Khamis, 22 Februari 2018

Eg Tukar, Sekolah Baru dan #PanggilanPulau

Aloha,

Julai 2017 aku mula berkhidmat di SK Bukit Kallam, W.P Labuan. Yesssss... aku berjaya pindah kampung sendiri tanpa disangka-sangka. Permohonan EgTukar untuk keputusan perpindahan Jun 2017. Memang aku tidak sangka diluluskan. Sebab??? memang isi saja-saja sebab 2017 cuma buka sekali permohonan. Plan asal cuma mau mohon perpindahan september tapi isi saja Mac gara-gara polisi permohonan pindah 2017 cuma sekali mohon dengan 3 kali keputusan perpindahan Jun, Oktober dan November kalau tidak silap aku. Yang confirm tiga kalilah.

Alasan apa aku isi? yes aku isi ja " Ingin berkhidmat di kampung sendiri dan dekat dengan ibu bapa."  siap ada typo okeh bila aku semak semula borang permohonan tu. Keputusan Egtukar dibuka hari sabtu permulaan cuti 2 minggu midterm dan terus puasa. Jadinya aku menikmati cuti.. hari jumaat sebelum cuti berakhir aku lapor diri di jabatan, mengadap guru besar baru di sekolah dan terus mohon penagguhan bertugas sebab segala macam urusan belum selesai di sekolah lama.

Bla.. bla... aku habiskan 2 minggu terakhir di  SK Ladang Tomanggong, setelkan semuanya... serah tugas... angkut barang.. dan aku balik. Penuh bucket kereta dengan barang..  aku tak tau apa yang aku kumpul sepanjang 2 tahun lebih sana. 😂😂😂

Lepas cuti raya, aku mula bertugas di sekolah baru. SK Bukit Kallam, W.P Labuan.  Sekolah ini ada lebih kurang 600 orang murid. Cuma 10 minit driving dari rumah aku.

Sekolah baru ni ok saja. Macam biasalah... aku kena sambut jawatan guru berpindah.. aku jadi Guru Penyelaras Bestari... jadinya masa mengajar cuma 14 waktu. Masih juga kena ajar English Level 1. Satu kelas saja pun.. heee dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. 

Itu sajalah untuk entry ini.

Nota Kaki:

1. Entri ini bertangguh sejak Julai 2017
2. Sekolah baru best
3. Bersabar dan redholah.. percaturan tuhan tu sentiasa cantik. 😊

Tiada ulasan: