Rabu, 28 Disember 2011

Kawan aku ada cyber cafe.. aku???

malam tadi kuar dengan kawan... saja-saja buang boring pegi lepak mcD jap.. lepas masa balik pula tiba-tiba ngajak kawan ni pegi melawat ada cyber cafe sorang kawan baru bukak..  schoolmate dulu.. tapi kira rapat la.. selalu juga ngumpat sama.. eh bukan ngumpat.. berbual ja.. hehe

dia dah bukak sebuah cyber cafe. kagum arr aku dengan dia ni. aku ni masih lagi tertatih nak habiskan study (3 tahun lagi.. ) dia dah jadi tauke.. hehe..  dia kata dia wat pinjaman bank. cyber cafe dia taklah besar sangat.. ala-ala comel ja.. tapi lot kedai dia besar.. so dia bukan untuk orang sewa.. (kretif juga dia.. untung wooo)

macam dia lepasan politeknik, memang amik kursus IT ni.. memang berbaloi la kan.. dah bidang dia. untung juga boleh jadi usahawan muda. (rezeki zaman muda.) sekarang ni bagi aku di labuan ni walaupun kecik dan orang kata pasaran terhad, sebenarnya macam-macam lagi perniagaan yang anak muda boleh cuba. cuma kena berani dan kreatifla. jangan stick dengan benda yang sudah ada sajakan. yup memang lah macam cyber cafe ni nampak macam orang dah banyak bukak kan. tapi dia ni pandai pilih tempat, memang tempat yang berpotensi. then dia taklah stick dengan cyber tu ja. dia guna juga kemahiran dia untuk bagi perkhidmatan-perkhidmatan lain dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta. nahh kan untung tu. senang ja buat duit. orang kata kalau jadi usahawan ni kena kreatif lepas tu kena tahan mental dan fizikal. kalau jatuh bangun balik bukan gulung tikar. hehehe

aku doakan lah kawan aku ni terus maju dengan bisnes dia ni. kalau ada rezeki ajak aku skali.. ahaks.. goodluck kawan.. !!!!

5 ulasan:

ecadwinkyasha berkata...

rezeki kawan kau dekat situ,rezeki kau tempat lain pula.masing2 allah swt dah tetapkan pintu rezeki :)

Zulkifly Omar berkata...

hehe yup.. rezeki dia..

~NiZa Maksit~ berkata...

woww..cybercafe tu..kaya owhh..
kwn aku pn ada bka kdai jga..mmg mguntungkan scara duniawi la pniagaan dia ni..tp akhrtnya ntah.hehehe dia buka pub :p

nienaryonie berkata...

rezeki masing2 kan. mungkin ini hari dia, lain masa hari kamu pula. siapa tahu. usaha untuk kemajuan diri sendiri lagi penting.

Zulkifly Omar berkata...

Niza: haha dua kali aku baca tu' menguntungkan duniawi' hahaha.. blur sekejap.. wakaka. lepas baca hujung baru la.. 'oooo..'

Niena: yup rezekii masing-masing. doakan rezeki saya datang macam tu jugak.. hehe