Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

Isnin, 20 Februari 2017

Dapat dah posting? mau buat apa? part 1.

Aloha.. dengar-dengar ada adik-adik yang sudah dapat negeri penempatan. hihi.. jadinya gatal hati aku share tips... *kalau mau tarik kabel.. selagi belum keluar nama sekolah ni lah masanya.. eh.. 

Manalah tau kau tidak  boleh tidur kalau jauh dari rumah.

Okeh.. tipsnya...

1. Sebelum pergi lapor diri semua, pastikan segala dokumen sudah sedia. buat salinan. Buat pemeriksaan perubatan (Medical Checkup). Buat di kampung sendiri senang. Kalau dah di daerah lain karang.. banyak lagi mau dipikir... Buat di Hospital/Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja. percuma weii kau tunjuk saja tu surat penempatan/tawaran spp.

2.Google lah sekolah anda. tanyalah semua yang dapat ditanya. tanya selengkap mungkin apa keadaan sekolah

  1. sekolah ada gred P (pedalaman) atau tidak.. kalau ada P1 kah.. P2 kah.. P3.. 
  2. kena harung sungai kah.. hutan kah... laut kah...
  3. apa pengangkutan utama ke sekolah?
  4. berapa kos pengangkutan ke sekolah?
  5. ada rumah guru? kalau ada apa kelengkapan yang ada... (dapur..katil..air..elektrik..)
  6. Kalau tiada, rumah sewa macam mana?
  7. Apa bandar terdekat?
  8. Siapa senior terdekat? kalau boleh cari senior atas setahun kau... diorang masih excited membantu.. gituhh... tapi senior lain pun ok... kot tiada rumah.. boleh tumpang dan minta jasa baik diorang. Kalau dulu di kampus kau tidak biasa pun.. kasi biasa saja.
  9. Hubungi sekolah atau guru besar. (setelah kau yakin kau mau lapor diri). kalau guru besar suruh cepat-cepat kau relax saja. ada 30 hari waktu melapor diri. dorang takut saja tu kau tidak mau masuk sekolah tu. Bila kau lapor diri.. nahhh nada harapan sudah mau tukar-tukar. 
3. Sediakan keperluan asas bergantung kepada sekolah kau ditempatkan.
  1. Ubat
  2. makanan
  3. bantal
  4. selimut
  5. Keperluan peribadi (tidakkan berus gigi kau tidak kasi sedia kan? talampau juga..)

Itu sajalah rasanya... untuk part 2, nanti kita cerita bila sampai sekolah mau buat apa??  Dokumen SPP? No fail jabatan? PTM?... okeh next...

p/s: kepada yang bakal melapor diri dan bakal bertugas.. TAHNIAH!


Jumaat, 14 Januari 2011

Saya Pelajar IPG Kampus Kent

okay aku nak join ni.. segmen Blog Pilihan Malaysia... saya pelajar IPG....

oklah saya zulkifly pelajar IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah.

classmate yang tersayang... hehe

Rabu, 12 Januari 2011

Tentang Berkasih: Fasa-fasa bercinta.. Episod7


tentang berkasih episod 7: fasa-fasa bercinta... hehe.. ok kali ni aku mau cerita pasal fasa-fasa bercinta... hehe... berdasarkan apa yang aku baca dan perhatikan dalam kalangan kawan-kawan sekeliling aku... bercinta ni ada larr beberapa fasa... hehe... senang cerita aku bahagikan kepada tiga fasa larr yang paling mudah...

Selasa, 28 Disember 2010

Tentang Berkasih: ini akhirnya....Episod5


episod tentang berkasih kali ni.. "ini akhirnya...". macam sedih jak kan bunyi tajuk ni. huhuhu... ok kali ni nak cerita pasal putus cinta. apa tindakan korang bila putus cinta ni?? apa yang korang rasa?? mesti ada yang frust menonggengkan. huhu mesti ada yang meraung tiga hari tiga malam. ada pulak yang baling hanphone, buang barang, patahkan sim kad. haish... macam-macam larr orang yang putus cinta ni buat.

Selasa, 21 Disember 2010

Tentang Berkasih: hanya di alam maya.. Episod4

episod empat... tajuk kali ni 'hanya di alam maya'... pasal apa ni? pasal cinta yang kenal dalam internet larr.. tak kira larr myspace, facebook, ym atau apa-apa website lagi.. yang penting kenal melalui internet. huhu

ada antara kita macam ni kan?? ada kawan aku macam ni juga... hehe... jadi ok ka kenal di alam maya ni?? ada dua jenis hubungan macam ni:

  • kenal di internet dan tak pernah jumpa
  • kenal di internet dan lepas tu jumpa.

Selasa, 14 Disember 2010

Tentang Berkasih: Kawalan Tanpa Had.. Episod3


ok.. selasa tiba lagi....jadi apa lagi... segmen Tentang Berkasih episod baru la.. hehe kali tajuk nya.. "Kawalan Tanpa Had". ok any idea??? hehe.. kali ni aku nak cakap pasal Queen/King Control... hehe... bukan orang dah kawen ja tau yang kena control ni. kadang yang baru bercinta ni lagi la melebih-lebih control nya.

biasanya kalau isu control ni mesti salah seorang tukang control dan sorang lagi kena control..

Terjebak dalam kerjaya berbeza....

haish dalam risau-risau ni.. berat-berat di hati tiba-tiba tergerak pula mau menulis pasal  ni. Terjebak dengan kerjaya... mesti ramai kan yang macam  ni... tak pernah menjangka jadi guru.. tapi buat ijazah perguruan (aku larr tu hehehe).. tak pernah nak jadi nurse.. tiba-tiba masuk kolej kesihatan... niat nak jadi doktor.. tiba-tiba jadi jurutera... aiks... huhu ramai yang terjebak macam ni kan?? aku ni pun kira terjebak la jugak....

jadi nya macam mana dengan cita-cita asal??? kalau macam aku ni terpaksalah lupakan... huhu cita-cita aku dulu doktor.. tapi nak survive kat matrix pun macam nak mati... sebab tu la aku kuar terus bila dapat tawaran IPG... hurmmm tapi aku tak la lari jauh.. guru adalah cita-cita aku yang duduk dalam ranking yang ke-3... hehe pertama doktor.. lepas tu peguam... huh!! tinggi sungguh cita-cita aku... tapi belajar malas!! adoiii..

Selasa, 7 Disember 2010

Tentang Berkasih:"semua dah couple.. aku??" Episod2


Tentang berkasih episod 2.. hehe ok tajuk kali ni ialah "semua dah couple..aku?".. mesti ada diantara korang yang pernah terfikir macam ni kan.. ataupun kawan-kawan korang macam tu... huhu   risau bila semua orang dah ada kekasih hati.. dia ja takda.. lepas tu mula la buat perkara-perkara desperate...

ada juga kawan-kawan aku macam ni.. risau sangat bila dia takda couple.. adehh aku pun tak paham.. tapi dari apa yang aku tengok ada diantara dorang ni rasa macam tu sebab dengki ja dengan kawan-kawan yang ada boifren ataupun gurlfren... yalah dengki mungkin  tengok kawan-kawan kuar dating, jalan sama-sama, boifren belanja.. lepas tu dapat berSMS atau bergayut.. (errkk..).... yang dia pula sorang-sorang ja.. takda buat apa-apa. nak makan sorang-sorang... takda orang nak diSMS.. takda orang nak bagi dia hadiah.. tu la kot sebab ada orang yang risau dia takda couple lagi...

Selasa, 30 November 2010

Tentang Berkasih:Dia nun di sana... Episod1



episod pertama segmen Tentang Berkasih ni aku mau cerita pasal?? "Dia nun di sana".. apa lagi.. cinta jarak jauh.. atau perhubungan jarak jauh A.K.A PJJ... PJJ arr buka JPJ.. haha... mesti ramai antara kita yang pernah ada PJJ ni kan.... terpisah kerana tanggungjawab.. pelajaran atau kerja..menyebabkan terpisah jauh.. pastu terpisah pula bukan alang-alang... nun diseberang laut... kalau setanah pun susah nak jumpa.. inikan lagi kalau laut cina selatan jadi penghalang...


PJJ ni orang kata kos penyelenggaraan nya lain sikit.. dan susah.. kenapa susah?? yalah kalau dah jauh tu biasanya kurang interaksi... dia buat tak sama dengan yang kita buat... lama-lama kalau komunikasi tak bagus terus kita rasa si dia tu macam orang asing.. bukan macam yang kita kenal... hurmm itu lah sebabnya orang kata PJJ ni susah. lepas tu pula belum lagi nak cakap pasal isu cemburu buta. kalau salah satu pasangan kuat cemburu mesti rasa macam siksa kubur ja PJJ tu buat pasangan tu. sudah lah jauh.. semua benda dicurigai.


ok selain tu, orang kata kalau PJJ ni.. seorang tu senang nak beralih arah.. betul kot.. ada jugak kawan aku yang kena macam tu... tup..

Isnin, 29 November 2010

Segmen: Tentang Berkasih


 aku kali ni nak buat segmen khas dan nama rasmi segmen ni ialah Dariku Zulkifly: Tentang Berkasih. dalam segmen ni aku akan buat entry tentang permasalahan dan juga tips-tips dalam bercinta.. tengokla tagline segmen ni.. "melihat cinta dari perspektif diriku" jadi aku akan menulis tentang apa pandangan aku tentang isu-isu dalam bercinta. ceh!! macam la aku berpengalaman.. ok aku ngaku aku tak berpengalaman. aku akan menulis berdasarkan pemerhatian dan juga pembacaan yang aku pernah buat.

insyaAllah aku akan buat sebaik-baik yang aku mampu. aku target untuk buat 15 episod untuk segmen ni. dan segmen ni cuma seminggu sekali. hehehe.. (ala-ala rancangan tv pula kan)  cukup larr seminggu sekali.. kering idea aku kang.. oleh itu aku ambil keputusan episod pertama akan bermula esok... jadi secara rasminya segmen ni aku akan post setiap selasa...  so setiap selasa korang rajin-rajin larr melawat blog aku ni... mana la tau berkaitan isu yang aku tulis tu ngan korang... jangan lupa... nanti kan.. hehe..

Rabu, 4 Ogos 2010

tips~~berbicara di hadapan mereka...


pernah tak bila anda bercakap di khalayak.. anda terus rasa:
  • jantung berdegup dengan pantas.
  • anda takut untuk memandang penonton
  • tangan dan kaki mula menggeletar
  • anda terasa ingin melarikan diri dengan sekelip mata
  • anda mula tergagap-gagap dan semua idea berterbangan keluar
mesti ramai yang pernah rasa macam tu kan.. aku pun pernah rasa macam tu...first time aku ikut pidato, even depan jurulatih pun aku ketar-ketar.. gugup habis-habisan.. hehe.. tapi kalau sekarang pun kalau depan dewan besar untuk bercakap sorang2..( tak kira la berucap, berpidato atau buat pembentangan) aku yakin yang aku akan hampir-hampir pengsan juga. hehehe...

tapi kalau dalam kelas tu atau kuliah biasa tu aku rasa tak lah masalah sangat.. huhu Nervous tu biasala.. memang tak boleh elak... tapi ingat "nervousness is GOOD!" hehehe
antara tips supaya tak takut dan yakin membuat pengucapan umum:
  • yakin yang anda YAKIN!
  • kalau berpidato atau pertandingan yg seumpamanya tgk ubun-ubun penonton dan jangan pandang tepat pada mata. penting untuk memperlihatkan anda yakin dan memberi 'Eye Contact' tanpa anda benar-benar perlu memandang mata penonton. memandang mata penonton boleh menyebabkan anda gugup.
  • elakkan memegang kertas yang bersaiz besar. jika memerlukan nota tulis dalam kad kecil bersaiz tapak tangan. lebih selamat sebab kertas akan menunjukkan dengan jelas jika anda terketar-ketar
  • anggap penonton anda tu lebih rendah/bodoh dari anda dan akan menerima apa saja yang anda katakan.( supaya anda yakin.. aku selalu wat macam ni.. hahaha)
  • kalau berucap menggunakan rostrum... pegang rostrum supaya anda dapat menahan diri daripada terketar-ketar.
  • kalau membuat pembentangan elakan daripada hanya membaca slide pembentangan anda. jika anda membaca penonton akan bosan.
  • jika ia bukan pengucapan berprotokol seperti pidato, syarahan atau ucapan aluan anda boleh selitkan lawak-lawak yang lebih santai dan juga gesture tubuh yang santai. ( aku kureng part ni.. memang tak pandai buat lawak..huhuhu)
  • jika pengucapan umum seperti pidato unsur-unsur kecindan boleh juga dimasukkan.. tapi kena bijak untuk mengawal supaya tak berlebihan
  • selain tu kalau pidato atau pengucapan rasmi yang lain, ELAKKAN dari menyentuh isu yang sensitif. terutama isu AGAMA... sila tapis habis-habisan kalau pengucapan anda berkaitan isu ini. ( ingat RAKYAT MALAYSIA NI SENSITIF) kalau pertandingan mesti terus kena potong markah.
tu jak lah beberapa tips yang aku boleh kongsikan... aku pun bukan banyak pengalaman sangat.. tapi adalah sedikit pengalaman untuk dikongsi..^^