Rabu, 26 Oktober 2016

Kisah Sukau untuk Kem Biodiversiti Pasca UPSR (Bahagian 3: CERITANYA)

Aloha..

Maaflah baru berkesempatan bercerita. Dua entry sebelum ni update guna mobile apps.. so tak sedap nak menaip.

Ok plan ke Sukau ni bila pihak NGO- Sabah Orang Utan Conservation Program (HUTAN)  buat pameran dan program pendidikan  alam sekirar di sekolah.  Diorang bagitau kalau nak buat camping atau program sekolah di kawasan diorang boleh. percuma katanya. pengisian dan tempat semua disediakan. Cuma pengangkutan, minyak bot untuk river cruising dan makan sahaja pihak sekolah perlu sediakan. 

Jadi gigihlah Fakhree buat kertas kerja since program pasca UPSR bawah dia (unit kaunseling). So, cerita perjalanan program macam ni...

TARIKH, TEMPAT & LOKASI

7, 8, 9 Oktober 2016
Jumaat, Sabtu, dan Ahad.
Sukau, Kinabatangan.

Hari pertama (7 Oktober 2016)
Perjalanan dan Evening River Cruising.

Kami bertolak dari sekolah pukul 9 pagi.. dan sampai lebih kurang pukul 2 petang.... kalau perjalanan direct dari sekolah aku lebih kurang 3-4 jam tapi biasalah konvoi  ramai-ramaikan... haruslah singah sana sini.

Sampai sahaja terus set up khemah. Kami berkhemas di padang berdekatan halamn rumah ketua HUTAN tu sebab tapak khemah dalam rancangan asal sepatutnya di seberang sungai, tapi tandasnya musnah diserang gajah. heee memandangkan ini trip budak sekolah rendah dan demi keselamatan halaman rumahlah yang terbaik.



Aktiviti pertama mestilah ice breaking. (semua aktiviti pihak HUTAN yang handle). Ice breaking dengan cikgu-cikgu sekali perlu terlibat okeh. Baru ja feeling hendak memerhati dari tepi gituhh...



Lepas selesai semua, aktivitinya adalah river crusing. Inilah yang dinanti-nantikan. Menyusuri sungai sebelah petang. Matlamat utama untuk melihat pelbagai jenis haiwan terutamanya Monyet Bangkatan AKA Probocis Monkey AKA Monyet  Belanda AKA Bayau (Dulu masa monyet ni jadi maskot SUKMA Sabah namanya BAYAU. heeee

Untuk sesi pertama river cruise ni kami ke Sungai Menanggol (Sungai kecil yang merge mengalir ke Sungai Kinabatangan. Sungai ni tidak selebar Sungai Kinabatangan dan airnya lebih gelap. Bukan warna teh susu. hehe  Masa cruise sebelah malam, salah seorang ranger bagitau yang sebenarnya Frankie (buaya besar yang popular di sukau) suka stay di sungai Menanggol ni.







Proboscis Monkey: He Sexayy and he know it... giteww
Selesai crusing kami kembali ke base camp. Malam pulak ada aktiviti pengisian yang disediakan oleh pihak HUTAN. sekali lagi dengan cikgu-cikgu sekali kena join..





Hari Kedua (8 Oktober 2016)
Jungle Trekking, Gua Keruak dan Night River Cruising

Okeh hari kedua. Awal pagi lagi sudah bersiap untuk jungle trekking. Masuk hutanlah kan tentunya. Treknya adalah kawasan semi swarm ataupun separa paya. biasanya kawasan ini akan basah/ ditenggelami air kurang daripada enam bulan ( semua ranger bagitau, harapkan pengetahuan geografi aku masa degree memang hampeh lah kan.. tapi A okeh.. ahaaa). 

Matlamat trekking ni adalah untuk ke  Gua Keruak. Agak jauh dan memenatkan, tapi taklah sukar mana, budak tahun enam sampai relax ja kan. Cuma trek naik ke gua agak curam dan perlu hati-hati sebab ada batuan yang longgar. Bagi aku berbaloilah sebab selain Batu Cave, Gua Keruak ni lah gua pertama aku sampai... Not cave virgin anymore gituhh.. ahakss...



Rupa laluan trekking...


Trek mendaki ke Gua Keruak.

Gua Keruak
So, aktiviti ni sampai petang. Sebelah malam pula aktivitinya river cruising lagi... malam ni motifnya nak tengok buaya dan gajah. ( Buaya tu sekadar nampak mata ja lah kan.. ). Buaya tu berjaya juga nampak matanya. Gajah pula sekadar dengar bunyi dan bekas-bekas rumput (bukan rumput padang bola okeh.. ni rumput yang tinggi 2-3 meter tuhh) ditepian sungai yang ranap oleh gajah. Aktiviti malam ni aku takda stok gambar.. malam kot... tengok tepian sungai pun guna spot light jak.

Hari Ketiga (9 Oktober 2016)
Early Morning River Cruising, Jungle Trekking, dan Gua Sipit.

Okeh hari ketiga... aktivitinya early morning river cruising.. bukan subuh okeh.. dah terang jugak kitorang gerak. Motifnya haruslah masih lagi hendak melihat haiwan-haiwan liar. kami masuk kawasan yang sepatutnya ada orang utan, kawasan Sungai Resang. Sungai macam juga Sunggai Menanggol, dia merge masuk ke Sungai Kinabatangan.  Malangnya takdapun orang utan. mampu tengok burung enggang, monyet bangkatan, kera, biawak.. haaa itulah antara haiwan yang dapat dilihat pagitu. Pagi tu juga kami breakfast dalam bot di kawasan Sungai Resang. Sambil menikmati pemandangan gitu.

Signage ni di kawasan Sungai Menaggol pun ada
"AWAS SUNGAI INI ADA BUAYA"

i dengan handphone.. mana boleh dipisahkan...
Ini Guru besar dengan wifenya...

4 Buah bot dirapatkan di tengah sungai.. untuk breakfast sama-sama.





Okeh selasai river cruising.. ada aktiviti menanam anak pokok untuk program perhutanan semula. so, semua orang termasuk cikgu-cikgu berpeluang menanam sepohon anak pokok. Kira ini sumbangan kepada alam sekitarlah kan...

Guru besar kami ni tanam pokok...




Selepas aktiviti memanam pokok kami bergerak pula ke kawasan pemeliharaan Burung Layang-Layang di Gua Sipit, Pangi. Within that area juga.. cuma  naik bot juga ke seberanglah. Mereka ni bertangungjawab untuk melindungi sarang burung layang-layang di Gua Sipit, suapay tak dicuri dan ada lagilah kajian yang diorang buat. Untuk ke gua sipit perlu trekking dalam  10 minit dan kemudian mendaki. trek mendaki pendek, tapi curam dan sempitnya.. ya Allah.. menyesal aku naik... hahaa dan boleh sampai ke pintu gua sahaja. tak boleh masuk. Pintu gua sempit dan sebelah dalam gua berbahaya untuk amatur. Oh ya Gua Sipit.. dalam bahasa orang Sungai, Sipit bermaksud Sempit.

Trek mendaki ke Gua Sipit.
ini antara laluan yang sempit.. ada lagi.. tapi ini ja yang mampu aku amik gambar. yang lain aku dah berpaut macam-macam cara dah...
haaa.. belakang tu lahhh pintu gua...
Okeh.. lepas selesai di Gua Sipit ni.. kami pun baliklah ke Base Camp. Lepas selesai majlis penutupan.. ucapan dan cenderahati bagai.. break camp. kami pun bergerak balik. Tak payah la share kan gambar part penutupan. part aktiviti ja yang best.. hehehe

Tiada ulasan: