Isnin, 6 Februari 2017

Genap 2 Tahun Berkhidmat... dan ini tahun ketiga...

Aloha..

Okeh.. ikut surat.. aku mula berkhidmat 29 Januari 2015.. tapi aku betul-betul lapor diri 12 Februari 2015 di SK Desa Permai, Kinabatangan.  Kiranya 2017 genap dua tahun berkhidmat dan adalah tahun ketiga aku berkhidmat sebagai penjawat awam. Tahun ketiga benar-benar bergelar guru..cikgu..

Tahun ketiga... macam senior-senior cakap.. barulah kau mula stabil.. selok-belok tugas dah boleh kata dalam tangan. Tidak sudah kalut macam mula-mula dulu. Oh ya, sekarang aku masih lagi berkhidmat di SK Ladang Tomanggong, Kinabatangan. Sekolah kedua lepas redeployment dalam daerah. Sudah dua kali aku mohon pertukaran.. dan tidak diluluskan. Aku sebenarnya okay saja sini cumanya mama dan minta suruh aku isi permohonan, minta balik Labuan katanya. Jadinya sebagai anak yang baik.. aku pun mohon saja.

Di tahun ketiga apa yang aku hendak pesan?? ok baca ni...

"LANTAKLAH ORANG MAU KATA APA PUN, YANG PENTING AKU BAHAGIA.. HAHAHA"
** percayalah bila kau mula kerja, kau akan ada urge mau impress orang.. mau konon pentadbir nampak kau.. well... tidak payah susah-susah...

Dengan ini aku akan berusaha untuk tidak peduli apa orang cakap, buat kerja hakiki dulu, bergembira, berjalan ke sana sini.

Jaga kerja, masuk kelas, siapkan RPH. InsyaAllah.. semua yang lain tu mudah saja.


Tiada ulasan: