Memaparkan catatan dengan label kisah hari-hari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah hari-hari. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Februari 2017

Cerita sudah dewasa dan syukur.

Hari ini..
Dalam menginjak usia 27 Tahun, kadang-kadang rasa masih remaja. Tapi bila difikirkan balik sudah terlalu dewasa.

Pada usia ini bukan lagi kisahnya macam 7 tahun lepas.... boleh bergaduh di facebook. Boleh lepas cakap yang terbuku di hati. Tidak suka orang, cakap sahaja terus terang. 
Tapi hari ini, hati si anu perlu jaga... 
nanti prestasi merudum pula... 
hati si anu perlu juga di jaga 
kerna kata mereka kita sudah dewasa, tidak baik masam muka. 
Maka macam biasa,
hati kita, kita peram buat jeruk saja.

Lama teringin menulis, tapi bila tulis seakan mengiyakan yang 'kurang' ini sebahagian realiti jadi manusia. Bosan juga asyik lari dari dunia, pergi layan fantasi drama Korea.
Entahlah... sukar kerja? tidak, aku tidak pergi kerja tatkala matahari di ufuk dan balik bila sudah gelita. aku tidak hadap beratus buah buku untuk ditanda..  Sukar pun cuma menghadap drama rakan sekerja.
Aku perlu bersyukur.. sebenarnya. banyak yang mudah. Mama Babah ada.. adik-adik ada..Kereta ada... kerja ada... sekarang pula memulakan perjalanan jadi sarjana.

Bersyukur Zul. Alhamdulillah...

Selasa, 19 Mac 2013

ohhh harumnya bilikku...

heloo, Assalammualaikum.

kali ni kita cerita pasal haruman bilik pula. oleh sebab aku ni jenis malas nak jaga bilik... bilik sepah..ops.. namun aku tetap gigih mau letak wangi wangian. heee.. bestt woo bilik wangi ni. heee sebenarnya mau bagitau aku guna Ambi Pur untuk bilik aku. awww wangi ... aku guna aku try dah beberapa pilihan wangian yang ada. paling best lavender. memang tenang la. bau pun meriah. sampai koridor wangi.. haha cumanya, taksampai sebulan dowh... geram. dia tulis 60 hari tapi dalam 3 minggu dah kering. tu ja la kekurangannya. nak koyak atau apa.. lepas kuar kan dari pack, kita slide ja dalam bekas tu... slide ja dalam tempat tu. first beli dengan bekas RM13 sen sen, kalau beli refill tu harga RM11-12++.. tgk kedai...Ambi Pur Set & Refresh.

Ambi Pur Set & Refresh Series


Rabu, 22 Februari 2012

Bukan Memilih.. ya mungkin memilih..

Hei hei.. sekali lagi. entri ketiga hari ni. hehe kita pajak saja. ok entri ni sebenarnya masih lagi pasal JPP. dalam entri sebelum ni aku cakap aku terpilih sebagai JPP kan. Pengisytiharan perlantikannya semalam. Secara rasminya aku sebahagian daripada Jawtankuasa Perwakilan Pelajar. Sebenarnya aku dipertanggungjawabkan sebagai Exco Kolej kediaman. Tapi aku dengan penuh yakin dan percaya minta untuk bertukar Exco.

Ramai yang support untuk aku teruskan ja di Exco Kolej Kediaman. "ko boleh tu Zul.. Tak susah juga tu" hehe macam tu lah dorang cakap.. Tapi sebenarnya, aku tak pernah kisah susah tu. Sukar dan berat tu lumrahlah kalau kita memegang jawatan.  Bukan sebab bebanan Exco Kolej Kediaman membuatkan aku tidak mahu berada di exco tu.

Ok I'll make it clear here..(eseh... ter'speaking) sebenarnya aku tidak mahu berada di Exco itu sebab secara peribadi aku rasa, aku boleh jadi lebih baik dan membuat perubahan jika tidak berada di exco tu. (ehh bukan pula aku cakap exco tu tidak baik ok.) Ringkasnya, lebih baik saya tidak berada di exco tu.

Sehingga pengisytiharan JPP aku masih lagi berada di exco yang sama. Malap sudah sinar harapan untuk aku untuk bertukar exco. Selesai ja pengisytiharan JPP aku dimaklumkan yang aku bertukar exco ke EXCO MULTIMEDIA DAN INFORMASI. hehehe.. nice. Dapat jua. Aku tak akan komen banyak-banyak.

Sekarang secara rasminya aku adalah:

EXCO MULTIMEDIA DAN INFORMASI

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
IPG KAMPUS KENT

Selasa, 21 Februari 2012

Setelah lama sepi...

 Hey..hey..hey... setelah lama menyepi. Macam biasalah hilang mood menghadap blog. Banyak sebenarnya cerita yang aku mahu kongsikan, tapi oleh sebab perasaan bercampur-baur menyebabkan hasrat menaip entri terbantut.

Macam-macam yang terjadi dan bakal terjadi. Harap semuanya baik-baik saja. Sekian. Assalammualaikum.

Khamis, 26 Januari 2012

Diet ooo diet... huh!!!!

Berat saya naik. sekian.

klik gambar kalau nak besar.


p/s: 
  1. aishhhh... haraplah tercapai.. hehe 
  2. macam selalu dah aku buat entri diet ni.. haha tak jugak kurus-kurus.


Rabu, 25 Januari 2012

Kajian oh Kajian...

hello..hello..

Masuk semester ni... semester 3 ijazah yang merupakan semester ke 6 aku berada di IPG Kampus Kent, Tugasan berbentuk kajian  ada sejak semester dua program persediaan aku lagi.. eh kamu faham juga kan?? hahaha senang cerita aku sedang berada di semester keenam di IPG, tapi kalau di IPG aku akan dirujuk sebagai pelajar PISMP Semester 3 sebab 3 semester lagi sebelum tu adalah program persediaan. okeh cukup pasal tu. yang penting sekarang aku mau cakap pasal kajian. aishhhh boleh tahan ala-ala mau muak juga la aku dengan kajian-kajian ni.

Sejak semester dua program persediaan ada dah tugasan kursus berbentuk kajian. Kalau tak silap masa tu untuk paper sosiologi. lepas tu semester seterusnya dan seterusnya pun ada lagi untuk sosiologi dan geografi sampailah sekarang untuk paper Pendidikan Pembangunan Lestari. (paper dekat dengan geografi, lebih kurang ja.. hehe)

Kalau sebelum. sebelum ni banyak tugasan kajian yang buat secara individu dan skop yang agak luas (tak ditentukan pun tapi boleh tahanlah luasnya.) Tapi untuk kali ni kami kena buat kajian berbentuk mikro dan hanya melibatkan institut ja. Syok juga. Tugasan ni dibuat secara berpasangan. tambah-tambahlah best.

So, aku dengan Boby membuat keputusan untuk buat kajian tentang.... jeng..jeng... jeng.....

"KESEDARAN TENTANG GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR IPG KAMPUS KENT"

hehe haraplah tugasan ni berjalan dengan lancar.. best ba buat-buat kajian ni. hehe (boleh juga menyedikan aku untuk kajian tindakan final year nanti... )

p/s: baru menghabiskan Neslo ais.. dan sekarang melayan Nescafe O ais.. yum..yum

Selasa, 24 Januari 2012

Ganti Shoutboxku...

Seperti mana semua blogger sudah maklum, kepada pengguna-pengguna shoutmix sebagai shoutbox.. aplikasi tu tidak dapat digunakan sudah sebab penggunaannya dah kena bayar.. ramaikan yang sudah ubah shoutbox dorang dan skang guna Cbox. yang masih lagi percuma..

tapi aku mengambil keputusan untuk tidak menggunakan sudah shoutbox ni.. malas lah. hehe kepada sesiapa yang sudi melawat blog ni dan sudi meninggalkan jejak sila lah klik kat tepi blog ni yang tulis JEJAK tu. dan tinggalkan link dalam ruangan komen.. TQ.

