pown dlm kalangn org2 gemok nie.. tp maintain ja, mmg dlm hati x trima kenyataan.. tp maw bt mcmna kan.. erm.. =(