Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan

Isnin, 6 Mac 2017

Dapat dah posting? mau buat apa? part 2.


Aloha,

mesti ramai sudah yang melapor diri kan sekarang? (kepada adik-adik yang posting mac...) so lepas ni buat apa?


Okeh, yang dulu, kita dulukan...

selesai mengadap guru besar segala bagai... mengadap kerani.. serah dokumen untuk salinan sekolah bagai.... Medical checkup document.... surat-surat akuan... dan apa-apa dokumen yang kerani minta. Berbaik-baiklah dengan kerani yang urus gaji anda....

ok lepas urusan di sekolah.. (part dapat jadual bagai-bagai tau la bah kan... berbulan-bulan juga praktikum..)


Dokumen SPP

Segala dokumen yang perlu dihantar ke SPP.. (Hantar ke SPP Cawangan Sabah kalau posting Sabah) Lengkapkan dan buat salinan untuk simpanan sendiri takut nasib tidak baik, masa kirim hilang,, kau ada backup. Tunggu tu Borang Kew.8 (Borang gaji) yang kerani urus.. untuk hantar sekali. Jangan hantar asing. tunggu semua dokumen lengkap baru hantar satu kali (Gunalah pos laju, jangan kau feeling hantar pakai stem).

Ini Alamatnya:

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Cawangan Sabah
Aras 1, Blok A, Peti Surat 11359,
Kompleks Kerajaan Persekutuan Sabah, 
Jalan UMS-Sulaman, Likas, 
88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia


PTM (Program Transformasi Minda)

PTM ni wajib untuk sah jawatan. (aku pun belum pergi lagi). Walaupun dalam masa terdekat PTM ni tipis kau dapat, tapi kau kena juga isi borang permohonan ( yess.. nama kau JPN tidak auto-detect ah... jangan kau berangan... tidak taulah kalau negeri lain.. tapi JPN Sabah kena mohon). 


Borang Permohonan Program Transformasi Minda (Muat Turun)

Lepas isi dan lengkapkan.. hantar borang yang lengkap bersama satu salinan Surat Pengesahan Lantikan (Surat ni akan dikirimkan SPP ke sekolah lepas kita hantar Dokumen SPP tu.. bila dokumen tu sudah di proses, baru kita dapat Surat ni.)

Hantar Dokumen ke:

Unit Latihan dan Kemajuan Staf, 
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Aras 9, 
Wisma Pendidikan, Jalan Punat Tanah Likas, 88450 Kota Kinabalu.

atau kau boleh scan dokumen tu dan emelkan ke :

ulkssbh@gmail.com

Pastikan lepas kirim atau emel, kamu follow up by call. pastikan nama kamu sudah masuk dalam list untuk PTM. (part follow up ni jangan main-main, even kalau PPD offer tolong kirim borang pun, follow up juga lepas 2 3 minggu di hantar tu dokumen. Terus follow up di unit latihan JPN. bukan di PPD.)

Nombor Fail Jabatan.

Mau terang apa fungsi dia, aku pun blur.. tapi memang kita perlu ada nombor fail jabatan ni. nombor fail PPD lain ya. Aku dulu hantar ja terus dokumen yang sama dengan yang dihantar ke SPP. Better by hand. kalau tak dapat, pos laju. dan lepas tu macam biasa follow up. biasa kalau unit tu dah terima dokumen kita, dua minggu macam tu kita dapat dah nombor fail jabatan.

Cukuplah sampai di sini. Semoga dipermudahkan semuanya... bertabahlah.



Isnin, 6 Februari 2017

Aku Bergelar Pelajar Semula.. Oh Sarjana....

Aloha...

Januari 2017.. akhirnya aku bergelar pelajar semula. Aku sekarang pelajar separuh masa Sarjana Pendidikan Universiti Terbuka Malaysia. (M.Ed OUM).

Setelah berfikir panjang dan kecewa permohonan pindah tidak diluluskan.. aku pun survey program pascasiswazah UMS, UKM, UPM dan OUM... dan akhirnya tanpa berfikir panjang dan menilai yang paling fleksibel programnya... aku pun pilih OUM.

Whatsapp sama mama:

"ma.."

"kenapa Jul?"

"Aku mau sambung study boleh?"

" Haaa baguslah, sambunglah.. baru ja babah kau bising napa kau asyik berjalan ja, tidak sambung belajar"

Dan setelah selesai itu ini begitu begini.. sedia borang, register, inform pentadbir.. makanya aku pun rasmilah bergelar pelajar OUM. oh ya..  mula-mula seoranglah.. setelah ajak kawan-kawan 3 orang kawan sekolah aku dan si Leslie pun sambung juga. Maka berlimalah kami.

Kenapa aku sambung OUM?

Kos lebih kurang saja.. kali terakhir aku semak lagi murah daripada UMS kursus yang sama... (OUM 18k+.. UMS 19k+)
 Jimat kos laaaa mau hadir kelas... jimat minyak mau drive dan hotel untuk penginapan memandangkan pusat pembelajaran aku di Sandakan. Hampir lima jam memandu dari sekolah aku.

Fleksibel.. tidak wajib hadir tutorial. Boleh tukar pusat pembelajaran atau pusat perperiksaan dengan mudah. 
Hello OUM ada pusat hampir di semua daerah-daerah besar di mana-mana negeri di Malaysia

Itu sajalah setakat ini. oh ya. kursus aku mode sepenuhnya kerja kursus.

Apa-apa nanti aku update lagi...

Inilah geng-geng aku sambung study....


Doakan kami dipermudahkan semuanya...

Selasa, 21 Februari 2012

Aku, Pilihan Raya dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Bertuah?? yakah? hehe apapun aku telah dicalonkan untuk bertanding bagi merebut kerusi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Kampus Kent 2012. Dan setelah bermanifesto dan 5 hari berkempen. Akhirnya aku berjaya menempatkan diri dalam JJP untuk tahun ini dengan 220 undi di tangga keenam keseluruhan.

Gigih poster kempen. klik gambar untuk tumbesaran.

Calon-calon lain dari kelas aku yang turut bertanding.

P/S: Doakan aku tak lupa tanggungjawab. amin.

Rabu, 25 Januari 2012

Kajian oh Kajian...

hello..hello..

Masuk semester ni... semester 3 ijazah yang merupakan semester ke 6 aku berada di IPG Kampus Kent, Tugasan berbentuk kajian  ada sejak semester dua program persediaan aku lagi.. eh kamu faham juga kan?? hahaha senang cerita aku sedang berada di semester keenam di IPG, tapi kalau di IPG aku akan dirujuk sebagai pelajar PISMP Semester 3 sebab 3 semester lagi sebelum tu adalah program persediaan. okeh cukup pasal tu. yang penting sekarang aku mau cakap pasal kajian. aishhhh boleh tahan ala-ala mau muak juga la aku dengan kajian-kajian ni.

Sejak semester dua program persediaan ada dah tugasan kursus berbentuk kajian. Kalau tak silap masa tu untuk paper sosiologi. lepas tu semester seterusnya dan seterusnya pun ada lagi untuk sosiologi dan geografi sampailah sekarang untuk paper Pendidikan Pembangunan Lestari. (paper dekat dengan geografi, lebih kurang ja.. hehe)

Kalau sebelum. sebelum ni banyak tugasan kajian yang buat secara individu dan skop yang agak luas (tak ditentukan pun tapi boleh tahanlah luasnya.) Tapi untuk kali ni kami kena buat kajian berbentuk mikro dan hanya melibatkan institut ja. Syok juga. Tugasan ni dibuat secara berpasangan. tambah-tambahlah best.

So, aku dengan Boby membuat keputusan untuk buat kajian tentang.... jeng..jeng... jeng.....

"KESEDARAN TENTANG GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR IPG KAMPUS KENT"

hehe haraplah tugasan ni berjalan dengan lancar.. best ba buat-buat kajian ni. hehe (boleh juga menyedikan aku untuk kajian tindakan final year nanti... )

p/s: baru menghabiskan Neslo ais.. dan sekarang melayan Nescafe O ais.. yum..yum

Khamis, 27 Oktober 2011

Gambar-gambar Debat IPG...lalala

huhu pengalaman yang best dapat mewakili kent untuk debat piala timbalan menteri pelajaran IPG 2011.. best!!!! nah tengok la gambar-gambar ni...




Isnin, 8 Ogos 2011

Ambuyat oh ambuyat~


hari ni aku dengan classmate sungkai A.K.A berbuka puasa dengan ambuyat. yeahh!!!lama tak makan ni.. best pula makan ramai-ramai... kalau ada yang tak tau.. ambuyat ni adalah sagu rumbia.. best makan.. biasa cara buat ni tuang air panas mendidih ja.. pastu dia jadi pekat macam gam... kalau kami makan dengan cicah.. sedap!!!!!!

muka-muka gigih makan ambuyat!! (aku gigih menunjukkan cara pegang candas/sumpit..haha)
p/s: ada 2 3 orang kawan-kawan ni yag first time makan ambuyat.. dan ada juga yang first time guna candas untuk makan ambuyat.. hehe.. candas/sumpit ni ala-ala chopstic cina tu.. tp dia bersambung.. hehe..

Tenom oh tenom~....

Tenom.... lama dah dah ni.. 15 julai lagi aku dengan classmate pergi sana.. buat class trip.. hehe..  Taman Pertanian Sabah, Lagud Seberang, Tenom. best!! dan berbaloi-baloi.. ok kamu layan la gambar-gambar ni arr... ni pun kawan-kawan yg ambil gambar.. heeee~



jalan berkabus

Sabtu, 2 Julai 2011

berlarian dan bertarikan..

perhatikan aksi ini.. ahaks..
hehe sebenarnya hari ni aku join Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1 Malaysia (ya '1' diulang sebanyak 3 kali.. abaikan).. hoho.. sempena larian ni... ada jugak pertandingan tarik tali antara batch.. so batch aku antar dua pasukan.. tiba-tiba pula tak cukup orang.. terpaksala aku jadi penarik terjun.. ahaks.. tak pernah aku ikut tarik tali sebelum ni.. first time oo.. hehe.. terus ala-ala tergelincir.. ekeke... walaupun tak menang tapi tetap best...!!!  (penat lari tu tatap!!)...

Sekian.. salam hormat...

picture: credit to Farizyan.. (dia yang post di fb..)

Ahad, 5 Jun 2011

cikgu.. saya pun bakal cikgu...

wahh tajuk.. hehe sebenarnya nak cerita pasal aku pergi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) atau kadang orang panggil ROSE.. kira macam orientasi la dalam dunia sebenar untuk bakal guru. hehe.. semester satu ni ada PBS siri satu... so kami diberi peluang untuk pilih sekolah lama masing-masing.

sampai sana jumpalah cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku kan.. huhu... best... ingat lagi apa dorang cakap...

"syukurlah kamu dah berjaya skang.. dulu kamu budak-budak lagi.. seronok rasa nampak murid-murid cikgu semua sudah berjaya sambung study semua.. "

waahh perasaan aku kembang gila-gila... happy sangat sebab rasa kita ni dah buat cikgu kita gembira.. ingat lagi cikgu ni lah yang berabis ajar aku matematik yang aku lemah sangat. ajar aku english yang aku memang tak tahu langsung.. tapi aku lulus juga... akhir sampai skang aku dapat jua survive.. sampai skang aku pula yang belajar untuk jadi guru... insyaAllah.. 7 semester lagi harus ditempuh...

p/s: perasaan untuk berjaya dan membuatkan ibubapa kita bangga.. cikgu-cikgu kita bangga.. sangatlah best... terima kasih cikgu...

Selasa, 3 Mei 2011

sajak: Perjanjian Keimanan

Lahir kita dalam dunia  
Ada perjanjian
Juga penantian

Perjanjian itu!
Antara kita dan Tuhan
Antara setuju dengan enggan
Segalanya sudah tercatat

Jadi kayakah kau?
Miskinkah kau?
Hina?
Atau muliakah kau?
Kau lalai dengan dunia
Kau lupa

Isnin, 2 Mei 2011

Debat Bahasa Melayu Piala Pengarah IPG Kampus Kent 2011

Debat Bahasa Melayu Piala Pengarah IPG Kampus Kent 2011 selesai sudah... akhirnya setelah banyak cabaran yang dilalui.. kekangan bajet, masalah peserta,masalah hakim, percanggahan sistem pertandingan, kekangan masa,... dapat jua kami selesaikan keseluruhan pertandingan ni...

