Sabtu, 29 Oktober 2016

Jalan-jalan Kuching, Sarawak (Day 2)

Aloha...
so hari kedua kiranya selesai.
Hari kedua.. plan utama adalah Kampung Budaya Sarawak.  Tempat ni dalam 30 minit driving dari pusat bandaraya. Berdekatan Pantai Damai. Sampai-sampai ja orang bertimbun depan entrance. So, kami patah balik, masuk ke Damai Beach Resort. Sekadar hendak lepak pantai sekejap. entrance fee nya RM5 saja. Cantik sangat tu tidak lah.. well, aku ni dari pulau...dan  dah nampak pantai-pantai pulau di Sabah.. jadinya aku tak lah kagum sangat. Tapi dah alang-alang sampaikan...
Dalam jam 11, kami pergi balik ke Kampung Budaya. Orang pun dah kurang... ingat boleh masuk show jam 1130. rupanya semua full. hari ni ada extra show. hari biasa cuma ada dua show.. maybe sebab cuti.. so, ada empat show. kami dapat masuk show jam 2.. dari jam 11 kami pun melopong ronda semua kawasan rumah-rumah tradisi tu.
Oh ya.. harga tiket. since aku adalah rakyat Malaysia dewasa bukan pelajar atau orang sarawak lokal..  harga tiket adalah RM60 tidak termasuk GST. gituhhh mahalllll bagi aku.. tapi bukan selalu kannn.. makanya i redha. kalau kau sabahan.. atau penjawat awam yang berkhidmat di Sarawak.. harga tiket cuma RM26 tak termasuk GST.
Gigih menunggu show jam 2.. so total lebih kurang empat jam dalam tu. kalau kau kelang kabut.. jangan la datang sini.. memang perlu banyak masa... sekurang-kurangnya kau peruntukkan setengah hari untuk Kampung Budaya Sarawak. oklah untuk review lengkap.. nanti aku buat entri lain kalau rajin.. hahaa
Lepas dari sana.. kami pergi makan. lepas tu terus cari Fort Margherita. Sebenarnya dari Waterfront Kuching boleh ja naik perahu tambang dalam 50sen camtu. Tapi sebab kawan drive.. terus la drive ke Fort tu. Sampai dah dekat jam 5. Dah tutup. Fort Magherita skang dijadikan Muzium Polis. So, kami pun bergambar-gambar sajalah. Selesai terus gerak ke waterfront. di waterfront bergambar lagi. huhaaa huhaaa.. then balik hotel. habisss second day. sebab malam sekadar keluar minum.. penatttt weiii berjalan di Kampung Budaya, panas lagi tu.. dah la aku masih demam. oklah.. esok plan ke Taman Negara Bako. esok i cerita... salam.
Pantai Damai
Show di Kampung Budaya
Fort Magherita. abaikan payung.. hujan okeh
Waterfront .. belakang tu background standard bergambar.. Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak
Entrance Kampung Budaya Sarawak
Lobi Dewan Kampung Budaya tu...

Tiada ulasan: