Memaparkan catatan dengan label merungkai karya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label merungkai karya. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mei 2011

Do My Head Look Big In This?

 semalam aku baru sahaja habis menyelesaikan pembacaan buku ni... kesimpulannya buku ni best!!!!

"melihat perspektif seorang remaja yang mengambil keputusan untuk bertudung.. dalam sebuah komuniti yang agak prejudis.. islamophobia dan yang sewaktu dengannya.." -Dariku Zulkifly-

Ahad, 28 November 2010

Merungkai Karya~~Novel: Percy Jackson and The Titan's Curse

cover depan (ambik kat google ku malas nak upload..hehe)

ok dalam bersusah payah dengan broadband ku akhirnya dapat jua ku masuk blogger ni... hurmmm ok kali ni aku wat review pasal Percy Jackson and The Titan's Curse. novel ketiga dalam siri Percy Jackson.

ok cerita nya masih lagi pasal si percy tu... kali ni dorang cari dewi artemis yang hilang... pastu untuk hentikan rancangan Luke untuk membunuh satu mahluk yang boleh membangkitkan Cronos.  dalam novel ni dorang jumpa dengan adik beradik Bianca dan Nico... dorang pun Hero juga... anak dewa dengan manusia.. sama macam Percy... lebih lagi pegi la cari novel ni k.. takpun kalau malas pegi bukak wikipedia. hehe..

secara keseluruhannya aku puas hati lah dengan cerita ni... masih lagi sama macam novel sebelum ni... masih ngan tema dewa-dewi greek dengan pelbagai karenah dewa-dewa ni..

Jumaat, 22 Oktober 2010

Merungkai Karya~~Novel: Percy Jackson and The Sea of Monsters

novel kedua dalam siri Percy Jackson ni dua hari dah aku habis baca. tapi baru hari ni aku ada mood mau menulis pasal ni.. hehehe... bagi aku satu perkataan untuk terangkan pasal novel ni adalah "amat best!!" eh dua perkataan pula tu... hehehe... tapi memang betul la... buku ni puas hati la bagi aku baca. dan bagi anda yang suka baca novel-novel magik, pengembaraan dan novel-novel ala-ala Harry Potter....  silalah cari buku ni di kedai-kedai buku terdekat.. hehehe dan habiskan baca.

Percy Jackson and The Sea of Monsters
cerita buku ni pasal Percy Jackson anak kepada dewa Poseidon. kem Half-Blood, yang merupakan kem untuk anak dewa-dewa telah diserang oleh raksasa kerana pokok yang melindungi sempadan kem tu telah diracun. jadi bermula lah perjalanan percy ngan kawan dia annabeth dan juga adik-beradik tiri nya tyson untuk mencari penawar bagi racun tu. dalam perjalanan dorang pun berhadapan la dengan macam-macam raksasa. dorang terpaksa pergi ke laut raksasa di segi tiga bermuda...... 

macam tu la lebih kurang ceritanya... hehehe.... kalau nak tau ending nya pegi la baca buku tu...

Sabtu, 7 Ogos 2010

Merungkai Karya~~Novel: Terasing


"Terasing" novel karya Hilal Asyraf selesai aku baca tepat jam 10.50pm . dekat 2 minggu dah aku peram novel yang afiq bagi pinjam ni... weekend ni baru berkesempatan untuk habiskan baca novel ni. novel ni nipis ja... 313 muka surat.

novel ni berkisar tentang syaifullah... yang terpisah lama dengan sahabat baiknya Zaman. Zaman adalah kawan baik syaifullah tapi bila bila zaman sambung study di magribi diorang lost contact... syaifullah pun teruskanlah kehidupannya seperti biasa dan kahwin dengan atikah.

selepas beberapa lama, Zaman kembali bertemu dengan syaifullah. masih lagi kelihatan sama walaupun membawa imej yang berlainan. tapi perkara itu biasa bagi syaifullah kerana masa boleh mengubah semua itu, dan syaifullah merasakan yang hati dan keimanan zaman tetap tidak berubah.

syaifullah telah dikejutkan dengan cubaan membunuhnya dan juga kewujudan Homurodama. sebuah kumpulan mafia yang berpusat di jepun. selain itu, abang ipar syaifullah juga menjadi mangsa apabila Kompleks Tuju Penyanyang milik keuarga mereka.

berlaku la konflik.. kenapa syaifullah diganggu Homurodama?? apa yang berubah tentang Zaman?? apa sebenarnya "Terasing"??.... bah baca la sendiri arr... hahaha

keseluruhan cerita ni BEST!!!... walaupun temanya islamik novel ni tetap mempunyai unsur penceritaan mantap macam novel yang sebenar. mesej islamik disampaikan secara terus dan agak ringan. jadi dapatlah kita tumpukan dengan jalan cerita. jalan ceritanya pula memang mempunyai suspen dan menyebabkan kita terus baca sampai hujung cerita.

P/S: thx to afiq.... sebab bagi pinjam buku tu... pinjam lagi novel lain k..

Isnin, 26 Julai 2010

Merungkai Karya~~Novel: Denyut Kasih Medik -part 2-

cover depan

akhirnya aku habis dah baca novel denyut kasih medik ni.... heheheh seminggu jugak la baru aku habis baca. itu pun terpaksa curi-curi masa mau baca. tapi aku mampu juga habiskan..

Buku ni boleh tahan... aku bagi bagi 3/5 bintang untuk 'skala umum' dan 2/5 bintang untuk 'skala zulkifly' hahaha.... jujur aku cakap aku kurang tertarik dengan jalan cerita novel ni... sebab tu lah aku bagi 2 bintang ja..

TAPI novel ni sebenarnya bagus walaupun penulis ni agak baru dalam penulisan novel yang kita boleh lihat dalam pembawaan ayat-ayat yang agak mudah, ringkas dan mudah difahami. tapi keringkasan ni la jugak antara tarikan novel ni, sebab mudah bagi kita untuk memahami apa yang hendak diceritakan oleh penulis.

penulis lebih menumpukan kepada persoalan-persoalan fiqah yang disampaikan menerusi penceritaan watak Dr. Muslih yang menjadi tonggak dalam novel ni. sebab tu lah aku rasa jalan cerita dalam novel ni kurang menarik dan terlalu mudah kerana 'cerita' tidak menjadi fokus utama penulisnya.... novel ni lebih berfokus pada persoalan-persoalan fiqah.

walaupun pengolahan cerita yang ringkas tapi penulis berjaya menyampaikan pelbagai persoalan-persoalan yang menjadi keraguan kepada kita terhadap isu-isu fiqah dalam perubatan dan percintaan secara lebih jelas. aku rasa ni lah alasan paling kukuh untuk membaca novel ni... sangat sarat dengan ilmu.. sebab tu lah juga aku TAK MENYESAL baca buku ni...

cover belakang

'Denyut Kasih Medik' dalam satu ayat:
**sebuah buku fiqah tentang isu perubatan, wanita dan cinta yang diolah secara ringkas, ringan dan santai.

P/S: terima kasih kepada afiq sebab bagi pinjam novel ni.. berbaloi-baloi~~



Ahad, 25 Julai 2010

Bedah Siasat Wayang Gambar:The Socerer's Apprentice


kelmarin aku tgk movie The socerer's apprentice... cerita nya boleh tahan la... aku bagi 3/5 bintang.. hehehe.. bagi siapa-siapa yang suka tengok Harry Potter atau Percy Jackson.. aku rasa mesti berminat mau tgk movie ni. tp bagi aku la.. movie tak la sebagus Harry Potter.. movie ni average jak.. cerita movie macam lambat berkembang dan kurang pengisian bagi aku.. macam kurang sikit aksi-aksi dan magik yang boleh buat kita kagum...walaupun memang ada la... burung besi besar, kereta berubah jadi kereta sport, aksi kejar-mengejar di jalan yang sibuk... tenaga elektrik memancar-mancar....cerita nya pula macam ada yang lompang bagi aku la... sepanjang 2 jam lebih movie ni.. aku rasa boleh la... huhuhu walaupun macam tu.. movie ni ada scene-scene yang lawak juga.. boleh la buat ketawa dan tak boring..... huhuhu...

plot movie ni bermula pada tahun 750 masihi bila Mogana la fey dan maxim horvath(perantis merlin yang berpaling tadah) bergabung tenaga untuk membunuh merlin. merlin berjaya dikalahkan dan dibunuh.. tapi sebelum menghembuskan nafas di memberikan cincin naganya kepada Balthazar Blake (juga merupakan perantis merlin) dan mengatakan bahawa morgana hanya akan dapat dibunuh oleh 'prime merlinean'. sementara itu veronica(juga perantis merlin) telah mengurung morgana dalam tubuh nya sendiri, menyebabkan balthazar terpaksa mengurung veronica dan morgana dalam sebuah patung (grimhold).

pencarian balthazar pun bermula untuk mencari 'prime merlinean' hingga dia bertemu dengan dave stutler pada tahun 2000 yang berusia 10 tahun. cincin naga merlin telah membuktikan yang dave adalah 'prime merlinean'. secara tidak sengaja dave telah membebaskan horvath dan menyebabkan berlakunya pertarungan antara balthazar dan horvath dan menyebabkan mereka terkurung dalam sebuah tempayan yang hanya akan terbuka selepas sepuluh tahun.

sepuluh tahun kemudian,2010 dave merupakan seorang pelajar fizik. balthazar dan hovarth telah bebas dari tempayan tersebut dan mereka masing-masing mula mencari dave. hovarth inginkan patung yang telah memenjarakan morgana untuk membebaskannya. tujuan nya ialah supaya morgana dapat melakukan kebangkitan terhadap ahli-ahli sihir morgana yang telah mati dan menguasai dunia... balthazar ingin melatih dave menggunakan kuasa sihir.. pada mulanya dave tidak mahu kerana ingin menjalani kehidupan yang normal.. tapi akhirnya dia akur.. dalam masa yang sama dave berhadapan konflik dengan becky.. perempuan yang dia suka..

selepas tu~~ berlaku la beberapa konflik dalam diri dave dan juga antara dia, becky dan balthazar.... mau tau ending nya pegi la tgk sendiri... hehehehe

The Socerer's Apprentice dalam satu ayat:
**sebuah cerita yang menggabungkan dan mengolah mitos, magik dan fizik yang digarap secara biasa-biasa.





Ahad, 18 Julai 2010

Merungkai Karya~~Novel: Denyut Kasih Medik

entry ni saja jak aku mau tulis pasal novel aku baru dapat ni... hehehe.... aku pinjam novel ni dari afiq a.k.a Ketayap Putih..hehehe.... Denyut Kasih Medik (CNM) ditulis oleh Dr. Farhan Hadi. novel ni nampak islamik sikit dan latarnya pasal dunia doktor pelatih... so hospital la kan... hehehe aku cerita ni baru first impression aku ok. aku baru ja baca 3 muka surat. hehehe.... tp oleh sebab boleh dikatakan yang inilah pertama kali aku baca novel bercorak islamik selain daripada trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta sufi yang ada ciri-ciri islamik tapi lebih kepada epik thriller... jadi aku dedicated la entry ni untuk novel CNM ni.. hehehe..

dari komen afiq novel ni macam best.. tp tak tau lagi la menepati citarasa aku atau tak kan.. jadi nanti kalau dah habis baca aku wat entry lagi untuk buat ulasan..
aku teringin baca novel berunsur islamik ni coz skang classmate aku tengah demam dengan novel-novel macam ni... jadi aku pun tergerak la juga mahu mendalami novel-novel bertema islamik macam ni kan.. jadi tgk lah nanti dah habis baca novel ni baru aku boleh cakap novel ni menepati jiwa aku atau pun tidak... hehehe

oke la.. aku mau p sambung baca novel tu... hehehehe da~~