Memaparkan catatan dengan label bedah siasat wayang gambar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bedah siasat wayang gambar. Papar semua catatan

Isnin, 30 Mei 2011

Sutera Bidadari dan Nur Kasih...

okey.. hai kawan-kawan....

 hari ni di kk... yeah kk lagi ikut family.. berjalan-jalan.. bukan balik maktab k.. cuti ada 3 minggu lagi.. ngeee~.. tadi tengahari sampai kk terus pegi KDCA-Kadazan Dusun Culture Association... biasalah musim-musim pesta kaamatan ni... meriah lah sana.. siapa-siapa tak pernah pegi. anda RUGI... hehe bleh tengok rumah-rumah tradisional  kaum dusun.. oleh sebab dusun ni banyak jenis... so banyak jenis lah rumahnya.. pastu tadi sempat lagi naik rumah Dusun Tatana.. my heritage.. waaaahhh.. hehe..  mama aku Tatana.. tapi aku?? huahua cakap tatana hancus.. bukan ja tak pandai cakap.. paham pun aku tak. (*_*") teruk kan.. hehe..  tapi best jugak tengok suma-suma warisan budaya yang jarang aku tengok ni kan... ngee~ btw Unduk Ngadau bisuk... jadi aku tak dapat la pegi tengok...

ok2.. kuar tajuk sudah.. hehe... Sutera Bidadari aku dah beli.. hehe buku kelima kisah Sunan.. wow.. lima buah sudah.. tak sabar sudah aku mau baca ni.. tu lah perkara pertama tadi aku buat masa masuk Centre Point. Terus Masuk Eaton's cari novel tu.. yay!!! boleh sudah aku baca.. hehe siri ni sangat best.. novel pertamanya Bagaikan Puteri.. penulis nya Ramlee Awang Murshid.. cepat beli dan baca.. hehe

ok ni gambar ni aku rompak dari  Cik Aada. ku malas mau amik gambar novel ku tu..

Khamis, 18 November 2010

Bedah Siasat Wayang Gambar: Harry Potter and The Deathly Hallows part1


saat ditunggu-tunggu telah tiba... yay~!!! aku dah tengok harry potter... syok sangat.. ni adalah part 1 untuk siri ketujuh dan penamat movie harry potter. bagi aku movie ni boleh masuk tahap cemerlang la... coz movie ni memang detail.. ada 2 atau 3 part ja yang ditinggalkan dan diubah.. tapi langsung tak membuatkan cerita tak difahami atau jadi tak syok. memang best sangat larr.. memang detail la ni cerita... dan yang penting bagi aku, pa yang aku bayangkan dalam novel.. hampir sama dengan movie... tu yang best tu... duration part1 ni 2jam 30 minit.... tapi memang berbaloi gila la. 5 bintang untuk movie ni... huhu... k kamu cepat-cepat la p tengok ni movie k... ^^

Bedah Siasat Wayang Gambar: Unstoppable


movie unstoppable aku tengok hari tu lepas habis last paper exam. mula-mula tengok dari poster movie ni bukan la jenis movie aku suka tengok.. tapi oleh sebab suara ramai masa tu aku ikut ja la tengok. cerita dia pasal sebuah kereta api yang membawa muatan beracun dan mudah terbakar terbiar bergerak tanpa pemandu dengan enjin yang dihidupkan...

Ahad, 25 Julai 2010

Bedah Siasat Wayang Gambar:The Socerer's Apprentice


kelmarin aku tgk movie The socerer's apprentice... cerita nya boleh tahan la... aku bagi 3/5 bintang.. hehehe.. bagi siapa-siapa yang suka tengok Harry Potter atau Percy Jackson.. aku rasa mesti berminat mau tgk movie ni. tp bagi aku la.. movie tak la sebagus Harry Potter.. movie ni average jak.. cerita movie macam lambat berkembang dan kurang pengisian bagi aku.. macam kurang sikit aksi-aksi dan magik yang boleh buat kita kagum...walaupun memang ada la... burung besi besar, kereta berubah jadi kereta sport, aksi kejar-mengejar di jalan yang sibuk... tenaga elektrik memancar-mancar....cerita nya pula macam ada yang lompang bagi aku la... sepanjang 2 jam lebih movie ni.. aku rasa boleh la... huhuhu walaupun macam tu.. movie ni ada scene-scene yang lawak juga.. boleh la buat ketawa dan tak boring..... huhuhu...

plot movie ni bermula pada tahun 750 masihi bila Mogana la fey dan maxim horvath(perantis merlin yang berpaling tadah) bergabung tenaga untuk membunuh merlin. merlin berjaya dikalahkan dan dibunuh.. tapi sebelum menghembuskan nafas di memberikan cincin naganya kepada Balthazar Blake (juga merupakan perantis merlin) dan mengatakan bahawa morgana hanya akan dapat dibunuh oleh 'prime merlinean'. sementara itu veronica(juga perantis merlin) telah mengurung morgana dalam tubuh nya sendiri, menyebabkan balthazar terpaksa mengurung veronica dan morgana dalam sebuah patung (grimhold).

pencarian balthazar pun bermula untuk mencari 'prime merlinean' hingga dia bertemu dengan dave stutler pada tahun 2000 yang berusia 10 tahun. cincin naga merlin telah membuktikan yang dave adalah 'prime merlinean'. secara tidak sengaja dave telah membebaskan horvath dan menyebabkan berlakunya pertarungan antara balthazar dan horvath dan menyebabkan mereka terkurung dalam sebuah tempayan yang hanya akan terbuka selepas sepuluh tahun.

sepuluh tahun kemudian,2010 dave merupakan seorang pelajar fizik. balthazar dan hovarth telah bebas dari tempayan tersebut dan mereka masing-masing mula mencari dave. hovarth inginkan patung yang telah memenjarakan morgana untuk membebaskannya. tujuan nya ialah supaya morgana dapat melakukan kebangkitan terhadap ahli-ahli sihir morgana yang telah mati dan menguasai dunia... balthazar ingin melatih dave menggunakan kuasa sihir.. pada mulanya dave tidak mahu kerana ingin menjalani kehidupan yang normal.. tapi akhirnya dia akur.. dalam masa yang sama dave berhadapan konflik dengan becky.. perempuan yang dia suka..

selepas tu~~ berlaku la beberapa konflik dalam diri dave dan juga antara dia, becky dan balthazar.... mau tau ending nya pegi la tgk sendiri... hehehehe

The Socerer's Apprentice dalam satu ayat:
**sebuah cerita yang menggabungkan dan mengolah mitos, magik dan fizik yang digarap secara biasa-biasa.