Selasa, 23 Jun 2015

Sekolah Pertamaku SK DESA PERMAI, KINABATANGAN, SABAH.

Sekolah pertama saya sebagai penjawat awam: 

Bangunan Sekolah


Nama Sekolah : Sk Desa Permai, Kinabatangan.


Status: Sekolah P3, sekolah paling hujung dalam persempadanan hulu sungai Kinabatangan yang berada di bawah PPD Kinabatangan.


Cara sampai ke sekolah: minimum 5 jam , maximum 7 jam dari jeti pangkalan bukit garam (bergantung dengan muatan, kuasa kuda engin dan kedalaman air) dengan perahu mudik ke hulu sungai kinabatangan. (ada sesetengah kawasan, kalau sungai air tohor, perlu turun tarik perahu (doakan supaya saya xperlu merasa pengalaman ni), untuk rekod, sepanjang perjalanan boleh nampak buaya bersidai dengan saiz sama panjang dengan perahu di tebing sungai....)


kos pengangkutan: perlu sewa bot dr jeti minimum rm450 (kalau dr sekolah ke jeti bukit garam), maximum rm600-700, dari jeti pangkalan bukit garam ke sekolah.


kemudahan asas di sekolah: bekalan air bergantung dengan air hujan, kalau musim kering mandi di sungai, tiada bekalan elektrik. bergantung kepada generator dari pukul 730-1030 malam di kuaters guru, tiada kedai runcit/tiada kantin sekolah.


Jumlah murid: 14 orang


Jumlah guru:4 orang termasuk guru besar + 3 orang guru baharu. (tolak sorang dah guru baharu sebab aku dah pindah.)


komunikasi: tiada line telefon. tiada wifi sekolah. ( hendak cari line kena mendaki bukit 20 minit laluan denai hutan, boleh la lepas kalau sekadar koling) **boleh guna wifi sekolah yang slow gila,  bila generator dipasang pada waktu malam.


Kuaters Guru.
*sekarang berubah wajah sebab kawan bagitau bangunan dah cat dan semua pancur air dah diselenggara

Ini di Jeti Bukit Garam, Kinabatangan.
*do not expect proper jetty okehhhh....




3 ulasan:

Ayriss Arissa berkata...

Guru perempuan berapa orang ya ? Takutnya kalau posting pedalaman sabah sarawak huhu

hanif hamid berkata...

bagaimana keadaan sekolah ini sekarang

Zulkifly Omar berkata...

@ayriss Arissa tiada guru perempuan... masa saya posting sini.. ppd kata dorang takkan postingkan perempuan ke sekolah sejauh ni.

@hanif hamid.. masih sama.. cuma makluman dari rakan yang masih di sana, dah ada coverage digi