Jumaat, 28 Oktober 2016

Jalan-jalan Kuching, Sarawak (Day 1)

Aloha...

Okeh patutnya trip ke Kuching ni bersama kawan aku sorang lagi. Tapi di cancel. Aku pulak yakin pergi seorang.

So, flight aku jam 8 dari Kota Kinabalu... sampai Kuching dalam 920 pagi... Amik teksi ke penginapan (RM26). ohhh aku stay Woodpecker Lodge.. buat tempahan di Booking.com ok la.. untuk 3 malam katil double cuma RM200+.. untuk review lengkap nanti aku buat entry lain.

Sampai hotel aku tidur. Fever kick in. Memang aku demam pun dari sabtu lepas masa kay KL.. nak berjalan tengah hari panas. Tak sanggup aku.

Jadinya tadi jam 5 baru keluar (punyala terbazir masa kan.. tapi i penat wakakaa).. konon nak cari laksa sarawak, mee jawa dan mee kolok. Tapi pergi makan kat RJ Ayam Bakar. sedap boleh tahan. Takda menu yang aku nak. alu amik la ayam bakarnya.. ok laaa..

Lepas tu menapak ke bulatan tugu Kucing anak beranak tu.. alaaa mestilah mau ambil gambarkan.. tengah gigih selfie.. hujan pulak. Makanya berlarian lahh... Gerak ke Mom Laksa.. tutup pulak..

Sekarang ni baru ja setel makan 😂😂😂 makan lagi di Kopi O Corner. Aku google. Google kata mee kolok dan laksa sarawak nya boleh tahan. tapi malam takda pula laksa. baru ja makan mee kolok.. ermm boleh tahan... tak tau sedap ka tak.. mana la aku pernah makan mee kolok d sarawak sebelum.. ohh pernah di Limbang.. itu tak kira kot haha..

Lepas ni mungkin pergi tengok wayang.. Hujan.. tak boleh nak feeling stay di Tebingan sungai.. ok.. nanti sambung.. salam.

Tiada ulasan: