sejak akhir-akhir ni teori-teori konspirasi makin popular.. freemason, dajal, penyembah syaitan, agenda yahudi. semua elemen-elemen ni dkaitkan. yalah.. mula dulu video arival, pastu lady gaga, lepas tu iklan tv3 yang raya tu.. skang pula Upin Ipin. hurmm aku tak nafikan ada juga yang logik... tapi bila sampai tahap upin ipin dengan Iphone 3G tu.. OMG that over the limit.. tolong lah.. jangan taksub sangat ngan teori konspirasi ni.
kalau perasan semua teori tu banyak tu yang tersirat... hurmm aku pun tak paham sangat lah.. tapi kalau cuma perkataan tertentu membawa maksud lain dalam bahasa lain... helloo!! wake up. bahasa tu arbitrari la... dalam bahasa kita sendiri pun banyak beza.. "lawa" contohnya boleh mebawa maksud 'sombong' dalam bahasa sarawak.. tapi bagi kebanyakan kita 'lawa'='cantik'. nah adakah masalah kita mau guna perkataan tu semata-mata kerana perkataan tu mebawa maksud lain dalam bahasa yang lain. macam tu lah juga dengan kes upin dan ipin tu. hurmmm tu la pandangan aku.
pastu kalau pasal lambang-lambang tertentu pula.. macam "tiang" freemason tu klik sini yang kena kaitkan dengan KLCC tu.. ntah la la.. biasalah kan ada tiang dimana-mana.. mungkin kebetulan ja... hello!!!.. katakanlah betul sekalipun.. jadi apalah kesannnya?? benda tu bukan nya temple atau tempat ibadat.. lambang yang langsung tak mebawa apa-apa makna bagi kita. sebelum tahu kita cuma anggap KLCC tu dua menara yang menjadi kebanggaan negara.. kalau setakat sama bentuk style macam tiang tu.. terjajah ka otak rakyat kita.. bole terpesong ka akidah... ish tak paham aku.. kita anggap ja la benda tu hanya menara... dohh! senang lagi. ada kah orang suruh kita p sujud di menara tu.. takda pon!.
sama juga dengan lambang mata satu ngan piramid tu... jadi kenapalah?? ada apa dengan mata tu.. kalau percaya sangat dengan mata satu tu.. jangan makan telur goreng mata lembu k.. sebab dia macam ala-ala satu mata ja. hohoho... hurmm pesanan aku jangan la kita taksub dengan benda-benda ni..kadang-kadang kita tak tau pun mana sumber video dengan teks konspirasi tu... lagi la meragukan... dah la banyak yang tak logik...
P/S: cuma pandangan peribadi aku .. salah silap tolong tegur betul kan.
2 ulasan:
betul la..bosan dah tgk org yg fanatik sgt kaji2 feemason la ape mende lah..kalo boleh sume mende nk kaitkan..xpaham aku
betul2... lebih2 sngt.. muak!
Catat Ulasan