Isnin, 26 Julai 2010

Merungkai Karya~~Novel: Denyut Kasih Medik -part 2-

cover depan

akhirnya aku habis dah baca novel denyut kasih medik ni.... heheheh seminggu jugak la baru aku habis baca. itu pun terpaksa curi-curi masa mau baca. tapi aku mampu juga habiskan..

Buku ni boleh tahan... aku bagi bagi 3/5 bintang untuk 'skala umum' dan 2/5 bintang untuk 'skala zulkifly' hahaha.... jujur aku cakap aku kurang tertarik dengan jalan cerita novel ni... sebab tu lah aku bagi 2 bintang ja..

TAPI novel ni sebenarnya bagus walaupun penulis ni agak baru dalam penulisan novel yang kita boleh lihat dalam pembawaan ayat-ayat yang agak mudah, ringkas dan mudah difahami. tapi keringkasan ni la jugak antara tarikan novel ni, sebab mudah bagi kita untuk memahami apa yang hendak diceritakan oleh penulis.

penulis lebih menumpukan kepada persoalan-persoalan fiqah yang disampaikan menerusi penceritaan watak Dr. Muslih yang menjadi tonggak dalam novel ni. sebab tu lah aku rasa jalan cerita dalam novel ni kurang menarik dan terlalu mudah kerana 'cerita' tidak menjadi fokus utama penulisnya.... novel ni lebih berfokus pada persoalan-persoalan fiqah.

walaupun pengolahan cerita yang ringkas tapi penulis berjaya menyampaikan pelbagai persoalan-persoalan yang menjadi keraguan kepada kita terhadap isu-isu fiqah dalam perubatan dan percintaan secara lebih jelas. aku rasa ni lah alasan paling kukuh untuk membaca novel ni... sangat sarat dengan ilmu.. sebab tu lah juga aku TAK MENYESAL baca buku ni...

cover belakang

'Denyut Kasih Medik' dalam satu ayat:
**sebuah buku fiqah tentang isu perubatan, wanita dan cinta yang diolah secara ringkas, ringan dan santai.

P/S: terima kasih kepada afiq sebab bagi pinjam novel ni.. berbaloi-baloi~~



2 ulasan:

ladymuse nysa ♥ berkata...

u know what??pengolahan ayat mu kan,memg gaya cigu suda jow!!thumbs up!hahahaha..

zulkifly berkata...

wakakaka.. cikgu la kunun.. hahahahah ( baru ku perasan ayat ku ala2 formal)