Memaparkan catatan dengan label isu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu. Papar semua catatan

Rabu, 28 Disember 2011

Kawan aku ada cyber cafe.. aku???

malam tadi kuar dengan kawan... saja-saja buang boring pegi lepak mcD jap.. lepas masa balik pula tiba-tiba ngajak kawan ni pegi melawat ada cyber cafe sorang kawan baru bukak..  schoolmate dulu.. tapi kira rapat la.. selalu juga ngumpat sama.. eh bukan ngumpat.. berbual ja.. hehe

dia dah bukak sebuah cyber cafe. kagum arr aku dengan dia ni. aku ni masih lagi tertatih nak habiskan study (3 tahun lagi.. ) dia dah jadi tauke.. hehe..  dia kata dia wat pinjaman bank. cyber cafe dia taklah besar sangat.. ala-ala comel ja.. tapi lot kedai dia besar.. so dia bukan untuk orang sewa.. (kretif juga dia.. untung wooo)

macam dia lepasan politeknik, memang amik kursus IT ni.. memang berbaloi la kan.. dah bidang dia. untung juga boleh jadi usahawan muda. (rezeki zaman muda.) sekarang ni bagi aku di labuan ni walaupun kecik dan orang kata pasaran terhad, sebenarnya macam-macam lagi perniagaan yang anak muda boleh cuba. cuma kena berani dan kreatifla. jangan stick dengan benda yang sudah ada sajakan. yup memang lah macam cyber cafe ni nampak macam orang dah banyak bukak kan. tapi dia ni pandai pilih tempat, memang tempat yang berpotensi. then dia taklah stick dengan cyber tu ja. dia guna juga kemahiran dia untuk bagi perkhidmatan-perkhidmatan lain dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta. nahh kan untung tu. senang ja buat duit. orang kata kalau jadi usahawan ni kena kreatif lepas tu kena tahan mental dan fizikal. kalau jatuh bangun balik bukan gulung tikar. hehehe

aku doakan lah kawan aku ni terus maju dengan bisnes dia ni. kalau ada rezeki ajak aku skali.. ahaks.. goodluck kawan.. !!!!

Blog Keduaku: semerah epal semanis madu




akhirnya aku berjaya juga mewujudkan blog kedua aku ni. (sebenarnya dah 2 3 bulan aku buat.. tapi baru-baru ja aku mengubah dan me'renovate' dan menjenamakan semula blog ni.) pada mulanya idea asal blog ni cuma lah untuk my random thought. tapi aku ubah pula konsep blog ni jadi blog yang lebih formal dan menggunakan bahasa melayu yang agak-agak sempurna berbeza dengan 'Darikuzulkifly' ni yang lebih peribadi. (memang peribadi pun, tengoklah aku taip camana). So blog ni aku akan kongsikan apa-apa sahaja pandangan dan perkongsian isu dan kisah yang aku rasa sesuai. sesuai dengan  trademark blog ni 'isu dan inspirasi'.


so, kepada anda, anda dan anda jemput-jemputlah juga memfolow blog kedua aku. aku dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. hehehe

p/s: ini darikuzulkifly.. memang bahasa entri bercampur-campur.. 



Ahad, 18 September 2011

kisah si polis jahat



disebuah kampung tinggal seorang keluarga. ayah ibu dan seorang anak gadis. dikampung itu terdapat sebuah balai polis. ada 3 orang polis. seorang sarjan ketua balai dan 2 orang konstabel. suatu hari semasa membuat rondaan sarjan polis ternampak gadis tersebut. kerana tidak dapat menahan nafsu sarjan tersebut telah merogol gadis tersebut.

gadis tersebut trauma dan ketakutan. dia mengenali siapa yang telah mencabulnya. laporan polis tetap dibuat. akan tetapi tiada tindakan dilakukan kerana sarjan tersebut hendak melindungi kepentingannya. apakah jalan terbaik yang boleh diambil oleh keluarga itu? apakah jalan terbaik untuk membela gadis tersebut???  

p/s: satu metafora: kritik halus...

Ahad, 5 Jun 2011

kenapa tolong sana.. sini seperti dilupa....

isu: bantuan bagi negara luar.. perang.. bencana alam..

skop: palestin, iraq, afghanistan dan yang berkaitan...

situasinya sekarang:
ramai sangat orang di malaysia yang ambil berat dengan rakan-rakan.. sahabat-sahabat kat negara luar..  bantuan itu ini... jadi sukarela...  tenaga.. duit. terutama  mahasiswa-mahasiswa... tak kira lah yang belajar luar negara atau dalam negara. ada pernah dengar-dengar ada sahabat ni yang berniat untuk jadi sukarelawan ke palestin.. hurmm.. bagus niat dia.. banyak share artikel-artikel di facebook pasal tu.


aku rasa:
adakah semua yang mau membantu ni sedar sebenarnya di malaysia pun banyak lagi perlu dibantu...???? pernah ka terfikir masih lagi rakyat malaysia yang merempat. masih ada lagi yang tercicir dari alam persekolahan...?? pernah fikir?? adakah semua yang obses membantu orang-orang luar negara ni pernah berfikir seketika tentang yang di sini.. yang kurang di sini. yang susah di sini.. kalau yang belajar di luar negara tu.. berapa ramai yang berfikir mau cepat-cepat habis belajar.. supaya dapat balik dan bekerja di Malaysia.. untuk tolong bangsa sendiri.. untuk majukan negara sendiri? berapa ramai? atau lagi ramai yang mahu terus berada di sana, kerja sana.. hurm yang di Malaysia pula berapa ramai yang pernah terfikir mau menghulurkan duit atau bantuan kepada jiran-jiran sekampung yang mungkin berada di bawah garis kemiskinan.. yang mau makan pun susah-susah?

p/s: aku bukan mau melarang kita hantar bantuan keluar negara.. cuma mengingatkan jangan terlampau ghairah hendak bantu orang lain.. sampai rakyat negara kita sendiri dilupakan.. jangan sampai orang kata kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. ^^ sekian salam hormat. semua perkara boleh kita lihat daripada perspektif berbeza..

Selasa, 22 Mac 2011

Blog Berentri Picisan

Mode: mengkritik

kosa kata pilihan:
Picisan-rendah harga, tiada mutu (Kamus Dewan Edisi Keempat.)

skop: blog peribadi,blog emosi...

isu:
blog emosi dan kisah peribadi adalah blog picisan semata-mata. langsung tiada input dan tidak mampu mencapahkan minda pembaca. ( suka perkataan "mencapah" tu.. hehe)

Rabu, 16 Mac 2011

Alternatif atau Arus Perdana

Mode: Pandangan Peribadi
Subjek: Akhbar/Berita/Laman Sesawang
skop: politik, kerajaan.. bla..bla..bla.

Isu:
manakah pilihan anda?? berita arus perdana-berita harian, metro, utusan, tv1,tv 2, tv 3 atau berita alternatif-harakah,malaysia kini, blog-blog bebas. Yang mana antara dua sumber ni pilihan anda sebagai sumber maklumat isu-isu politik?

pandangan aku:
bagi aku sekarang ni ramai dah makin bijak, bila dengar satu berita, jarang kita nak percaya 100%. Kita ada penilaian sendiri. bagi yang rajin  mulalah mencari sumber-sumber berlainan untuk buat perbandingan cerita tu. ok itu perkara biasa sekarang. lagi satu skang aku tengok ramai dah mula tak gemar dengan media-media arus perdana, sebab media arus perdana ni pro-kerajaan. Ramai yang menghukun media perdana ni cuma menyiarkan propaganda kerajaan.

Selasa, 8 Februari 2011

Aku dan DSLR

sekadar gambar hiasan...






Camera DSLR... huhu.. camera yang harga beribu-ribu ni menjadi trends sekarang di kampus aku ni. oleh sebab elaun dah keluar.. jadi ramai la insan-insan yang semangat membeli benda ni. Ramai yang minat fotografi di sini. tapi tak tau la.. sama ada semua yang beli tu minat atau pun cuma mau ikut trend... tu aku tak tau la mau cakap. tapi aku rasa ramai yang macam saja-saja ja mau beli. orang ada dia pun mau ada juga. bukannya minat mau ambik gambar sangat pun sebenar. .. huhu

Selasa, 1 Februari 2011

Hari Wilayah: ada apa dengannya..


Hari ni 1 februari.. Hari Wilayah Persekutuan. cuti umum bagi labuan,kl dan puterajaya. tapi ada apa lagi hari ni selain cuti umum.. hurmmm ntah lah. macam takda pengisian ja.
3 Wilayah Persekutuan
aku ada gak tengok-tengok aktiviti yan kena wat di labuan ni. pertandingan futsal, mewarna, battle of the band.. macam pelik betul aktiviti-ativiti ni. bagi aku macam tak relevan. aktiviti macam ni saja kah mampu untuk dirancang bagi mengisi hari wilayah??

Sabtu, 29 Januari 2011

Interlok!!!

huhu baru-baru ni isu Interlok panas sangat kan... novel interlok karya..... adalah sebuah novel yang berlatar belakangkan sejarah negara. cuma kisah ini diolah dalam bentuk fiksyen dengan memperlihatkan kisah  dan olahan cerita dan bukan fakta semata-mata. sudah namanya pun novelkan.
aku sebenarnya tak mengikuti sangat mula-mula isu ni... ni pun baru ja lepas buat pembacaan tentang isu ni. dulu setakat dengar-dengar ja. tapi aku memang tau lah novel interlok ni. masa tingkatan 5 aku pernah cuba baca novel ni... tapi aku berjaya baca 3 muka surat ja... lepas tu aku just skip muka surat.. serius bagi aku bosan gila novel ni... ntah macam mana larr student form 5 mau kaji buku ni.. sah-sah ramai yang akan baca sinopsis ja nanti... huhu

Jumaat, 7 Januari 2011

isu harimau yang patriotik tak bertempat....

aku tau.. aku dah terlambat untuk cerita pasal benda ni.... huhu aku pun mula-mula malas mau peduli benda ni. isu harimau malaya atau harimau malaysia. aku cuma dengar-dengar ja mula-mula. lepas tu aku cakap alah benda remeh malas larr mau ambil pedulikan. orang bodoh ja kali yang kisah pasal benda ni. nama harimau tu tak cukup 1Malaysia kononnya...

tapi tiba-tiba aku ada nampak rakan fb yang wat post dan mempersoal benda yang sama... haish.. sedih aku... hohoho.. cetek nya pemikiran... isu macam tu pun mau dipersoalkan.