Hari ini..
Dalam menginjak usia 27 Tahun, kadang-kadang rasa masih remaja. Tapi bila difikirkan balik sudah terlalu dewasa.
Pada usia ini bukan lagi kisahnya macam 7 tahun lepas.... boleh bergaduh di facebook. Boleh lepas cakap yang terbuku di hati. Tidak suka orang, cakap sahaja terus terang.
Tapi hari ini, hati si anu perlu jaga...
nanti prestasi merudum pula...
hati si anu perlu juga di jaga
kerna kata mereka kita sudah dewasa, tidak baik masam muka.
Maka macam biasa,
hati kita, kita peram buat jeruk saja.
Lama teringin menulis, tapi bila tulis seakan mengiyakan yang 'kurang' ini sebahagian realiti jadi manusia. Bosan juga asyik lari dari dunia, pergi layan fantasi drama Korea.
Entahlah... sukar kerja? tidak, aku tidak pergi kerja tatkala matahari di ufuk dan balik bila sudah gelita. aku tidak hadap beratus buah buku untuk ditanda.. Sukar pun cuma menghadap drama rakan sekerja.
Aku perlu bersyukur.. sebenarnya. banyak yang mudah. Mama Babah ada.. adik-adik ada..Kereta ada... kerja ada... sekarang pula memulakan perjalanan jadi sarjana.
Bersyukur Zul. Alhamdulillah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan