Memaparkan catatan dengan label mayor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mayor. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Februari 2017

Cerita sudah dewasa dan syukur.

Hari ini..
Dalam menginjak usia 27 Tahun, kadang-kadang rasa masih remaja. Tapi bila difikirkan balik sudah terlalu dewasa.

Pada usia ini bukan lagi kisahnya macam 7 tahun lepas.... boleh bergaduh di facebook. Boleh lepas cakap yang terbuku di hati. Tidak suka orang, cakap sahaja terus terang. 
Tapi hari ini, hati si anu perlu jaga... 
nanti prestasi merudum pula... 
hati si anu perlu juga di jaga 
kerna kata mereka kita sudah dewasa, tidak baik masam muka. 
Maka macam biasa,
hati kita, kita peram buat jeruk saja.

Lama teringin menulis, tapi bila tulis seakan mengiyakan yang 'kurang' ini sebahagian realiti jadi manusia. Bosan juga asyik lari dari dunia, pergi layan fantasi drama Korea.
Entahlah... sukar kerja? tidak, aku tidak pergi kerja tatkala matahari di ufuk dan balik bila sudah gelita. aku tidak hadap beratus buah buku untuk ditanda..  Sukar pun cuma menghadap drama rakan sekerja.
Aku perlu bersyukur.. sebenarnya. banyak yang mudah. Mama Babah ada.. adik-adik ada..Kereta ada... kerja ada... sekarang pula memulakan perjalanan jadi sarjana.

Bersyukur Zul. Alhamdulillah...

Isnin, 6 Februari 2017

Aku Bergelar Pelajar Semula.. Oh Sarjana....

Aloha...

Januari 2017.. akhirnya aku bergelar pelajar semula. Aku sekarang pelajar separuh masa Sarjana Pendidikan Universiti Terbuka Malaysia. (M.Ed OUM).

Setelah berfikir panjang dan kecewa permohonan pindah tidak diluluskan.. aku pun survey program pascasiswazah UMS, UKM, UPM dan OUM... dan akhirnya tanpa berfikir panjang dan menilai yang paling fleksibel programnya... aku pun pilih OUM.

Whatsapp sama mama:

"ma.."

"kenapa Jul?"

"Aku mau sambung study boleh?"

" Haaa baguslah, sambunglah.. baru ja babah kau bising napa kau asyik berjalan ja, tidak sambung belajar"

Dan setelah selesai itu ini begitu begini.. sedia borang, register, inform pentadbir.. makanya aku pun rasmilah bergelar pelajar OUM. oh ya..  mula-mula seoranglah.. setelah ajak kawan-kawan 3 orang kawan sekolah aku dan si Leslie pun sambung juga. Maka berlimalah kami.

Kenapa aku sambung OUM?

Kos lebih kurang saja.. kali terakhir aku semak lagi murah daripada UMS kursus yang sama... (OUM 18k+.. UMS 19k+)
 Jimat kos laaaa mau hadir kelas... jimat minyak mau drive dan hotel untuk penginapan memandangkan pusat pembelajaran aku di Sandakan. Hampir lima jam memandu dari sekolah aku.

Fleksibel.. tidak wajib hadir tutorial. Boleh tukar pusat pembelajaran atau pusat perperiksaan dengan mudah. 
Hello OUM ada pusat hampir di semua daerah-daerah besar di mana-mana negeri di Malaysia

Itu sajalah setakat ini. oh ya. kursus aku mode sepenuhnya kerja kursus.

Apa-apa nanti aku update lagi...

Inilah geng-geng aku sambung study....


Doakan kami dipermudahkan semuanya...

Sabtu, 29 Oktober 2016

Jalan-jalan Kuching, Sarawak (Day 2)

Aloha...
so hari kedua kiranya selesai.
Hari kedua.. plan utama adalah Kampung Budaya Sarawak.  Tempat ni dalam 30 minit driving dari pusat bandaraya. Berdekatan Pantai Damai. Sampai-sampai ja orang bertimbun depan entrance. So, kami patah balik, masuk ke Damai Beach Resort. Sekadar hendak lepak pantai sekejap. entrance fee nya RM5 saja. Cantik sangat tu tidak lah.. well, aku ni dari pulau...dan  dah nampak pantai-pantai pulau di Sabah.. jadinya aku tak lah kagum sangat. Tapi dah alang-alang sampaikan...
Dalam jam 11, kami pergi balik ke Kampung Budaya. Orang pun dah kurang... ingat boleh masuk show jam 1130. rupanya semua full. hari ni ada extra show. hari biasa cuma ada dua show.. maybe sebab cuti.. so, ada empat show. kami dapat masuk show jam 2.. dari jam 11 kami pun melopong ronda semua kawasan rumah-rumah tradisi tu.
Oh ya.. harga tiket. since aku adalah rakyat Malaysia dewasa bukan pelajar atau orang sarawak lokal..  harga tiket adalah RM60 tidak termasuk GST. gituhhh mahalllll bagi aku.. tapi bukan selalu kannn.. makanya i redha. kalau kau sarawakian.. atau penjawat awam yang berkhidmat di Sarawak.. harga tiket cuma RM26 tak termasuk GST.
Gigih menunggu show jam 2.. so total lebih kurang empat jam dalam tu. kalau kau kelang kabut.. jangan la datang sini.. memang perlu banyak masa... sekurang-kurangnya kau peruntukkan setengah hari untuk Kampung Budaya Sarawak. oklah untuk review lengkap.. nanti aku buat entri lain kalau rajin.. hahaa
Lepas dari sana.. kami pergi makan. lepas tu terus cari Fort Margherita. Sebenarnya dari Waterfront Kuching boleh ja naik perahu tambang dalam 50sen camtu. Tapi sebab kawan drive.. terus la drive ke Fort tu. Sampai dah dekat jam 5. Dah tutup. Fort Magherita skang dijadikan Muzium Polis. So, kami pun bergambar-gambar sajalah. Selesai terus gerak ke waterfront. di waterfront bergambar lagi. huhaaa huhaaa.. then balik hotel. habisss second day. sebab malam sekadar keluar minum.. penatttt weiii berjalan di Kampung Budaya, panas lagi tu.. dah la aku masih demam. oklah.. esok plan ke Taman Negara Bako. esok i cerita... salam.
Pantai Damai
Show di Kampung Budaya
Fort Magherita. abaikan payung.. hujan okeh
Waterfront .. belakang tu background standard bergambar.. Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak
Entrance Kampung Budaya Sarawak
Lobi Dewan Kampung Budaya tu...

Jumaat, 28 Oktober 2016

Jalan-jalan Kuching, Sarawak (Day 1)

Aloha...

Okeh patutnya trip ke Kuching ni bersama kawan aku sorang lagi. Tapi di cancel. Aku pulak yakin pergi seorang.

So, flight aku jam 8 dari Kota Kinabalu... sampai Kuching dalam 920 pagi... Amik teksi ke penginapan (RM26). ohhh aku stay Woodpecker Lodge.. buat tempahan di Booking.com ok la.. untuk 3 malam katil double cuma RM200+.. untuk review lengkap nanti aku buat entry lain.

Sampai hotel aku tidur. Fever kick in. Memang aku demam pun dari sabtu lepas masa kay KL.. nak berjalan tengah hari panas. Tak sanggup aku.

Jadinya tadi jam 5 baru keluar (punyala terbazir masa kan.. tapi i penat wakakaa).. konon nak cari laksa sarawak, mee jawa dan mee kolok. Tapi pergi makan kat RJ Ayam Bakar. sedap boleh tahan. Takda menu yang aku nak. alu amik la ayam bakarnya.. ok laaa..

Lepas tu menapak ke bulatan tugu Kucing anak beranak tu.. alaaa mestilah mau ambil gambarkan.. tengah gigih selfie.. hujan pulak. Makanya berlarian lahh... Gerak ke Mom Laksa.. tutup pulak..

Sekarang ni baru ja setel makan 😂😂😂 makan lagi di Kopi O Corner. Aku google. Google kata mee kolok dan laksa sarawak nya boleh tahan. tapi malam takda pula laksa. baru ja makan mee kolok.. ermm boleh tahan... tak tau sedap ka tak.. mana la aku pernah makan mee kolok d sarawak sebelum.. ohh pernah di Limbang.. itu tak kira kot haha..

Lepas ni mungkin pergi tengok wayang.. Hujan.. tak boleh nak feeling stay di Tebingan sungai.. ok.. nanti sambung.. salam.