Klik yang dalam bulatan merah tu ok. pastu tinggalkan jejak di ruangan komen.

p/s: berani mati ala-ala blogger popular tak letak shoutbox.. haha

Bilik 2012: asrama oh asrama


Selamat datang ke bilik aku... hehe 2012 aku dapat bilik bernombor 112... lalala
katil aku yang serabut itu.. hehe sila abaikan sebab masa ni aku tengah kemas bilik.. sebelah tu katil roomate aku. dia dah balik sehari awal. sebab tu lah katil dia kemas dan katil aku serabut. ( plus dia alihkan barang atas katil dia ke katil aku... perasan pakaian berlonggok itu.. hahaha)



p/s: bilik di ground floor sangatlah heaven!!!!!

Rabu, 28 Disember 2011

Kawan aku ada cyber cafe.. aku???

malam tadi kuar dengan kawan... saja-saja buang boring pegi lepak mcD jap.. lepas masa balik pula tiba-tiba ngajak kawan ni pegi melawat ada cyber cafe sorang kawan baru bukak..  schoolmate dulu.. tapi kira rapat la.. selalu juga ngumpat sama.. eh bukan ngumpat.. berbual ja.. hehe

dia dah bukak sebuah cyber cafe. kagum arr aku dengan dia ni. aku ni masih lagi tertatih nak habiskan study (3 tahun lagi.. ) dia dah jadi tauke.. hehe..  dia kata dia wat pinjaman bank. cyber cafe dia taklah besar sangat.. ala-ala comel ja.. tapi lot kedai dia besar.. so dia bukan untuk orang sewa.. (kretif juga dia.. untung wooo)

macam dia lepasan politeknik, memang amik kursus IT ni.. memang berbaloi la kan.. dah bidang dia. untung juga boleh jadi usahawan muda. (rezeki zaman muda.) sekarang ni bagi aku di labuan ni walaupun kecik dan orang kata pasaran terhad, sebenarnya macam-macam lagi perniagaan yang anak muda boleh cuba. cuma kena berani dan kreatifla. jangan stick dengan benda yang sudah ada sajakan. yup memang lah macam cyber cafe ni nampak macam orang dah banyak bukak kan. tapi dia ni pandai pilih tempat, memang tempat yang berpotensi. then dia taklah stick dengan cyber tu ja. dia guna juga kemahiran dia untuk bagi perkhidmatan-perkhidmatan lain dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta. nahh kan untung tu. senang ja buat duit. orang kata kalau jadi usahawan ni kena kreatif lepas tu kena tahan mental dan fizikal. kalau jatuh bangun balik bukan gulung tikar. hehehe

aku doakan lah kawan aku ni terus maju dengan bisnes dia ni. kalau ada rezeki ajak aku skali.. ahaks.. goodluck kawan.. !!!!

Blog Keduaku: semerah epal semanis madu




akhirnya aku berjaya juga mewujudkan blog kedua aku ni. (sebenarnya dah 2 3 bulan aku buat.. tapi baru-baru ja aku mengubah dan me'renovate' dan menjenamakan semula blog ni.) pada mulanya idea asal blog ni cuma lah untuk my random thought. tapi aku ubah pula konsep blog ni jadi blog yang lebih formal dan menggunakan bahasa melayu yang agak-agak sempurna berbeza dengan 'Darikuzulkifly' ni yang lebih peribadi. (memang peribadi pun, tengoklah aku taip camana). So blog ni aku akan kongsikan apa-apa sahaja pandangan dan perkongsian isu dan kisah yang aku rasa sesuai. sesuai dengan  trademark blog ni 'isu dan inspirasi'.


so, kepada anda, anda dan anda jemput-jemputlah juga memfolow blog kedua aku. aku dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. hehehe

p/s: ini darikuzulkifly.. memang bahasa entri bercampur-campur.. 



Ahad, 25 Disember 2011

Selamat Hari Natal

 Dengan ini aku ucapkan selamat hari natal kepada rakan-rakan dan keluarga yang menyambut Krismas. 

"Selamat Hari Natal dan Tahun Baru"





p/s: ini entri berjadual.. hehehe

Sabtu, 24 Disember 2011

Assalammualaikum,

Helo..helo.. hurmm sekarang jam menunjukkan pukul 4:19am. Aku masih lagi berjaga sambil melayan secawan nescafe. ahh.. nikmat. sebenarnya aku mengantuk juga ni tapi sekarang kepala tengah pusing. selesema dan berada diambang demam. Arrggghhh.. esok mau gerak balik kampung. haish. tido dalam feri juga aku ni. Ok..ok berbalik kepada tajuk entri ni, aku dan nescafe.

serius aku adalah pencinta tegar nescafe. boleh layan sampai 3 cawan nescafe sehari. sadis. tahun ni la aku mula amik nescafe ni dengan agak melampau. tambah-tambah lagi kalau hari tu aku tension. perghhh lima cawan pun lepas kot. nescafe bukan ja bagi aku tenaga untuk terus wat keja, tap aku rasa caffein dalam nescafe tu tolong aku untuk jadi lebih tenang dan fokus. so, tension aku pun boleh kurang sikit.

dapat secawan dengan ni.. argghhh nikmat.

Khamis, 22 Disember 2011

kalau impaknya negatif...

ini nasihat aku... pandangan seorang yang cepat emosi. kalau kamu rasa sesuatu membawa impak negatif tinggalkan saja.  kalau sesuatu buat anda tidak selesa jangan buat lagi. jangan teruskan. tidak selesa bermaksud bila anda jadi tertekan, rasa jengkel, emosi, menangis, marah atau perkara-perkara sewaktu dengannya.

kes 1: Rakan Facebook

bila anda status beliau mengjengkelkan atau membuat anda stress sila remove beliau serta-merta (hide kalau rasa anda kurang kejam)

bila rakan facebook itu asyik terasa dengan anda.. sila abaikan beliau.. atau buat tindakan seperti di atas.

kes 2: Facebook Group

Gunakan butang 'leave group' secepat mungkin jika post di grup tersebut hanyalah semata-mata jualan barang atau pun link-link konspirasi. atau terus sound orang yang post. (juga berkesan untuk menghalang pekara yang anda rasakan negatif itu daripada berterusan.)

kes 3: kawan dunia nyata

sila jauhkan diri daripada beliau secara berperingkat (lebih baik daripada anda bergaduh). Jika sekelas, elakkan daripada berada sekumpulan dengan beliau bagi mengelakkan anda stress. atau menyakitkan hati beliau dan rakan-rakan lain. (tak pasal-pasal dosa anda bertambah karang..)

Rabu, 21 Disember 2011

pandai cakap tapi kosong...

Isu:

orang yang berminat tentang politik, negara dan agama. tapi cuma bercakap dengan idea sendiri tanpa ada asas yang kukuh.

contoh kes:

suatu hari di dinding muka buku.. sebuah group bernama Parlimen belia..(sila search sendiri.. malas nak letak link). seorang hamba Allah ni sedang mempersoalkan 'demokrasi'.. "sistem demokrasi itu sistem kufur" katanya. Aku pun gatal hati nak pergi provok...  aku komen macam ni.. " boleh tak jelaskan apa tu demokrasi. demokrasi yang asal di yunani, demokrasi di US dan demokrasi di Malaysia. apa kelemahan demokrasi dan apa asas kita nak hukum demokrasi tu."

kemudia komen aku dijawab dengan jawapan melalut tanpa fakta dan tidak langsung memberikan definisi demokrasi secara jelas dan berfakta. nampak sangat dia hendak bercakap tentang demokrasi tapi cuma sekadar dengar-dengar dan tidak mengkaji.

Kata aku:
hurmm sebenarnya kes di atas bukan kali pertama aku nampak dan alami.banyak lagi kes-kes lain.. yang macam tu.. dalam facebook ada.. dalam dunia nyata ada. sekadar tahu bercakap. tapi cakap kosong. nampak bijak pandai tapi sebenarnya sekadar pita kaset lama. rakam apa saja. kemudia ulang balik apa  yang di dengar. sedih. bukan sedikit yang aku jumpa macam ni. ramai. sayang remaja dan mahasiswa seperti ini. bijak berhujah, namun kosong. tidak berilmu. 

nasihat aku kalau hendak berkata tentang sesuatu selidik dan kaji lah dulu. dan jangan lah menggunakan satu sumber. dapat kan maklumat daripada pelbagai sumber. kemudian baru nilai dan hukum sesuatu itu. barulah namanya generasi bijak.  sedih bila zaman google ni pun orang masih bermentaliti zaman akhbar cuma sebuah.

p/s: mula rasa jengkel bila orang add aku dalam group facebook yang entah apa-apa.  terutama group berbaur politik dan anti kerajaan.. euuuuw.. ramai pandai cakap.. tapi kosong!!!..

Selasa, 20 Disember 2011

Jika anda mati esok, apa yang paling anda akan sesalkan?

apa yang paling ada sesalkan?

pernah tak fikir.. hehe..  hari tu dalam kelas tutor tanya benda ni... terus aku terfikir.. apa yang paling aku sesalkan.. hurmmm bagi aku, apa yang paling aku sesalkan adalah aku terlalu takut sampai aku sendiri lambat discover potensi diri aku.

aku sedar aku boleh bercakap.. to make speech. tapi masa zaman sekolah dulu aku terlalu takut. depan orang ketar-ketar.. huuuu.. paling aku tak suka jadi tumpuan orang lain.. akhirnya tingkatan 5 baru aku berpeluang join pidato. itu pun lepas dipaksa. lepas tu aku dapat tempat kedua. (bangga woooo first time tu..) selepas itu barulah keyakinan aku datang.. tapi apa boleh buatkan.. dihujung sudah zaman persekolahan.. mana ada peluang dah ikut aktiviti macam tu..

akhirnya lepas masuk IPG ni lah aku baru berpeluang  invovle dalam aktiviti kebahasaan ni.. hampir semua dah aku try temasuk deklamasi sajak dan pantun.. kecuali skang aku belum cuba pengacaraan majlis rasmi.. hehe tu ja lagi.. haish..  tapi ada juga yang aku cuba lepas tu.. cukuplah sekali.. haha asal kan cuba. semua tu pengalaman...

kesimpulanya, sebagai pengajaran janganlah sia-siakan bakat yang anda. teruskan ja. anugerah yang kita ada tu gunakanlah sebaik-baiknya. itu prinsip aku sekarang.. jangan sia-siakan potensi kita. sebab potensi seorang individu tu boleh menguasai DUNIA!...

Isnin, 21 November 2011

bajet...oh duit

huhu.. dimalam orang sibuk kan harimau menentang garuda.. aku pula sibuk kira bajet semester depan.. aish.. sadis.. kenapa duit ni tak pernah cukup.. kenapa???? hargghhhh

serius.. sekarang pun aku dah kering gila.. adoiii.. mcm manalah mau cari duit ni... ada sapa-sapa tak nak bagi aku kerja.. atau nak bagi aku duit .. mana tau saja nak bersedekah.. hehehe

serius.. aku nak kerja part time la.. kalau lah ada orang nak minta aku buatkan asaimen.. aku rela ni skarang.. huhu... serius.. aku charge murah-murah jak.. haha... aiii cuti ni aku tolong mak aku kat kedai ja larr.. tu ja cara dapat duit.. hehe


Isnin, 14 November 2011

sticker...

sticker oh sticker
 tetiba ada orang offer print kan sticker blog.. ni lah hasil nya... aku nak juga walaupun blog tak popular... hahaha..

p/s: thx printkan.. sponsorkan tu... lalalala

Selasa, 8 November 2011

credit untuk roomate


ok ini entri untuk mengkreditkan roomate tersayang aku ni.. hehe untuk entri bergambar sebelum ni aku guna gambar-gambar yang dia snap dan dari kamera dia.. dia dah bising sebab aku tak kreditkan dia kononnya.. eiii yela roomate nah aku wat entri khas untuk ko.. lalala...hehehe... 

dia baru ja naik gunung kinabalu..... Tahniah!!! untuk dia...ngehehehe


perghhhh trep comel.. apapun ko dah sampai.. aku belum lagi...


eeiiii aku DENGKI!!!!

owh ni  entri yang aku guna gambar-gambar dia...

Gambar-gambar Debat IPG...lalala



Ahad, 18 September 2011

sembelihan...


hehe gambar ni masa kursus sembelihan hari tu masa puasa lagi.. baru sekarang aku mau share.. lalala..  ni bukan kali pertama sembelih ayam sebenarnya.. pernah dah ikut kursus sembelihan masa di matrik dan pernah dah sembelih ayam d kampung..  ^^