Rabu, 22 Februari 2012

Bukan Memilih.. ya mungkin memilih..

Hei hei.. sekali lagi. entri ketiga hari ni. hehe kita pajak saja. ok entri ni sebenarnya masih lagi pasal JPP. dalam entri sebelum ni aku cakap aku terpilih sebagai JPP kan. Pengisytiharan perlantikannya semalam. Secara rasminya aku sebahagian daripada Jawtankuasa Perwakilan Pelajar. Sebenarnya aku dipertanggungjawabkan sebagai Exco Kolej kediaman. Tapi aku dengan penuh yakin dan percaya minta untuk bertukar Exco.

Ramai yang support untuk aku teruskan ja di Exco Kolej Kediaman. "ko boleh tu Zul.. Tak susah juga tu" hehe macam tu lah dorang cakap.. Tapi sebenarnya, aku tak pernah kisah susah tu. Sukar dan berat tu lumrahlah kalau kita memegang jawatan.  Bukan sebab bebanan Exco Kolej Kediaman membuatkan aku tidak mahu berada di exco tu.

Ok I'll make it clear here..(eseh... ter'speaking) sebenarnya aku tidak mahu berada di Exco itu sebab secara peribadi aku rasa, aku boleh jadi lebih baik dan membuat perubahan jika tidak berada di exco tu. (ehh bukan pula aku cakap exco tu tidak baik ok.) Ringkasnya, lebih baik saya tidak berada di exco tu.

Sehingga pengisytiharan JPP aku masih lagi berada di exco yang sama. Malap sudah sinar harapan untuk aku untuk bertukar exco. Selesai ja pengisytiharan JPP aku dimaklumkan yang aku bertukar exco ke EXCO MULTIMEDIA DAN INFORMASI. hehehe.. nice. Dapat jua. Aku tak akan komen banyak-banyak.

Sekarang secara rasminya aku adalah:

EXCO MULTIMEDIA DAN INFORMASI

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
IPG KAMPUS KENT

3 ulasan:

Kopinai.ping berkata...

tahniah zul =)

Akue Achik berkata...

huha!

tahniah zoul..^^

bule la ni ko tgkp gmbr aku byk2..heheheh

Kira Kekuri berkata...

jhehehehe, best! tahniah~