Memaparkan catatan dengan label pengucapan awam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengucapan awam. Papar semua catatan

Rabu, 6 Oktober 2010

Pertandingan Forum IPG Sabah



ngan cikgu caroline (naib johan tapi begambar berangan johan..hahaha)

pertandingan forum ipg..best!! aku join hehehe.. sebenarnya aku tak terniat pun mau join. sejak lepas habis debat semester lepas lagi dah cikgu bagitau kami yang join debat ni akan ada pertandingan forum pula.. tapi masa tu tak la terniat mau ikut...

Selasa, 5 Oktober 2010

Sibuk tahap gaban~~

akhirnya baru aku dapat buat entry terbaru.. minggu lepas adalah minggu yang paling sandi tahap gaban+dewa+naga+unta... nah melalut dah.. hehehe... apakah yang membuatkan aku sibuk gila??

Rabu, 4 Ogos 2010

tips~~berbicara di hadapan mereka...


pernah tak bila anda bercakap di khalayak.. anda terus rasa:
  • jantung berdegup dengan pantas.
  • anda takut untuk memandang penonton
  • tangan dan kaki mula menggeletar
  • anda terasa ingin melarikan diri dengan sekelip mata
  • anda mula tergagap-gagap dan semua idea berterbangan keluar
mesti ramai yang pernah rasa macam tu kan.. aku pun pernah rasa macam tu...first time aku ikut pidato, even depan jurulatih pun aku ketar-ketar.. gugup habis-habisan.. hehe.. tapi kalau sekarang pun kalau depan dewan besar untuk bercakap sorang2..( tak kira la berucap, berpidato atau buat pembentangan) aku yakin yang aku akan hampir-hampir pengsan juga. hehehe...

tapi kalau dalam kelas tu atau kuliah biasa tu aku rasa tak lah masalah sangat.. huhu Nervous tu biasala.. memang tak boleh elak... tapi ingat "nervousness is GOOD!" hehehe
antara tips supaya tak takut dan yakin membuat pengucapan umum:
  • yakin yang anda YAKIN!
  • kalau berpidato atau pertandingan yg seumpamanya tgk ubun-ubun penonton dan jangan pandang tepat pada mata. penting untuk memperlihatkan anda yakin dan memberi 'Eye Contact' tanpa anda benar-benar perlu memandang mata penonton. memandang mata penonton boleh menyebabkan anda gugup.
  • elakkan memegang kertas yang bersaiz besar. jika memerlukan nota tulis dalam kad kecil bersaiz tapak tangan. lebih selamat sebab kertas akan menunjukkan dengan jelas jika anda terketar-ketar
  • anggap penonton anda tu lebih rendah/bodoh dari anda dan akan menerima apa saja yang anda katakan.( supaya anda yakin.. aku selalu wat macam ni.. hahaha)
  • kalau berucap menggunakan rostrum... pegang rostrum supaya anda dapat menahan diri daripada terketar-ketar.
  • kalau membuat pembentangan elakan daripada hanya membaca slide pembentangan anda. jika anda membaca penonton akan bosan.
  • jika ia bukan pengucapan berprotokol seperti pidato, syarahan atau ucapan aluan anda boleh selitkan lawak-lawak yang lebih santai dan juga gesture tubuh yang santai. ( aku kureng part ni.. memang tak pandai buat lawak..huhuhu)
  • jika pengucapan umum seperti pidato unsur-unsur kecindan boleh juga dimasukkan.. tapi kena bijak untuk mengawal supaya tak berlebihan
  • selain tu kalau pidato atau pengucapan rasmi yang lain, ELAKKAN dari menyentuh isu yang sensitif. terutama isu AGAMA... sila tapis habis-habisan kalau pengucapan anda berkaitan isu ini. ( ingat RAKYAT MALAYSIA NI SENSITIF) kalau pertandingan mesti terus kena potong markah.
tu jak lah beberapa tips yang aku boleh kongsikan... aku pun bukan banyak pengalaman sangat.. tapi adalah sedikit pengalaman untuk dikongsi..^^