Pertandingan akhir antara PPISMP BM (SJKT) lwn PPISMP MATH... wahhh tak tanpa disangka-sangka dua pasukan ni masuk akhir. ni lah juga dua pasukan yang merayu-rayu dengan aku mula-mula hari tu supaya dorang tak payah masuk.. rupanya rezeki dorang jua masuk akhir.. huhu.. sempat juga la aku kongsi ilmu sket dengan dorang ni.  PPISMP BM (SJKT) berjaya jadi johan untuk Debat Bahasa Melayu Piala Pengarah IPG Kampus Kent 2011. penganjuran kali pertama ni aku berani cakap berjaya. walaupun aku akui banyak kelemahan, aku bagi pihak keseluruhan jawatankuasa minta maaf banyak-banyak, insyaAllah penganjuran akan datang akan kami perbaiki.

owh ya sebenarnya  secara rasmi debat ni dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Kent dan dikelolakan oleh Pasukan Debat Kent dan PISMP BM semester 1. Owh PPISMP BM (SJKC) pun turut membantu jadi ajk. terima kasih banyak-banyak kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langung. aku puas hati sangat dengan keseluruhan pertandingan ni. walaupun banyak masa dan tenaga terpaksa dikorbankan, tapi pengalaman yang aku dan yang lain-lain dapat sangat berharga.

aku ngan haru, shah dan fatin
PASUKA DEBAT PISMP KS...
kepada anak didik ku (waaahhh anak didik gitu.. hoho) pasukan debat PISMP KS... hehehe fatin, shah n haru... terima kasih banyak-banyak.. kamu boleh tu.. lain kali kita asah lagi sama-sama. jangan la sedih-sedih. tempat ketiga tu sangat-sangat bagus sudah.  takpa next time kita berabis.. hoho.. biar piala pusingan tu duduk dalam kelas kita.. hahaha...

owh ya aku merasa juga jadi hakim dalam pertandingan ni.. hoho... hakim terjun la.. tapi aku cuba sebaik mungkin untuk menjadi hakim yang baik.  keseluruhan pertandingan ni bukan ja membantu aku lebih lagi memahami debat, tapi membantu aku juga untuk menguruskan program, menguruskan emosi sendiri, berurusan dengan orang... huh banyak laaa aku belajar.

p/s: aku happy.. walaupun ada perkara yang melukakan..  realitinya sakit bila orang kata kita menyusahkan dorang. tapi takpa.. aku tetap positif kan diri..  terima kasih atas statement anda.. next time aku susahkan kamu lagi.... sekian sama2.

Selasa, 19 April 2011

Pengurusan itu sukar.. tp BEST!!!

minggu ni aku bz lagi.. yay!!! huhu kebanyakan orang dah habis assignment masa-masa macam ni.. tapi kelas aku masih ada satu lagi tugasan kena siapkan... major paper lagi tu.. haish... kerja yang patut siap sebulan. aku tinggal seminggu ja lagi ni masa untuk buat... ni lah kesan procastinate. sabar jak la... banyak tanggungjawab yang menuntut perhatian.

minggu ni kena urus pertandingan debat piala pengarah.. pertandingan minggu depan.. tapi minggu ni kena prepare dah... urusan kehakiman dan peralatan semua. urus peserta lagi. haish pesertalah paling susah mau urus.. mau minta borang penyertaan semula pun susah-susah. sudah diwajipkan pun masih lagi main tarik tali. eeeii geram juga.. sabar jak la...

aku harap la semua ni berjalan lancar macam yang dirancang... ni buat pertama kali pertandingan ni diadakan... harap sangat berjaya... so tahun depan boleh diteruskan(tinggi impian.. hehe).

p/s: walaupun banyak mau diurus.. banyak mau difikir.. tapi pengurusan ni best.. bukan semua orang dapat pengalaman ni.. hehe

Sabtu, 16 April 2011

catatan beberapa lama ini..

sangat lama sudah ku tidak mengepost entri baru di blog ni.. ntah kenapa.. bukan juga takda idea.. cuma takda semangat... banyak bahan untuk dipost.. tapi berat rasa menekan papan kekunci laptop ku. tambah-tambah lagi akhir-akhir ni sibuk gila.. ni gelombang pertama sibuk boleh dikira kurang sudah.. tapi ada lagi menanti perhatian lepas ni... ok sini beberapa catatan apa yang berlaku baru-baru ni...

Pidato Integriti IPG Piala Timbalan Perdana Menteri
 pidato ni buat kat Institut Integriti Malaysia. aku wakil kent bersama dengan afiq. matlamat pun bukan lah mau jadi johan, cuma mau timba pengalaman. lagipun pengalaman ngeri pidato umno hari ni masih menghantui aku. ter'blank' di depan membuatkan aku sket fobia untuk berpidato. jadi harapan aku memang tak letak tinggi pun untuk pidato integriti ni. sekadar mencari pengalaman dan mencari kawan. aku tahu pensyarah pun tak letak harapan tinggi. pergi berdua dengan afiq buat aku yakin sikit.

tambah tekanan juga sebab aku tak mau jadi macam yang kes aku tak hafal teks dan blur kat depan.  dah la bawa nama IP.. risau aku. dan sedikit dibayangi dengan senior yang boleh dikatakan antara legenda pemidato.. haish.. jadi tentulah kami yang junior ni dilihat sebagai pelapis. malu gila la kalau sampai teks pun tak hafalkan.. tapi syukur.. aku dapat juga hafal teks tu semua.. lancar juga aku wat didepan. part pidato spontan pun aku boleh juga bercakap.. walaupun agak melalut di depan. tapi aku bantai saja.. peduli apa.
 
tahniah aku ucapkan kepada Paizal Sanek berjaya jadi johan!!!

Malam Apresiasi Puisi Kent-UMS
owh ni pula baru ja selesai semalam. lepas habis pidato, ni pula kena dpikirkan. aku join bersajak dengan kawan kelas aku. sajak berkumpulan. nama kumpulan?? LANTERA.. cehh.. hehe ala-ala sastera nama nya.. keke.. kami bawa sajak Perjanjian Keimanan. syukurlah.. kami berjaya buat yang terbaik... ramai juga yang cakap persembahan kami wat meremang bulu roma.. ( kembang jap.. ok sudah).. ramai lagi peserta lain yang hebat-hebat. classmate aku pun ramai juga join.hehe Tahniah semua.

 hehe itu lah dua aktiviti besar aku ikut... walaupun sibuk tapi enjoy.. bayangkan.. balik ja dari KL rabu tu.. petang-petang terus lari gi kelas... terpaksa update fail peribadi. pastu terpaksala pikir pasal asaimen lagi, raptai dan latihan sajak lagi. pastu jumaat pula ada visiting lecturer dari UMS.. doktor Paul. bagi kuliah sosiologi.. padahal masa yang sama ada raptai.. terpaksalah.. berlari-lari kejap dari dua venue.. huhu tapi takpa.. demi pengalaman dan ilmu hehe..\

oklah ni jak catatan kali ni.. hehe.. bai~

p/s: sibuk tu kadang-kadang best juga... next week debat piala pengarah pula menanti..

Selasa, 22 Mac 2011

Catatan PBS hari kedua: Pertama Kali Di Bilik Guru

Ini adalah catatan ringkas..
PBS= Pengalaman Berasaskan Sekolah

Lokasi: SK. SG. Bedaun, W.P Labuan
Mode: segan di bilik guru



  • datang skolah naik bas.. ujan2 lagi tadi..
  • lepas sain kehadiran masuk bilik guru.. pertama kali.. sebab semalam lepak bilik pemulihan ja
  • di bagi meja kosong.. duduk ja wat kerja konon...
  • pergi tengok budak tahap 2 buat SEGAK
  • balik bilik guru.. stay-stay lagi
  • start dah bosan menguap-nguap
  • on9 kejap layan facebook
  • turun kantin.. lepak di kantin dekat 1 jam.. (gila lama.. bertukar-tukar dah kawan aku berbual.. nampak sangat aku takda keja..  haha)
  • balik bilik guru..
  • pergi ofis.. interview Penolong kanan pentadbiran dengan guru besar.
  • balik bilik guru... cerita-cerita ngan cikgu meja depan aku sementara waktu balik... 
  • balik!!.. semangat oo.. haha


p/s: walaupun agak bosan.. tapi best juga dengar cikgu-cikgu borak di bilik guru.. hehe.. macam-macam gosip.. kekeke

Selasa, 15 Februari 2011

air, kayak dan lumpur..

hehehe selesai sudah aktiviti air BIG kali ni... lalala...  selamat juga aku..hehe pagi2 lagi jam 7 dah berkumpul, pergi breakfast.. kemudian dengar taklimat daripada ketua jurulatih air... bla..bla..bla...

lepas tu kami pun naik lah bas yang disediakan. kami naik coaster dengan bas mini... sebab bas besar maktab ada masalah kot...  perjalanan dari maktab ke Gayang (tempat aktiviti tu) kejap ja.. adalah dalam 15-20 minit macam tu...

sampai-sampai kawasan tu.. lepas taklimat semua ( jurulatih dah tunjuk belang jerit-jerit).. kami pun disuruh angkat kayak dekat ngan air. kawasan tu namanya teluk Probong (kalau tak silap ok.. tak ingat dah nama teluk tu.) tapi aku tengok tak macam teluk pun.. huhu... macam muara ada jugak.. tapi bukan larr.. tapi memang air nya masin la.. huhu

Jumaat, 26 November 2010

Telah pergi~

semalam lebih kurang jam 2 pagi kazen kol mama... dia bagitau nenek takda dah.. (nenek saudara) huhu dah sampai masa dia.... inalilah.. ku sedekahkan al-fatihah untuk arwah....

tadi selesai pengebumiannya lebih kurang pukul 11 pagi. btw dorang tak urus mayat semalam dorang urus siang. memang kebiasaan kat sini... ada lambat sedikit... sesetengah tempat biasanya akan tetap urus mayat walaupun tengah-tengah malam. tapi kat sini tak.. biasanya akan tetap tunggu siang.. kalau meninggal malam.. biasanya akan dikebumikan sebelum zuhur keesokan hari nya.

Sabtu, 20 November 2010

kisah dalam pawagam..

aku nak cerita pasal hari tu masa aku tengok Harry Potter 7 tu. aku tengok kat Growball Cinema Centre Point tu.. huhu. ok aku bukan nak mengulas pasal HP tu.. aku dah ulas pun dalam entry sebelum ni.

yang aku mau cerita ni kisahnya masa aku dalam panggung tu. orang yang duduk depan seat aku sibuk betul nak mengulas movie tu. dahlah suara dia kuat gila. eeeiii nak ja aku sound orang macam tu dan terus bagi pelempang. lepas tu yang dia cakap pun yang dah terang-terang nampak.. hello!! kami nampak juga bah.  macam la kawan dia tu rabun kot.. takpun disleksia.. tu la sebab dia terpaksa explain lebih-lebih.

aku dah siap cakap.. "benci tol aku orang suka mengulas ni" dah sindir camtupun tak paham-paham. si farid sebelah aku dah siap senyum-senyum cakap "sabar..sabar.." ngan aku.. padahal dia pun panas!! juga dengan orang tu...

ish..ish.. nasihat aku kalau dah nak tengok wayang tu.. tengok ja lah.. tak payah lah nak mengulas masa dalam panggung tu... tunggu la keluar.. habis dulu wayang tu... pastu ulas larr puas...  orang lain tersiksa weii dengar ko mengulas... suara sedap takpa juga.. huhuhu

Jumaat, 12 November 2010

comel+bulat+kiut+gebu+kenyal=Gemuk

entry kali ni sangat dekat ngan aku... kepada yang bersaiz XL dan ke atas mesti biasa dengar "awak kiut larr", "bulatnya ko","ko ni comel"... dan sebagainya. ok ini la ayat-ayat biasa yang akan dilontarkan kepada siapa-siapa yang BMI nya 28.00 dan ke atas. huhu

sebenarnya kadang-kadang rasa lega juga orang kata "eh, awak tak gemuk... besar sikit ja"...

Jumaat, 8 Oktober 2010

Aku Doktor Cinta~

pelik betol larr tajuk entry ni kan.. huhu aku memang lah pernah nak jadi doktor... doktor betul-betul ok... yang boleh bagi ubat tu... tapi apa kan daya... aku ni bukan la bijak... belajar pun ala kadar ja... tinggal kenangan jak la impian tu.. skang ni aku harap dapat la jadikan seorang doktor plak...

ok.. sebenarnya kali ni nak cerita pasal aku selalu jadi doktor cinta orang... tak tau la kan...

mungkin sebab aku ni pendengar yang baik dan penasihat yang baik.. (OBJECTION!!!!)..