Memaparkan catatan dengan label #budakbandarpergiladang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #budakbandarpergiladang. Papar semua catatan

Isnin, 20 Februari 2017

Dapat dah posting? mau buat apa? part 1.

Aloha.. dengar-dengar ada adik-adik yang sudah dapat negeri penempatan. hihi.. jadinya gatal hati aku share tips... *kalau mau tarik kabel.. selagi belum keluar nama sekolah ni lah masanya.. eh.. 

Manalah tau kau tidak  boleh tidur kalau jauh dari rumah.

Okeh.. tipsnya...

1. Sebelum pergi lapor diri semua, pastikan segala dokumen sudah sedia. buat salinan. Buat pemeriksaan perubatan (Medical Checkup). Buat di kampung sendiri senang. Kalau dah di daerah lain karang.. banyak lagi mau dipikir... Buat di Hospital/Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja. percuma weii kau tunjuk saja tu surat penempatan/tawaran spp.

2.Google lah sekolah anda. tanyalah semua yang dapat ditanya. tanya selengkap mungkin apa keadaan sekolah

  1. sekolah ada gred P (pedalaman) atau tidak.. kalau ada P1 kah.. P2 kah.. P3.. 
  2. kena harung sungai kah.. hutan kah... laut kah...
  3. apa pengangkutan utama ke sekolah?
  4. berapa kos pengangkutan ke sekolah?
  5. ada rumah guru? kalau ada apa kelengkapan yang ada... (dapur..katil..air..elektrik..)
  6. Kalau tiada, rumah sewa macam mana?
  7. Apa bandar terdekat?
  8. Siapa senior terdekat? kalau boleh cari senior atas setahun kau... diorang masih excited membantu.. gituhh... tapi senior lain pun ok... kot tiada rumah.. boleh tumpang dan minta jasa baik diorang. Kalau dulu di kampus kau tidak biasa pun.. kasi biasa saja.
  9. Hubungi sekolah atau guru besar. (setelah kau yakin kau mau lapor diri). kalau guru besar suruh cepat-cepat kau relax saja. ada 30 hari waktu melapor diri. dorang takut saja tu kau tidak mau masuk sekolah tu. Bila kau lapor diri.. nahhh nada harapan sudah mau tukar-tukar. 
3. Sediakan keperluan asas bergantung kepada sekolah kau ditempatkan.
  1. Ubat
  2. makanan
  3. bantal
  4. selimut
  5. Keperluan peribadi (tidakkan berus gigi kau tidak kasi sedia kan? talampau juga..)

Itu sajalah rasanya... untuk part 2, nanti kita cerita bila sampai sekolah mau buat apa??  Dokumen SPP? No fail jabatan? PTM?... okeh next...

p/s: kepada yang bakal melapor diri dan bakal bertugas.. TAHNIAH!


Isnin, 6 Februari 2017

Aku Bergelar Pelajar Semula.. Oh Sarjana....

Aloha...

Januari 2017.. akhirnya aku bergelar pelajar semula. Aku sekarang pelajar separuh masa Sarjana Pendidikan Universiti Terbuka Malaysia. (M.Ed OUM).

Setelah berfikir panjang dan kecewa permohonan pindah tidak diluluskan.. aku pun survey program pascasiswazah UMS, UKM, UPM dan OUM... dan akhirnya tanpa berfikir panjang dan menilai yang paling fleksibel programnya... aku pun pilih OUM.

Whatsapp sama mama:

"ma.."

"kenapa Jul?"

"Aku mau sambung study boleh?"

" Haaa baguslah, sambunglah.. baru ja babah kau bising napa kau asyik berjalan ja, tidak sambung belajar"

Dan setelah selesai itu ini begitu begini.. sedia borang, register, inform pentadbir.. makanya aku pun rasmilah bergelar pelajar OUM. oh ya..  mula-mula seoranglah.. setelah ajak kawan-kawan 3 orang kawan sekolah aku dan si Leslie pun sambung juga. Maka berlimalah kami.

Kenapa aku sambung OUM?

Kos lebih kurang saja.. kali terakhir aku semak lagi murah daripada UMS kursus yang sama... (OUM 18k+.. UMS 19k+)
 Jimat kos laaaa mau hadir kelas... jimat minyak mau drive dan hotel untuk penginapan memandangkan pusat pembelajaran aku di Sandakan. Hampir lima jam memandu dari sekolah aku.

Fleksibel.. tidak wajib hadir tutorial. Boleh tukar pusat pembelajaran atau pusat perperiksaan dengan mudah. 
Hello OUM ada pusat hampir di semua daerah-daerah besar di mana-mana negeri di Malaysia

Itu sajalah setakat ini. oh ya. kursus aku mode sepenuhnya kerja kursus.

Apa-apa nanti aku update lagi...

Inilah geng-geng aku sambung study....


Doakan kami dipermudahkan semuanya...

Sabtu, 4 Februari 2017

Jalan-jalan Kuching, Sarawak (Day 3)- Taman Negara Bako

Aloha.. baru berkesempatan update..

Kuching hari ketiga.. aku ke Taman Negara Bako.

Okeh Taman Negara Bako terletak di Bako. ahahaha dalam 30 minit perjalanan dengan kereta.

Taman Negara Bako (Bako National Park) adalah taman negara terkecil dan tertua di Malaysia.

Aku bergerak dari Kuching dalam jam 9 lebih.. sampai lebih kurang jam 10 pagi. Di Kg. Bako ada terminal bot untuk ke Taman Negara Bako. Di Terminal kita kena daftar dan bayar Entrance Fee/Conservation Fee RM 10.00 per pax. Lepas tu ke kaunter bot. Tiket bot RM 30.00 per pax pergi balik ( Harga ni pada 30.10.2016.. aku letak tarikh sebab karang korang buat rujukan... mana tau nanti harga naik lagi hehe)

Aktiviti di Bako ni trekking... bestlah.. dan tidaklah memenatkan. Mampu ja aku ni. Mula-mula sampai kaunter aku request shortest trail... rupanya shortest lah yang hardest.. so tukar. aku minta trail paling senang.. dan trail paling mudah adalah trail yang paling jauh.. 2.6km ke Teluk Pandan Kecil..

Dari Teluk Pandan Kecil boleh treking balik ke bangunan HQ atau pun naik bot balik. Ok lah cukuplah cerita.. tengok ja lah gambar-gambar ni.
Papan tanda amaran 'Sungai ada Buaya" di Jeti Kg. Bako untuk ke Taman Negara Bako

makan... kalau takda bawa makanan.. ok ja makanan di kafe ni. taklah mahal melampau.

Ni antara rupa laluan untuk trekking..

Teluk Pandan Kecil.. tidak boleh mandi laut...ada buaya

laluannya...



Ni Entrance.. belakang tu bangunan HQ.. perlu daftar di sana sebelum mula trekking..








Di Bako ni yang menariknya banyak formasi batu yang pelik-pelik
Yang popular.... The most famous 'The Sea Stack' Formasi batu macam bentuk kepala ular tedung...

Encik Piggy ni berkeliaran dengan bebas di kawasan HQ Taman Negara Bako... dia tak takut orang pun..
ini 'Bearded Pig' .. Babi Hutan.. hehe

The Sea Stack...


Ok sampai di sini saja.. daaaaa.....

Rabu, 26 Oktober 2016

Kisah Sukau untuk Kem Biodiversiti Pasca UPSR (Bahagian 3: CERITANYA)

Aloha..

Maaflah baru berkesempatan bercerita. Dua entry sebelum ni update guna mobile apps.. so tak sedap nak menaip.

Ok plan ke Sukau ni bila pihak NGO- Sabah Orang Utan Conservation Program (HUTAN)  buat pameran dan program pendidikan  alam sekirar di sekolah.  Diorang bagitau kalau nak buat camping atau program sekolah di kawasan diorang boleh. percuma katanya. pengisian dan tempat semua disediakan. Cuma pengangkutan, minyak bot untuk river cruising dan makan sahaja pihak sekolah perlu sediakan. 

Jadi gigihlah Fakhree buat kertas kerja since program pasca UPSR bawah dia (unit kaunseling). So, cerita perjalanan program macam ni...

TARIKH, TEMPAT & LOKASI

7, 8, 9 Oktober 2016
Jumaat, Sabtu, dan Ahad.
Sukau, Kinabatangan.

Hari pertama (7 Oktober 2016)
Perjalanan dan Evening River Cruising.

Kami bertolak dari sekolah pukul 9 pagi.. dan sampai lebih kurang pukul 2 petang.... kalau perjalanan direct dari sekolah aku lebih kurang 3-4 jam tapi biasalah konvoi  ramai-ramaikan... haruslah singah sana sini.

Sampai sahaja terus set up khemah. Kami berkhemas di padang berdekatan halamn rumah ketua HUTAN tu sebab tapak khemah dalam rancangan asal sepatutnya di seberang sungai, tapi tandasnya musnah diserang gajah. heee memandangkan ini trip budak sekolah rendah dan demi keselamatan halaman rumahlah yang terbaik.



Aktiviti pertama mestilah ice breaking. (semua aktiviti pihak HUTAN yang handle). Ice breaking dengan cikgu-cikgu sekali perlu terlibat okeh. Baru ja feeling hendak memerhati dari tepi gituhh...



Lepas selesai semua, aktivitinya adalah river crusing. Inilah yang dinanti-nantikan. Menyusuri sungai sebelah petang. Matlamat utama untuk melihat pelbagai jenis haiwan terutamanya Monyet Bangkatan AKA Probocis Monkey AKA Monyet  Belanda AKA Bayau (Dulu masa monyet ni jadi maskot SUKMA Sabah namanya BAYAU. heeee

Untuk sesi pertama river cruise ni kami ke Sungai Menanggol (Sungai kecil yang merge mengalir ke Sungai Kinabatangan. Sungai ni tidak selebar Sungai Kinabatangan dan airnya lebih gelap. Bukan warna teh susu. hehe  Masa cruise sebelah malam, salah seorang ranger bagitau yang sebenarnya Frankie (buaya besar yang popular di sukau) suka stay di sungai Menanggol ni.







Proboscis Monkey: He Sexayy and he know it... giteww
Selesai crusing kami kembali ke base camp. Malam pulak ada aktiviti pengisian yang disediakan oleh pihak HUTAN. sekali lagi dengan cikgu-cikgu sekali kena join..





Hari Kedua (8 Oktober 2016)
Jungle Trekking, Gua Keruak dan Night River Cruising

Okeh hari kedua. Awal pagi lagi sudah bersiap untuk jungle trekking. Masuk hutanlah kan tentunya. Treknya adalah kawasan semi swarm ataupun separa paya. biasanya kawasan ini akan basah/ ditenggelami air kurang daripada enam bulan ( semua ranger bagitau, harapkan pengetahuan geografi aku masa degree memang hampeh lah kan.. tapi A okeh.. ahaaa). 

Matlamat trekking ni adalah untuk ke  Gua Keruak. Agak jauh dan memenatkan, tapi taklah sukar mana, budak tahun enam sampai relax ja kan. Cuma trek naik ke gua agak curam dan perlu hati-hati sebab ada batuan yang longgar. Bagi aku berbaloilah sebab selain Batu Cave, Gua Keruak ni lah gua pertama aku sampai... Not cave virgin anymore gituhh.. ahakss...



Rupa laluan trekking...


Trek mendaki ke Gua Keruak.

Gua Keruak
So, aktiviti ni sampai petang. Sebelah malam pula aktivitinya river cruising lagi... malam ni motifnya nak tengok buaya dan gajah. ( Buaya tu sekadar nampak mata ja lah kan.. ). Buaya tu berjaya juga nampak matanya. Gajah pula sekadar dengar bunyi dan bekas-bekas rumput (bukan rumput padang bola okeh.. ni rumput yang tinggi 2-3 meter tuhh) ditepian sungai yang ranap oleh gajah. Aktiviti malam ni aku takda stok gambar.. malam kot... tengok tepian sungai pun guna spot light jak.

Hari Ketiga (9 Oktober 2016)
Early Morning River Cruising, Jungle Trekking, dan Gua Sipit.

Okeh hari ketiga... aktivitinya early morning river cruising.. bukan subuh okeh.. dah terang jugak kitorang gerak. Motifnya haruslah masih lagi hendak melihat haiwan-haiwan liar. kami masuk kawasan yang sepatutnya ada orang utan, kawasan Sungai Resang. Sungai macam juga Sunggai Menanggol, dia merge masuk ke Sungai Kinabatangan.  Malangnya takdapun orang utan. mampu tengok burung enggang, monyet bangkatan, kera, biawak.. haaa itulah antara haiwan yang dapat dilihat pagitu. Pagi tu juga kami breakfast dalam bot di kawasan Sungai Resang. Sambil menikmati pemandangan gitu.

Signage ni di kawasan Sungai Menaggol pun ada
"AWAS SUNGAI INI ADA BUAYA"

i dengan handphone.. mana boleh dipisahkan...
Ini Guru besar dengan wifenya...

4 Buah bot dirapatkan di tengah sungai.. untuk breakfast sama-sama.





Okeh selasai river cruising.. ada aktiviti menanam anak pokok untuk program perhutanan semula. so, semua orang termasuk cikgu-cikgu berpeluang menanam sepohon anak pokok. Kira ini sumbangan kepada alam sekitarlah kan...

Guru besar kami ni tanam pokok...




Selepas aktiviti memanam pokok kami bergerak pula ke kawasan pemeliharaan Burung Layang-Layang di Gua Sipit, Pangi. Within that area juga.. cuma  naik bot juga ke seberanglah. Mereka ni bertangungjawab untuk melindungi sarang burung layang-layang di Gua Sipit, suapay tak dicuri dan ada lagilah kajian yang diorang buat. Untuk ke gua sipit perlu trekking dalam  10 minit dan kemudian mendaki. trek mendaki pendek, tapi curam dan sempitnya.. ya Allah.. menyesal aku naik... hahaa dan boleh sampai ke pintu gua sahaja. tak boleh masuk. Pintu gua sempit dan sebelah dalam gua berbahaya untuk amatur. Oh ya Gua Sipit.. dalam bahasa orang Sungai, Sipit bermaksud Sempit.

Trek mendaki ke Gua Sipit.
ini antara laluan yang sempit.. ada lagi.. tapi ini ja yang mampu aku amik gambar. yang lain aku dah berpaut macam-macam cara dah...
haaa.. belakang tu lahhh pintu gua...
Okeh.. lepas selesai di Gua Sipit ni.. kami pun baliklah ke Base Camp. Lepas selesai majlis penutupan.. ucapan dan cenderahati bagai.. break camp. kami pun bergerak balik. Tak payah la share kan gambar part penutupan. part aktiviti ja yang best.. hehehe

Khamis, 14 April 2016

Tips hidup di Sekolah Pedalaman...

Kalau kau memang orang kampung.. betul-betul kampung yang pergi sawah tanam padi.. ikut ibu ayah tombak sawit atau masuk hutan bagai.. kau tak perlu tips untuk survive di sekolah aku sekarang. Aku yakin kau boleh ja survive...

Ok... tips ini hanya terpakai kalau sekolah kau sama level macam sekolah aku.. baca SK Ladang Tomanggong.

1. Cari sumber hiburan.

 Rumah aku masalah coverage... so, broadband berkuoata data banyak perlu dilupakan. Fixline lagilah tiada.. so, streamyx pun bukan pilihan. Oleh sebab elektrik 24 jam dan percuma, maka pilihan terbaik adalah ASTRO. So, aku dan housemate subscribe Astro Superpack... kira full channel la... lengkap dengan Beyond dan PVR bagai... aku gila tengok tv... so, memang tak membazir... dan kerja pun paling lewat balik rumah jam 2 petang... ada banyakkkkkk masa layan tv....

2. Pastikan rumah lengkap dengan kemudahan.

Dari rice cooker sampailah bantal yang sedap bawak tidur.. pastikan ada. jangan nak berjimat bagai... kau mampu!!!  so, termasuklah peti sejuk, kipas, kelengkapan  masak, mesin basuh (yang ni rumah aku takda).. dan apa-apa saja yang kau rasa perlu.. pastikan ada. supaya kau tak terasa yang kau duduk jauh dari bandar.. jauh dari rumah....

3. Belajar kemahiran asas.

Kemahiran asas maksud aku, tukar kepala paip, tukar mentol, simple electrical wiring (suis, light bulb bagai...), masak nasi (takkanlah tak pandai...) Mesti belajar... ko ingat tukang paip senang-senang nak datang tempat ko tinggal...???

Satu lagi... belajar TUKAR TAYAR jika anda berkenderaan sendiri.kereta aku jenis tayar gantung di bawah kereta.. kalau simpan dibonet takpalah..)...  serius aku bawa masuk kereta tanpa apa-apa basic pasal kereta termasuk tukar tayar.  kalau kau sudah baca entry sebelum-sebelum ni... kau tau jalan ke sekolah aku adalah jalan tidak berturap. Risiko tayar pecah sangat tinggi... Sepanjang setahun ni, tayar aku empat-empat dah pernah pancit... dua dah tukar tayar baru sebab pecah... Pernah sekali tayar aku pecah masa dalam perjalanan balik ke sekolah.. jam 8 malam di tengah ladang sawit... kau rasa? dan paling epik masa tu aku tak reti pun turunkan tayar spare aku.. huuuuuu...

4. Ambil Insurans..

Sila lengkapkan diri kau dengan insurans.. Insurans Perubatan (Medical Card)... Insurans nyawa terpulang.. aku ambil sekali..  Kau dah la kerja jauh.. driving jauh.. (dari sekolah aku ke Kota Kinabalu perlu memandu 9 jam termasuk 2 jam jalan ladang tak berturap dan sunyi dari sekolah ke jalan utama, belum sampai rumah aku eh.. Kampung aku di Labuan.. lagi 3 jam jaraknya dari KK n perlu rentas laut bagai..) so, perlindungan kewangan tu confirm penting. lagipun mampu!!!

5.Ubat-ubat

Ubat basic sediakanlah.. panadol, minyak angin, ubat selesema, plaster luka.. paling senang pastikan ada first aid kit di rumah. penting. klinik jauh weii....

6. Berbaik-baiklah dengan semua orang

Berbaik-baiklah dengan semua orang. Sekolah pedalaman ni komunitinya kecik. Sekolah aku pun sekolah kurang murid. Guru pun pusing-pusing orang yang sama... takkan kau nak bermasam muka.. dorang juga yang akan tolong kau kalau kau susah. Selain cikgu, kerani pun kau bebaik-baiklah.. dia yang urus gaji kot... hehehe

6. Sabar dan Redha banyak-banyak.

Sabar dan redhalah bila dapat posting sekolah pedalaman... pasti ada hikmahnya.

Sabar dengan karenah kawan-kawan sekerja.. makin kecil satu-satu komuniti, makin besar dan lucu politiknya.. pandai-pandailah bawa diri.

Sekian untuk kali ini.