Khamis, 22 Disember 2011

kalau impaknya negatif...

ini nasihat aku... pandangan seorang yang cepat emosi. kalau kamu rasa sesuatu membawa impak negatif tinggalkan saja.  kalau sesuatu buat anda tidak selesa jangan buat lagi. jangan teruskan. tidak selesa bermaksud bila anda jadi tertekan, rasa jengkel, emosi, menangis, marah atau perkara-perkara sewaktu dengannya.

kes 1: Rakan Facebook

bila anda status beliau mengjengkelkan atau membuat anda stress sila remove beliau serta-merta (hide kalau rasa anda kurang kejam)

bila rakan facebook itu asyik terasa dengan anda.. sila abaikan beliau.. atau buat tindakan seperti di atas.

kes 2: Facebook Group

Gunakan butang 'leave group' secepat mungkin jika post di grup tersebut hanyalah semata-mata jualan barang atau pun link-link konspirasi. atau terus sound orang yang post. (juga berkesan untuk menghalang pekara yang anda rasakan negatif itu daripada berterusan.)

kes 3: kawan dunia nyata

sila jauhkan diri daripada beliau secara berperingkat (lebih baik daripada anda bergaduh). Jika sekelas, elakkan daripada berada sekumpulan dengan beliau bagi mengelakkan anda stress. atau menyakitkan hati beliau dan rakan-rakan lain. (tak pasal-pasal dosa anda bertambah karang..)

kes 3: bebelan seseorang

sila berusaha untuk menukar topik perbualan secepat mungkin. berlalu ketempat lain juga boleh mengelakkan perkara ini.

kes 4: tugasan A.K.A Assignment

sila siapkan seawal mungkin bagi mengelakkan tekanan. jangan sesekali mula buat tugasan di malam terakhir tarikh hantar...

kes 5: gaduh dengan yang tersayang..

mengalahlah sekali sekala. jangan mengharap orang lain ja faham kita...

sekian. salam hormat.

Tiada ulasan: