Januari 2017.. akhirnya aku bergelar pelajar semula. Aku sekarang pelajar separuh masa Sarjana Pendidikan Universiti Terbuka Malaysia. (M.Ed OUM).
Setelah berfikir panjang dan kecewa permohonan pindah tidak diluluskan.. aku pun survey program pascasiswazah UMS, UKM, UPM dan OUM... dan akhirnya tanpa berfikir panjang dan menilai yang paling fleksibel programnya... aku pun pilih OUM.
Whatsapp sama mama:
"ma.."
"kenapa Jul?"
"Aku mau sambung study boleh?"
" Haaa baguslah, sambunglah.. baru ja babah kau bising napa kau asyik berjalan ja, tidak sambung belajar"
Dan setelah selesai itu ini begitu begini.. sedia borang, register, inform pentadbir.. makanya aku pun rasmilah bergelar pelajar OUM. oh ya.. mula-mula seoranglah.. setelah ajak kawan-kawan 3 orang kawan sekolah aku dan si Leslie pun sambung juga. Maka berlimalah kami.
Kenapa aku sambung OUM?
Kos lebih kurang saja.. kali terakhir aku semak lagi murah daripada UMS kursus yang sama... (OUM 18k+.. UMS 19k+)
Jimat kos laaaa mau hadir kelas... jimat minyak mau drive dan hotel untuk penginapan memandangkan pusat pembelajaran aku di Sandakan. Hampir lima jam memandu dari sekolah aku.
Fleksibel.. tidak wajib hadir tutorial. Boleh tukar pusat pembelajaran atau pusat perperiksaan dengan mudah.
Hello OUM ada pusat hampir di semua daerah-daerah besar di mana-mana negeri di Malaysia
Itu sajalah setakat ini. oh ya. kursus aku mode sepenuhnya kerja kursus.
Apa-apa nanti aku update lagi...
Inilah geng-geng aku sambung study.... |
Doakan kami dipermudahkan semuanya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan