"Terasing" novel karya Hilal Asyraf selesai aku baca tepat jam 10.50pm . dekat 2 minggu dah aku peram novel yang afiq bagi pinjam ni... weekend ni baru berkesempatan untuk habiskan baca novel ni. novel ni nipis ja... 313 muka surat.
novel ni berkisar tentang syaifullah... yang terpisah lama dengan sahabat baiknya Zaman. Zaman adalah kawan baik syaifullah tapi bila bila zaman sambung study di magribi diorang lost contact... syaifullah pun teruskanlah kehidupannya seperti biasa dan kahwin dengan atikah.
selepas beberapa lama, Zaman kembali bertemu dengan syaifullah. masih lagi kelihatan sama walaupun membawa imej yang berlainan. tapi perkara itu biasa bagi syaifullah kerana masa boleh mengubah semua itu, dan syaifullah merasakan yang hati dan keimanan zaman tetap tidak berubah.
syaifullah telah dikejutkan dengan cubaan membunuhnya dan juga kewujudan Homurodama. sebuah kumpulan mafia yang berpusat di jepun. selain itu, abang ipar syaifullah juga menjadi mangsa apabila Kompleks Tuju Penyanyang milik keuarga mereka.
berlaku la konflik.. kenapa syaifullah diganggu Homurodama?? apa yang berubah tentang Zaman?? apa sebenarnya "Terasing"??.... bah baca la sendiri arr... hahaha
keseluruhan cerita ni BEST!!!... walaupun temanya islamik novel ni tetap mempunyai unsur penceritaan mantap macam novel yang sebenar. mesej islamik disampaikan secara terus dan agak ringan. jadi dapatlah kita tumpukan dengan jalan cerita. jalan ceritanya pula memang mempunyai suspen dan menyebabkan kita terus baca sampai hujung cerita.
P/S: thx to afiq.... sebab bagi pinjam buku tu... pinjam lagi novel lain k..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan