Rabu, 21 Disember 2011

pandai cakap tapi kosong...

Isu:

orang yang berminat tentang politik, negara dan agama. tapi cuma bercakap dengan idea sendiri tanpa ada asas yang kukuh.

contoh kes:

suatu hari di dinding muka buku.. sebuah group bernama Parlimen belia..(sila search sendiri.. malas nak letak link). seorang hamba Allah ni sedang mempersoalkan 'demokrasi'.. "sistem demokrasi itu sistem kufur" katanya. Aku pun gatal hati nak pergi provok...  aku komen macam ni.. " boleh tak jelaskan apa tu demokrasi. demokrasi yang asal di yunani, demokrasi di US dan demokrasi di Malaysia. apa kelemahan demokrasi dan apa asas kita nak hukum demokrasi tu."

kemudia komen aku dijawab dengan jawapan melalut tanpa fakta dan tidak langsung memberikan definisi demokrasi secara jelas dan berfakta. nampak sangat dia hendak bercakap tentang demokrasi tapi cuma sekadar dengar-dengar dan tidak mengkaji.

Kata aku:
hurmm sebenarnya kes di atas bukan kali pertama aku nampak dan alami.banyak lagi kes-kes lain.. yang macam tu.. dalam facebook ada.. dalam dunia nyata ada. sekadar tahu bercakap. tapi cakap kosong. nampak bijak pandai tapi sebenarnya sekadar pita kaset lama. rakam apa saja. kemudia ulang balik apa  yang di dengar. sedih. bukan sedikit yang aku jumpa macam ni. ramai. sayang remaja dan mahasiswa seperti ini. bijak berhujah, namun kosong. tidak berilmu. 

nasihat aku kalau hendak berkata tentang sesuatu selidik dan kaji lah dulu. dan jangan lah menggunakan satu sumber. dapat kan maklumat daripada pelbagai sumber. kemudian baru nilai dan hukum sesuatu itu. barulah namanya generasi bijak.  sedih bila zaman google ni pun orang masih bermentaliti zaman akhbar cuma sebuah.

p/s: mula rasa jengkel bila orang add aku dalam group facebook yang entah apa-apa.  terutama group berbaur politik dan anti kerajaan.. euuuuw.. ramai pandai cakap.. tapi kosong!!!..

1 ulasan:

Kira Kekuri berkata...

likee..
lepas baca ni, aku berfikir yg aku kena mmprbnykkan membaca n cari bkti, klo mo ckp sesuatu. aisehh