Memaparkan catatan dengan label konspirasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label konspirasi. Papar semua catatan

Khamis, 22 Disember 2011

kalau impaknya negatif...

ini nasihat aku... pandangan seorang yang cepat emosi. kalau kamu rasa sesuatu membawa impak negatif tinggalkan saja.  kalau sesuatu buat anda tidak selesa jangan buat lagi. jangan teruskan. tidak selesa bermaksud bila anda jadi tertekan, rasa jengkel, emosi, menangis, marah atau perkara-perkara sewaktu dengannya.

kes 1: Rakan Facebook

bila anda status beliau mengjengkelkan atau membuat anda stress sila remove beliau serta-merta (hide kalau rasa anda kurang kejam)

bila rakan facebook itu asyik terasa dengan anda.. sila abaikan beliau.. atau buat tindakan seperti di atas.

kes 2: Facebook Group

Gunakan butang 'leave group' secepat mungkin jika post di grup tersebut hanyalah semata-mata jualan barang atau pun link-link konspirasi. atau terus sound orang yang post. (juga berkesan untuk menghalang pekara yang anda rasakan negatif itu daripada berterusan.)

kes 3: kawan dunia nyata

sila jauhkan diri daripada beliau secara berperingkat (lebih baik daripada anda bergaduh). Jika sekelas, elakkan daripada berada sekumpulan dengan beliau bagi mengelakkan anda stress. atau menyakitkan hati beliau dan rakan-rakan lain. (tak pasal-pasal dosa anda bertambah karang..)

Ahad, 14 November 2010

teori konspirasi yang "overdose"

sejak akhir-akhir ni teori-teori konspirasi makin popular.. freemason, dajal, penyembah syaitan, agenda yahudi. semua elemen-elemen ni dkaitkan. yalah.. mula dulu video arival, pastu lady gaga, lepas tu iklan tv3 yang raya tu.. skang pula Upin Ipin. hurmm aku tak nafikan ada juga  yang logik... tapi bila sampai tahap upin ipin dengan Iphone 3G tu.. OMG that over the limit.. tolong lah.. jangan taksub sangat ngan teori konspirasi ni.