Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Selasa, 21 Februari 2012

Aku, Pilihan Raya dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Bertuah?? yakah? hehe apapun aku telah dicalonkan untuk bertanding bagi merebut kerusi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Kampus Kent 2012. Dan setelah bermanifesto dan 5 hari berkempen. Akhirnya aku berjaya menempatkan diri dalam JJP untuk tahun ini dengan 220 undi di tangga keenam keseluruhan.

Gigih poster kempen. klik gambar untuk tumbesaran.

Calon-calon lain dari kelas aku yang turut bertanding.

P/S: Doakan aku tak lupa tanggungjawab. amin.

Rabu, 16 Mac 2011

Alternatif atau Arus Perdana

Mode: Pandangan Peribadi
Subjek: Akhbar/Berita/Laman Sesawang
skop: politik, kerajaan.. bla..bla..bla.

Isu:
manakah pilihan anda?? berita arus perdana-berita harian, metro, utusan, tv1,tv 2, tv 3 atau berita alternatif-harakah,malaysia kini, blog-blog bebas. Yang mana antara dua sumber ni pilihan anda sebagai sumber maklumat isu-isu politik?

pandangan aku:
bagi aku sekarang ni ramai dah makin bijak, bila dengar satu berita, jarang kita nak percaya 100%. Kita ada penilaian sendiri. bagi yang rajin  mulalah mencari sumber-sumber berlainan untuk buat perbandingan cerita tu. ok itu perkara biasa sekarang. lagi satu skang aku tengok ramai dah mula tak gemar dengan media-media arus perdana, sebab media arus perdana ni pro-kerajaan. Ramai yang menghukun media perdana ni cuma menyiarkan propaganda kerajaan.

Jumaat, 7 Januari 2011

isu harimau yang patriotik tak bertempat....

aku tau.. aku dah terlambat untuk cerita pasal benda ni.... huhu aku pun mula-mula malas mau peduli benda ni. isu harimau malaya atau harimau malaysia. aku cuma dengar-dengar ja mula-mula. lepas tu aku cakap alah benda remeh malas larr mau ambil pedulikan. orang bodoh ja kali yang kisah pasal benda ni. nama harimau tu tak cukup 1Malaysia kononnya...

tapi tiba-tiba aku ada nampak rakan fb yang wat post dan mempersoal benda yang sama... haish.. sedih aku... hohoho.. cetek nya pemikiran... isu macam tu pun mau dipersoalkan.